SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2020 MarsdenLR 3254

MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH KUALA LUMPUR
MOHD SOFIAN HAMZAH LWN. SUZANA SALLEH
[Kes Rayuan No: 14000-049-0050-2017]



Penghujahan berkenaan hutang perkahwinan dinyatakan dengan jelas; hutang bulanan tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada pasangan tanpa perjanjian.

Headnote:(A) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 [Akta 585] – Perintah mengenai hutang perkahwinan – Mahkamah memutuskan pinjaman majlis perkahwinan sebanyak RM10,000.00 dipinda kepada RM8,000.00; hutang berkaitan pinjaman peribadi bagi kereta Proton Satria dibatalkan. (Paras 30)

(B) Hutang Perkahwinan – Penghakiman menunjukkan wang pinjaman majlis perkahwinan adalah hutang perkahwinan dan tidak terdapat perjanjian hutang. (Paras 19)

(C) Prinsip Pertimbangan – Mahkamah Rayuan berpegang kepada dapatan hakim bicara dalam isu fakta. (Paras 13)

(D) Ketidakadilan atas hutang orang lain – Keputusan untuk menyalahkan Perayu terhadap hutang peribadi Responden dianggap tidak adil. (Paras 25)

Facts of the case: Perayu dan Responden yang bercerai mempunyai tiga anak dan Responden memohon pengisytiharan hutang perkahwinan serta hutang kereta melibatkan perbicaraan berkenaan. (Paras 1-3)

Findings of Court: Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah dipinda untuk menyatakan hutang perkahwinan sebagai RM8,000.00 dan memutuskan pinjaman peribadi tidak merupakan hutang perkahwinan. (Paras 30)

Issues: Kadaran pinjaman urusan majlis perkahwinan yang diserahkan dan penentuan pembiayaan pinjaman kenderaan. (Paras 19, 20)

Ratio Decidendi: Dapatan hakim bicara mengenai hutang yang dibuktikan tidak wajar diragui selagi tidak terdapat bukti mencukupi untuk menolak fakta tersebut. (Paras 13, 25)

Result: Perintah Mahkamah Tinggi Syariah dipinda dan dibatalkan di atas prinsip adil dan memberi keutamaan kepada keadilan dan kebenaran. (Paras 30)

PENGHAKIMAN

Mohd Shukor Sabudin HMRyS:

Fakta Kes

[1] Pihak-pihak berkahwin pada 2 Oktober 2004 dan bercerai dengan kebenaran mahkamah pada 25 Jun 2014. Hasil perkahwinan pihak-pihak telah dikurniakan tiga (3) orang anak.

[2] Pada 1 Disember 2014 Responden telah memfailkan Saman dan Tuntutan Hutang Perkahwinan dan menamakan Perayu sebagai Defendan kes melalui kausa tindakan Kes Mal No: 14600-049-0719-2014. Responden dalam tuntutannya memohon agar Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan mengisytiharkan antaranya:

a. Pinjaman urusan majlis perkahwinan sebanyak RM10,000.00 yang diberikan oleh Responden kepada Perayu; dan

b. Pinjaman Peribadi Responden bagi melunaskan hutang kereta Proton Satria, No Pendaftaran WFR 6117 (milik Responden) sebanyak RM12,000.00;

Diisytiharkan sebagai hutang perkahwinan dan Perayu diperintahkan membayarnya kepada Responden.

[3] Perayu dalam pembelaannya terhadap tuntutan Responden tersebut menyatakan bahawa tidak bersetuju dengan tuntutan Responden dan meminta Responden membuktikannya.

[4] Sepanjang perbicaraan, pihak-pihak telah memberikan keterangan bersama dengan saksi masing-masing.

[5] Seterusnya, dapatan fakta/keterangan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan bagi kes Tuntutan Hutang Perkahwinan yang keputusannya dirayu adalah seperti berikut:

a. Pinjaman urusan majlis perkahwinan sebanyak RM10,000.00 yang diberikan oleh Responden kepada Perayu:

i. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Responden ada membuat pinjaman peribadi dari bank sebanyak RM10,000.00;

ii. Pihak-pihak bersetuju bahawa sebahagian dari wang pinjaman RM10,000.00 tersebut diserahkan kepada Perayu bagi menampung kos perbelanjaan majlis perkahwinan;

iii. Sebahagian dari wang pinjaman tersebut telah digunakan oleh Responden semasa perkahwinan;

iv. Responden memberikan sebahagian dari wang tersebut kepada Perayu atas permintaan Perayu kerana Perayu tidak mempunyai wang yang mencukupi bagi menguruskan majlis perkahwinan;

v. Tiada perjanjian hutang antara pihak-pihak.

b. Hutang berkenaan kereta Proton Satria, No Pendaftaran WFR 6117 sebanyak RM12,000.00:

i. Pihak-pihak bersetuju bahawa Kereta Proton Satria, No Pendaftaran WFR 6117 adalah dibeli oleh Responden dari Perayu melalui pembiayaan semula melalui pinjaman bank;

ii. Kereta itu digunakan oleh Perayu untuk kegunaan keluarga kerana Responden tidak memiliki lesen memandu;

iii. Apabila Perayu membeli kereta Wira, kereta tersebut telah diserahkan kepada adik Perayu untuk disambung bayar;

iv. Adik Perayu kemudiannya telah menyerahkan kereta tersebut kepada rakannya untuk disambung bayar;

v. Ketika kereta tersebut berada di tangan rakan kepada adik Perayu, Responden telah menerima satu Notis dari bank yang menyatakan bahawa kereta tersebut telah mengalami tunggakan ansuran bulanan yang tidak berbayar;

vi. Responden telah berbincang dengan adik Perayu bagi menyelesaikan isu tunggakan tersebut dan Responden telah bersetuju dan mengambil keputusan untuk membuat pinjaman peribadi bagi melunaskan baki hutang kereta tersebut;

vii. Hasil perbincangan Responden dengan adik Perayu, mereka telah bersetuju adik Perayu membayar RM5,000.00 kepada Responden. Adik Perayu telah menyerahkan wang RM5,000.00 kepada Responden;

viii. Responden telah membuat pinjaman peribadi sebanyak RM17,000.00 dari bank bagi tujuan untuk melunaskan baki hutang kereta tersebut;

ix. Responden telah melunaskan baki pembiayaan kereta tersebut kepada bank sebanyak RM14,290.84 pada 15 Januari 2008; dan

x. Kereta tersebut kemudiannya telah dijual oleh Responden dengan harga RM6,000.00 dan hasil jualan tersebut telah diambil oleh Responden.

[6] Berdasarkan dapatan-dapatan tersebut, pada 20 April 2017 Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan memutuskan/memerintahkan antara lainnya seperti berikut:

a. Mahkamah sabitkan hutang urusan majlis perkahwinan sebanyak RM10,000.00 ke atas Defendan;

b. Mahkamah sabitkan hutang berkenaan kereta Proton Satria, No Pendaftaran WFR 6117 sebanyak RM12,000.00 ke atas Defendan; dan

c. Hutang-hutang tersebut hendaklah


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top