SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

MAHKAMAH TINGGI MALAYA, ALOR SETAR

ZAINAL ADZAM GHANI H




PP
versus
SHAHAREEIL SAID

SEMAKAN JENAYAH NO: 43-04-2006

Decided On : 04-25-07

PENGHAKIMAN

Zainal Adzam Ghani H:

[1] Melalui surat bertarikh 17 Oktober 2006 Hakim Mahkamah Sesyen I, Sungai Petani telah memohon untuk semakan kehakiman dibawah s. 323 Kanun Acara Jenayah ke atas kes No. 86-10011/2006, Mahkamah Majistret II, Sungai Petani. Permohonan itu berpunca daripada surat aduan oleh Majistret, Mahkamah Majistret II, Sungai Petani kepada hakim, Mahkamah Sesyen I yang mendakwa bahawa kes tersebut yang didaftarkan di Mahkamah Majistret II telah disebut dan diputuskan di dalam kamar oleh Majistret, Mahkamah Majistret I tanpa pengetahuannya pada 15 Oktober 2006. Majistret berkenaan juga menyatakan bahawa dia hadir bertugas pada hari berkenaan. Pegawai pendakwa yang hadir bertugas di Mahkamah Majistret II pada hari itu juga tidak hadir semasa kes tersebut diputuskan oleh Majistret, Mahkamah Majistret I. Orang kena saman dalam kes tersebut juga tidak hadir di hadapan Majistret, Mahkamah Majistret I pada hari berkenaan tetapi diwakili oleh seorang bernama Sukri.

[2] Setelah menerima surat aduan itu saya telah mengarahkan Hakim Mahkamah Sesyen I, Sungai Petani yang merupakan ketua jabatan di Mahkamah-Mahkamah Sungai Petani untuk membuat satu siasatan serta menghantarkan rekod mengenai kes berkenaan kepada saya. Hakim Mahkamah Sesyen I, Sungai Petani telah memberi arahan melalui surat bertarikh 18 Oktober 2006 kepada Majistret, Mahkamah Majistret I, untuk memberi penjelasan mengenai aduan tersebut. Melalui surat bertarikh 19 Oktober 2006 Majistret, Mahkamah Majistret I telah memberi penjelasannya kepada Hakim Mahkamah Sesyen I. Kedua-dua surat masing-masing diberikan salinan kepada saya. Setelah meneliti rekod bagi kes tersebut dan surat-surat berkenaan saya telah memutuskan untuk membuat satu semakan dengan mendengar keterangan semua pihak yang berkenaan dan bagi tujuan tersebut pihak Timbalan Pendakwa Raya dijemput untuk membantu mahkamah.

[3] Kuasa semakan Mahkamah Tinggi diperuntukkan dalam Bahagian VII, Bab XXXI (s. 323 hingga s. 327) Kanun Acara Jenayah dan s. 31 Courts of Judicature Act 1964. Pada dasarnya Mahkamah Tinggi diberi tanggungjawab untuk menentukan perbicaraan jenayah dilaksanakan secara betul oleh mahkamah rendah. Tanggungjawab Hakim Mahkamah Tinggi adalah untuk menentukan bahawa ketetapan, hukuman atau perintah yang diberi atau direkodkan dibuat secara betul, sesuai dan sah di sisi undang-undang serta menentukan kesahihan presiding di mahkamah rendah (Liaw Kwai Wah v. PP [1987] CLJ 163 (Rep); [1987] 1 CLJ 35; [1987] 2 MLJ 69).

[4] Pihak Timbalan Pendakwa Raya telah memanggil 6 saksi di hadapan saya. SP1, Pendaftar, Mahkamah Sesyen, Sungai Petani telah menyatakan bahawa ada 2 Mahkamah Majistret di Sungai Petani, iaitu, nombor I dan nombor II. Kes-kes saman jenayah hanya didaftarkan di Mahkamah Majistret I dan saman kes-kes trafik hanya didaftar dimahkamah Majistret II. Pembahagian tersebut dilaksanakan daripada masa bangunan Mahkamah Sungai Petani mula digunakan pada tahun 2000. Pada hari berkenaan, iaitu, 15 Oktober 2006, Majistret Mahkamah Majistret I (SP4) dan Majistret, Mahkamah Majistret II (SP2) mengikut rekod hadir bertugas di Mahkamah Sungai Petani. Kes berkenaan telah didaftarkan di Mahkamah Majistret II mengikut Buku Daftar Kes (P3). Mengikut P3 itu, bagi kes berkenaan orang kena saman didenda RM100 dan denda telah dibayar dengan resit rasmi (P4) dikeluarkan. Pembayaran denda juga telah direkodkan ke atas kertas pertuduhan berkenaan (P5). (P5) merupakan pertuduhan terhadap SP6 dibawah s. 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman maksima RM2,000.

[5] SP2 adalah Majistret, Mahkamah Majistret II dan telah menyatakan bahawa pada 15 Oktober 2006 dia hadir bertugas di mahkamah. Kad rakaman waktu (P1) mengesahkan dia mula bertugas pada 7.54 pagi dan balik pada 4.49 petang. Pada hari berkenaan pegawai pendakwa Mahkamah Majistret II ada juga bertugas. Mengikut SP2 semua kes kes saman trafik dibicarakan di Mahkamah Majistret II. Bagi (P5) dia mengesahkan bahawa catitan-catitan da

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top