MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
CHUI KAH FAI LWN. PENDAKWA RAYA
PENGHAKIMAN
Pengenalan
[1] Pada 21 Januari 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mensabitkan perayu, Chui Kah Fai bersalah kerana mengedar dadah berbahaya iaitu 7,296.7gram methamphetamine, suatu kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan beliau dihukum dengan hukuman gantung di leher sampai mati.
[2] Perayu merayu terhadap sabitan dan hukuman ke Mahkamah ini. Pada masa rayuan perayu didengar pada 14 Mac 2024, peguam perayu memaklumkan kepada mahkamah bahawa perayu menarik balik rayuan terhadap sabitan dan bersetuju untuk menerima hukuman alternatif iaitu 30 tahun penjara dan 12 sebatan rotan yang ditawarkan oleh pendakwaan sebagai ganti kepada hukuman mati.
[3] Berikutan dari itu, kami telah membatalkan rayuan perayu terhadap sabitan dan menggantikan hukuman mati dengan hukuman 30 tahun pemenjaraan dari tarikh tangkap 27 Oktober 2019 dan juga dikenakan 12 sebatan rotan.
[4] Perayu nampaknya telah mengubah fikiran apabila beliau merayu terhadap sabitan dan hukuman ke Mahkamah Persekutuan:
Pertuduhan
Bahawa kamu pada 27 Oktober 2019, jam lebih kurang 5.10 petang, bertempat di mesin pengimbas OOG2 (Out of Gauge 2) Aras 5 MTB KLIA, di dalam Daera
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.