1998 MarsdenLR 1330
COURT OF APPEAL, KUALA LUMPUR
SHAIK DAUD ISMAIL JCA AHMAD FAIRUZ JCA MOKHTAR SIDIN JCA
TENAGA NASIONAL BHD
versus
PERWAJA STEEL SDN BHD
CIVIL APPEAL NO: W-02-619-1995
Decided On : 02-16-98
For the appellant - Muhammad Nur Azmi Hashim (Goh Peng Hong with him);M/s Bakar & Partners
For the respondent - VK Lingam (Shauna Madhavan with him); M/s VK Lingam
Shaik Daud Ismail JCA:
I have had the advantage of reading in draft the judgments of both YA Datuk Haji Mokhtar bin Haji Sidin and Dato' Ahmad Fairuz bin Dato' Shaik Abdul Halim and I concur with them.
Ahmad Fairuz JCA:
Pada masa-masa yang material, perayu, Tenaga Nasional Berhad, telah membekalkan dan responden, Perwaja Steel Sdn. Bhd, telah menggunakan aliran elektrik di premis perindustrian responden di Kemamam, Terengganu. Bagi penggunaan itu responden telah, antara lainnya, diberi potongan atau diskaun 20% (selepas ini disebut "diskaun itu") atas bil-bil elektrik bulanannya. Diskaun itu, yang diberi mulai 1 Februari 1987, adalah atas ehsan dan arahan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia.
Pada 29 Ogos 1990, perayu telah dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia bahawa diskaun itu ditarik-balik mulai 1 Februari 1988. Oleh demikian perayu menuntut agar responden memulangkan jumlah diskaun itu - iaitu yang telah diberi kepada responden dari bulan Februari 1988. Kerana responden hanya mengembalikan amaun-amaun diskaun itu bagi bulan-bulan Januari hingga Ogos 1990, perayu menuntut responden membayar balik amaun-amaun diskaun itu bagi bulan-bulan Februari 1988 hingga Disember 1989.
Dalam penghujjahannya, peguam terpelajar perayu menarik perhatian mahkamah ini kepada ms 182-185 Rekod Rayuan yang menunjukkan dokumendokumen yang diberikan oleh perayu kepada responden pada tiap-tiap bulan. Antara dokumen-dokumen itu ialah dokumen mengenai diskaun itu. Diakui oleh perayu bahawa dokumen mengenai diskaun itu diberi kepada responden mulai 1 Februari 1987 hingga 31 Disember 1989. Perayu hanya menghentikan pengeluaran dokumen itu mulai 1 Januari 1990.
Berasaskan dokumen-dokumen tersebut dalam perenggan 3 di atas, responden telah membuat pembayaran-pembayaran sewajarnya kepada perayu. Dengan lain perkataan responden membayar bil-bil mengenai penggunaan elektrik itu setelah ditolak, antara lainnya, diskaun-diskaun itu. Malah diskaun itu bersama-sama dengan kos-kos yang ditanggungi oleh responden dalam mengeluarkan kelulikelulinya (steelbilets) telah diambilkira oleh pihak kerajaan semasa meluluskan harga keluli-keluli yang dibuat oleh responden.
Berlatarbelakangkan keadaan-keadaan yang digambarkan oleh perengganperenggan di atas, amat ketara sekalilah bagaimana tak saksamanya (inequitable) jika responden diperlukan mengembalikan amaun-amaun diskaun itu kepada perayu seperti dituntutnya. Kepincangan kesaksamaan ini amat terserlah jika diteliti dari pendekatan diskaun itu juga telah digunakan sebagai kayu pengukur penentu harga keluli-keluli responden. Dan keluli-keluli buatan responden itu telahpun dijual dengan harga-harga yang diluluskan oleh kerajaan. Barang diingat juga bahawa surat-surat daripada perayu sendiri memaklumkan responden yang diskaun itu ditarik balik mulai 1 Januari 1990 dan surat-surat itu masing-masingnya bertarikh 24 Julai 1990 dan 27 Ogos 1990. Maka kerana itulah responden telah membayar balik amaun-amaun diskaun itu bagi bulanbulan Januari hingga Ogos 1990. Dan tindakan responden itu tidaklah ternafi kewajarannya jika dilihat dari sudut perayu telah diestop daripada menuntut amaun-amaun bagi bulan-bulan Februari 1988 hingga Disember 1989. Alasanalasan penghakiman Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dalam hal estoppel ini adalah kena pada tempatnya.
Atas sebab-sebab tersebut dalam perenggan-perenggan sebelum ini nyatalah bahawa penghakiman Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi amat sukar sekali untuk diganggugugatkan. Oleh kerana tiada terdapat sebarang kesalahan atau kesalaharahan di pihak Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi, saya bersetuju supaya rayuan ini ditolak dengan kos dan mengarahkan deposit digunakan untuk kos tercukai.
Mokhtar Sidin JCA:
This is an appeal by the plaintiff (hereinafter referred to as the appellant) against the decision of the learned judge who had in the High Court dismissed the claim by the appellant against the respondent. The claim by the appellant