MOKHTAR SIDIN, TENGKU BAHARUDIN SHAH, ZALEHA ZAHARI
TETUAN KUMAR JASPAL QUAH & AISHAH – Appellant
Versus
CO-OPERATIVE CENTRAL BANK LTD – Respondent
Mokhtar Sidin HMR:
[1] Di dalam rayuan ini perayu telah memohon untuk kajian semula dibuat terhadap penetapan bil kos bertarikh 27 Mac 1997 yang ditaksirkan pada 15 Julai 1997 dan diputuskan pada 24 Julai 1997 oleh Penolong Kanan Pendaftar. Perayu telah memohon kebenaran untuk memeriksa balas deponen Selvathesan a/l Jagasothy (selepas ini disebut sebagai "deponen responden" sahaja) atas afidavit yang diikrarkan oleh beliau pada 25 Ogos 1997 bagi pihak responden. Permohonan ini telah ditolak oleh Penolong Kanan Pendaftar dengan kos. Perayu telah merayu kepada hakim dalam kamar atas keputusan itu di mana rayuan itu telah ditolak oleh YA hakim. Rayuan ini ialah di atas penolakan permohonan perayu untuk memeriksa balas deponen responden.
[2] Sebagaimana yang terdapat di dalam rekod, perayu telah memfailkan Notis Penetapan Taksiran (Peguam-Anakguam) bertarikh 27 Mac 1997 dan Bil Kos (Peguam-Anakguam) bertarikh 26 Mac 1997. Penolong Kanan Pendaftar telah memutuskan jumlah kos bagi perayu pada 24 Julai 1997. Pada 6 Ogos 1997, perayu telah memfailkan permohonan untuk pertimbangan semula berserta dengan bantahan terhadap taksiran yang telah diputuskan oleh Penolong Kanan Pendaft
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.