SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2003 MarsdenLR 823

HIGH COURT (IPOH)

BALIA YUSOF WAHI, J


PP
versus
LOO KOK KIN

PERBICARAAN JENAYAH NO. 45-12-2001

Decided On : 06-06-03

Advocates:
Counsel
Pendakwa Raya: Puan Siti Badariah bt Mohd Yusof, Peguam Kanan Persekutuan.
Peguambela: Encik Khairilazwar bin Khalil, (Tetuan K.K. Lee & Co.)

PENGHAKIMAN

Tertuduh di dalam kes ini telah dikenakan pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 160.3 gm di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama. Bagi membuktikan kes terhadap tertuduh, pihak pendakwa raya telah memanggil seramai lapan orang saksi yang terdiri dari anggota-anggota polis dan orang awam. Mingikut keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi berkenaan, pihak polis telah menerima maklumat tentang aktiviti pengedaran dadah oleh seorang lelaki cina di kawasan Pasir Putih, Ipoh, Perak dan ekoran daripada maklumat tersebut suatu operasi untuk menangkap lelaki cina tersebut telah diaturkan oleh Cif Insp. Alias b. Abu Bakar (SP 4). Didalam operasi tersebut iaitu pda jam lebih kurang 3.30 petang pada 24.11.98 serbuan telah dibuat ke atas sebuah rumah yang beralamat No. 12 Tingkat Kledang 6, Taman Kledang, Menglembu dan seorang lelaki cina bernama Loo Kok Kin iaitu tertuduh telah ditangkap. Walau bagaimanapun tiada apa-apa barang salah telah didapati pada lelaki cina atau di rumah tersebut dan beliau telah dibawa balik ke pejabat kontinjen polis di Ipoh untuk tujuan soal siasat. Di dalam operasi tersebut pemeriksaan juga telah dilakukan ke atas sebuah kereta Proton Iswara dan di dalamnya telah diperolehi satu surat perjanjian sewa rumah serta satu resit pembayaran sewa rumah tersebut. Semasa soal siasat dijalankan, tertuduh telah memberikan maklumat yang menyatakan bahawa beliau ada menyimpan dadah di rumah sewanya di Bercham. Berdasarkan kepada maklumat tersebut serta alamat pada surat perjanjian sewa rumah berkenaan satu pasukan polis bersama-sama dengan tertuduh telah pergi ke rumah No. 50 Leboh Bercham Selatan 1/9, Taman Kinta Emas, Bercham Ipoh, Perak. Sampai sahaja di rumah tersebut pasukan polis telah memecah masuk ke dalamnya kerana ketiadaan kunci dan tertuduh telah membawa pasukan polis tersebut ke sebuah bilik air di bahagian bawah rumah tersebut dan telah mengambil satu bungkusan plastik warna hitam dan menyerahkannya kepada SP 4. Bungkusan plastik tersebut telah diperiksa dan didapti mengandungi 7 bungkusan kertas akhbar cina yang di dalamnya didapati mengandungi bahan-bahan yang disyaki heroin. Semasa pemeriksan dijalankan tertuduh turut menyaksikannya. Pasukan polis tersebut telah membawa balik tertuduh ke pejabat narkotik bersama-sama dengan bungkusan yang dijumpai. Setelah selesai menandakan barang-barang tersebut SP 4 telah menyerahkannya kepada pegawai penyiasat bagi kes ini bersama-sama dengan tertuduh. Siasatan lanjut oleh pihak polis menunjukkan bahawa terduduh adalah penyewa kepada rumah tersebut. Bahan-bahan yang disyaki heroin tersebut juga telah dihantar ke pejabat kimia untuk dianalisa dan di dalam keterangannya, ahli kimia yang menjalankan analisa ke atas bahan-bahan tersebut telah mengesahkan bahawa bahan-bahan tersebut mengandungi dadah jenis heroin seberat 160.3 gm. Di akhir kes pihak pendakwaan dan setelah mendengar hujah-hujah oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan pihak tertuduh, Mahkamah ini telah mendapati dan memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di bawah pertuduhan mengedar dadah yang dikenakan terhadapnya. Walau bagaimanapun Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di atas pemilikan dadah tersebut dan telah memerintahkan tertuduh untuk membuat pembelaan terhadap tuduhan pindaan itu. Sehubungan dengan itu Mahkamah telah meminda pertuduhan terhadap tertuduh dan pertuduhan tersebut adalah seperti berikut:

"Bahawa kamu pada 24.11.98 lebih kurang jam 5.00 petang di rumah No. 50 Lebuh Bercham Selatan 1/9, Taman Kinta Emas, Bercham Ipoh di dalam Daerah Kinta di dalam Negeri Perak telah didapati memiliki dadah jenis heroin seberat 160.3 gm. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksuyen 12 (3) Akta Dad

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top