SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2009 MarsdenLR 2715

MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
CHEW SOO HO

THG E-NET SOLUTIONS SDN BHD
Versus
LOH SIANG HEE & 2 PERAYU YANG LAIN

AWARD NO: 136 TAHUN 2009 (KES NO: 5/4-2129/07)
Decided on : 5 FEBRUARI 2009

Advocates appeared:
Peguamcara ketiga-tiga Pihak Menuntut - Teh Hong Jet; T/n Tan Kim Siong & Teh Hong Jet
Peguamcara Pihak Responden - Bosco Philip Anthony; T/n Bosco Philip Anthony & Associates

AWARD

Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Loh Siang Hee, Pihak Menuntut No. 1, Encik Rodrigues Teh Wang Lai, Pihak Menuntut No. 2 dan Puan Loh Pit Voom, Pihak Menuntut No. 3 pada 31 Mac 2006.

Kes ini yang dibangkitkan untuk perbicaraan pada 5.2.2009 dengan kehadiran Encik Teh Hong Jet dari Tetuan Tan Kim Siong & Teh Hong Jet, peguamcara yang mewakili Pihak Menuntut No. 1, 2 & 3 dan Encik Bosco Philip Anthony dari Tetuan Bosco Philip Anthony & Associates, peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Encik Bosco Philip Anthony memaklumkan Mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah berjaya mencapai penyelesaian damai di dalam kes ini terhadap kes Pihak Menuntut No. 2 dan No. 3 atas terma-terma persetujuan seperti berikut:

(1) Pihak Responden hendaklah membayar kepada Pihak Menuntut No. 2 wang sejumlah RM33,900.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Tiga Ribu Sembilan Ratus sahaja) sebagai penyelesaian penuh dan muktamad terhadap segala tuntutan Pihak Menuntut No. 2 di dalam kes ini;

(2) Pihak Responden hendaklah membayar kepada Pihak Menuntut No. 3 wang sejumlah RM4,830.00 (Ringgit Malaysia Empat Ribu Lapan Ratus Tiga Puluh sahaja) sebagai penyelesaian penuh dan muktamad terhadap segala tuntutan Pihak Menuntut No. 3 di dalam kes ini;

(3) Jumlah penyelesaian untuk Pihak Menuntut No. 2 dan No. 3 sejumlah RM38,730.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Lapan Ribu Tujuh Ratus Dan Tiga Puluh sahaja) telah dikeluarkan oleh Pihak Responden melalui deraf bank atas nama Tetuan Tan Kim Siong & Teh Hong Jet, selaku peguamcara dalam rekod yang mewakili Pihak Menuntut No. 2 dan No. 3 untuk dimajukan kepada kedua-dua Pihak Menuntut; dan

(4) Pembayaran tersebut oleh Pihak Responden adalah tanpa sebarang pengakuan liabiliti.

Encik Teh Hong Jet mengesahkan terma-terma penyelesaian tersebut.

Encik Bosco Philip Anthony seterusnya menyerahkan kepada Encik Teh Hong Jet deraf bank No. 002726 dari RHB Bank Berhad bertarikh 4.2.2009 dengan nilai RM38,730.00 atas nama "Messrs. Tan Kim Siong & Teh Hong Jet" di hadapan Mahkamah dengan salinan fotostat deraf bank yang sama dikemukakan kepada Mahkamah.

Maka, Mahkamah dengan ini menurunkan Award menurut terma-terma penyelesaian tersebut seperti yang dipersetujui di atas.

Kes terhadap Pihak Menuntut No. 1 selanjutnya ditundakan ke 24 Februari 2009 untuk sebutan memandangkan Encik Teh Hong Jet tidak dapat menghubungi Pihak Menuntut No. 1 dan tidak dapat arahan lanjut daripadanya.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top