SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2024 MarsdenLR 1843

MAHKAMAH MAJISTRET REMBAU
PENDAKWA RAYA LWN. MOHD SHARIFUDDIN ZAKARIA & SATU LAGI
[Kes Jenayah No: NF-83D-03-05/2022]



Pendakwaan gagal membuktikan milikan, kawalan, dan pengetahuan tertuduh terhadap dadah, menyebabkan tertuduh dibebaskan dari semua pertuduhan.

Headnote:(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 – Seksyen 12(2) dan Seksyen 39A(1) – Kes pemilikan dadah – Tertuduh didakwa memiliki dadah methamphetamine tetapi pendakwaan gagal membuktikan milikan, kawalan dan pengetahuan tertuduh terhadap dadah tersebut – Elemen prima facie tidak dipenuhi. (Paras 30, 31)
(B) Keterangan – Beban pembuktian – Pendakwaan perlu membuktikan kes prima facie di akhir kes mereka – Kegagalan untuk membuktikan elemen milikan dan pengetahuan mengakibatkan tertuduh dilepaskan. (Paras 10, 30)
(C) Keterangan rakan sejenayah – Keterangan tertuduh kedua yang mengaku salah tidak dipanggil untuk memberi keterangan – Mahkamah tidak dapat menilai keterangan tersebut. (Paras 24, 30)

Facts of the case: Tertuduh pertama didakwa atas pemilikan dadah methamphetamine. Tertuduh kedua mengaku salah atas semua pertuduhan. Pendakwaan gagal membuktikan milikan dan pengetahuan tertuduh pertama terhadap dadah yang ditemui.

Findings of Court: Mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pertama dan memutuskan untuk membebaskan tertuduh.

Issues: Adakah tertuduh pertama mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah yang ditemui?

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa pendakwaan tidak dapat membuktikan elemen milikan dan pengetahuan, dan oleh itu tertuduh tidak perlu membela diri.

Result: Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan dari semua pertuduhan.

PENGHAKIMAN

Kartini Kasran M:

[1] Dalam kes ini, kedua-dua tertuduh menghadapi pertuduhan berikut:

Pindaan Pertuduhan:

Pertuduhan Pindaan Pertama

"Bahawa kamu bersama-sama pada 16 Mei 2022 jam lebih kurang 1240 hrs di bilik stor di sebuah rumah tidak bernombor Kampung Bongek Acheh, 71300 Rembau, Negeri Sembilan, di dalam milikan kamu dadah berbahaya, berat bersih bahan tersebut ialah "0.63 gram" Methamphetamine. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (234) dan boleh dihukum di bawah s 12(2) Akta yang sama dan dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan."

Pertuduhan Pindaan Kedua

"Bahawa kamu bersama-sama pada 16 Mei 2022 jam lebih kurang 1240 hrs di bilik stor di sebuah rumah tidak bernombor Kampung Bongek Acheh, 71300 Rembau, Negeri Sembilan, di dalam milikan kamu dadah berbahaya, berat bersih bahan tersebut ialah "0.12 gram" Methamphetamine. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (234) dan boleh dihukum di bawah s 12(2) akta yang sama dan dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan."

Pertuduhan Pindaan Ketiga

"Bahawa kamu bersama-sama pada 16 Mei 2022 jam lebih kurang 1240 hrs di bilik stor di sebuah rumah tidak bernombor Kampung Bongek Acheh, 71300 Rembau, Negeri Sembilan, di dalam milikan kamu dadah berbahaya, berat bersih bahan tersebut ialah "5.72 gram" Methamphetamine. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (234) dan boleh dihukum di bawah s 39A(1) akta yang sama dan dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan."

[2] Pertuduhan tersebut telah dibacakan dan diterangkan kepada kedua-dua Tertuduh. Kedua-dua tertuduh pada awalnya telah membuat pengakuan tidak bersalah. Namun pada 20 September 2023 tertuduh kedua Mohd Faizrol Bin Zakaria telah membuat pengakuan salah keatas kesemua pertuduhan dan telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman. Perbicaraan diteruskan keatas tertuduh pertama Mohd Sharifuddin Bin Zakaria. Di dalam kes ini pihak pendakwaan telah memanggil 6 orang saksi untuk membuktikan kes mereka iaitu:

a. SP1: Sarjan Amerul Syahmi bin Mohd Sukor (Penghantar barang kes)

b. SP2: KPL Muhammad Faiq bin Junaidi (Jurufoto)

c. SP3: INSP Bala Murugan a/l Nagarajah (Pegawai Serbuan)

d. SP4: En Mohd Shazrul Hisham bin Mohd Fauzi (Ahli Kimia)

e. SP5: Hajah Ramlah binti Haji Ibrahim (Ibu OKT 1)

f. SP6: INSP Zulhilmi bin Baharudin (Pegawai Penyiasat)

Kes Pendakwaan

[3] Pada 16 Mei 2022 jam lebih kurang 12.00 pm SP3 telah berikan satu taklimat kepada semua anggota serbuan yang terlibat di bilik Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Rembau ("BSJN Rembau") berkaitan operasi yang akan dijalankan di sebuah rumah di Kampung Bongek Acheh, Rembau, Negeri Sembilan berkaitan pemilikan dadah yang melibatkan dua lelaki melayu. Selain SP3, 9 lagi anggota terlibat di dalam serbuan ini.

[4] Pada jam lebih kurang 12.15 pm, SP3 bersama pasukannya telah menaiki van pasukan dan bertolak ke Kampung Bongek Acheh dan sampai ke lokasi pada jam lebih kurang 12.35 pm.

[5] Setelah sampai di lokasi SP3 bersama pasukan serbuan telah buat pemerhatian selama lebih kurang 5 minit. Hasil pemerhatian, SP3 dapati terdapat sebuah bilik stor di bahagian tepi rumah tersebut dalam keadaan pintu yang terbuka. Pada jam lebih kurang 12.40 SP3 dan pasukan serbuan telah membuat serbuan dengan memasuki melalui bilik stor tersebut. SP3 telah memperkenalkan dirinya sebagai seorang pegawai polis dengan menunjukkan kad kuasa kepada kedua-dua lelaki melayu yang berada di dalam bilik stor yang sedang duduk di atas kerusi.

[6] SP3 seterusnya telah bertanya kepada kedua-dua saspek sama ada mereka menyimpan barang salah atau tidak, namun kedua-dua mereka berdiam diri. SP3 kemudian membuat pemeriksaan di dalam bilik stor tersebut. Hasil pemeriksaan tersebut SP3 telah menjumpai di atas sebuah meja di dalam bilik stor tersebut 1 beg silang berwarna hitam (eksibit P10) sepertimana pada tandaan "X" oleh SP3 pada gambar eksibit P7F. Pemeriksaan lanjut SP


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top