SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2009 MarsdenLR 412

MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
CHEW SOO HO, PANEL PEKERJA: AHMAD SIRAJUDDIN AHMAD NAWAWI, PANEL MAJIKAN: NANCY LIM

LINDETEVES-JACOBERG (M) SDN BHD
Versus
SOH GUAN HENG

AWARD NO: 631 TAHUN 2009 (KES NO: 5(6)/1-624/08)
Decided On : 22 MEI 2009

AWARD

Suatu pengaduan telah difailkan oleh Encik Soh Guan Heng, Pihak Pengadu terhadap Lindeteves-Jacoberg (M) Sdn. Bhd., Pihak Responden di bawah seksyen 56(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 kerana ketidak-patuhan Award No. 1651 Tahun 2008 yang diperturunkan oleh Mahkamah Perusahaan No. 15 pada 19 September 2008 dalam Kes No. 15/4-582/07 oleh Pihak Responden.

Kes ini dibangkitkan untuk perbicaraan pada 22 Mei 2009 dengan kehadiran Encik Fong Fook Chuen dari Tetuan Prem & Chandra peguamcara yang mewakili Pihak Pengadu. Pihak Responden tidak hadir. Tiada alasan dikemukakan mengapa ia tidak hadir walaupun Borang G yang dikeluarkan oleh Mahkamah ini untuk memaklumkan Pihak Responden akan tarikh perbicaraan pada 22.5.2009 telah diserahkan tangan kepadanya pada 20.4.2009. Pihak Responden juga tidak memfailkan apa-apa jua kenyataan jawapan atau apa-apa dokumen lain untuk menentang pengaduan kes ini. Encik Fong Fook Chuen seterusnya memohon agar kes ini diteruskan tanpa kehadiran Pihak Responden menurut seksyen 29(d) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan atas alasan tersebut, Mahkamah telah membenarkan permohonan tersebut dan meneruskan perbicaraan tanpa kehadiran Pihak Responden.

Dalam Kenyataan Saksinya, Pihak Pengadu menyatakan bahawa Pihak Responden tidak mematuhi Award Mahkamah No. 1651 Tahun 2008 bertarikh 19.9.2008 di muka surat 6 dan 7 Award ini yang mana Mahkamah mengawardkan seperti berikut:-

"The Court hereby orders backwages and compensation to be paid to the Claimant as follows:-

1. Backwages for 24 months

RM1,945.00 x 24

- RM46,680.00

2. Compensation in lieu of reinstatement of 1 month's pay for each year of completed service subject to a maximum of 24 months (January 1975 to March 2005 - 30 years)

RM1,945.00 x 24

- RM46,680.00

RM93,360.00

==========

The Court orders the Company to pay the total sum of RM93,360.00 less statutory deductions, if any, to the Claimant within 30 days from the date of this Award."

Pihak Pengadu mengesahkan bahawa sehingga ke tarikh perbicaraan ini, Pihak Responden telah gagal mematuhi Award tersebut dan tidak membuat apa jua bayaran kepada beliau.

Encik Fong Fook Chuen berhujah bahawa tanpa sebarang keterangan daripada Pihak Responden dan tanpa kehadiran mereka, maka keterangan Pihak Pengadu tetap tidak disangkal. Oleh kerana Pihak Responden gagal membayar menurut Award tersebut, maka beliau memohon agar Mahkamah ini mengeluarkan perintah untuk Pihak Responden mematuhi Award tersebut.

Setelah meneliti keseluruhan kes ini serta hujahan Pihak Pengadu, Mahkamah memutuskan Pihak Responden telah tidak mematuhi Award tersebut seperti yang diperintahkan. Dengan itu, Mahkamah mengeluarkan Award bahawa Pihak Responden diperintahkan untuk mematuhi Award No. 1651 Tahun 2008 yang diperturunkan pada 19.9.2008 tersebut dalam tempoh 14 hari dari tarikh Award ini.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top