SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 2085

MAHKAMAH PERUSAHAAN KUALA LUMPUR
MOHD KHAIRUL SYAZWI MALIHA LWN. YR CAPITAL SDN BHD
Award No: 2369 Tahun 2023 [No Kes: 19/4-1008/22]



Petitioner Advocates:,Respondent Advocate:

Pemecatan tanpa sebab yang adil adalah tidak sah; beban pembuktian terletak pada Pihak Yang Menuntut untuk menunjukkan bahawa pemecatan berlaku dan tidak berasas.

Headnote:(A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 - Seksyen 20(3) - Pemecatan tanpa sebab - Pihak Syarikat gagal hadir dalam perbicaraan dan tidak memfailkan pernyataan jawapan - Keputusan Mahkamah mendapati pemecatan adalah tidak sah dan tanpa alasan yang adil - Gaji kebelakangan sebanyak RM59,280.00 dan ganti rugi kewangan sebanyak RM36,400.00 diberikan. (Paras 32, 33, 38, 39)

(B) Beban Pembuktian - Pihak Yang Menuntut perlu membuktikan pemecatan dan ketidakadilan pemecatan - Kegagalan Pihak Syarikat untuk hadir menyebabkan tuntutan Pihak Yang Menuntut diterima. (Paras 15, 18, 31) Fakta kes: Pihak Yang Menuntut ditamatkan perkhidmatan tanpa sebab yang adil setelah berkhidmat dengan baik dan tanpa tindakan disiplin. Pihak Syarikat tidak memberi respons terhadap pertanyaan mengenai gaji tertunggak dan pemecatan. (Paras 7, 8, 10, 30)

Findings of Court:
Pemecatan Pihak Yang Menuntut didapati tidak sah dan tanpa sebab yang adil, dengan gaji kebelakangan dan ganti rugi kewangan diberikan. (Paras 32, 38)

Issues: Adakah terdapat pemecatan dan adakah pemecatan tersebut dengan sebab dan alasan yang adil? (Paras 21, 32)

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa pemecatan adalah tidak sah kerana Pihak Syarikat gagal hadir dan mempertikaikan keterangan Pihak Yang Menuntut, menjadikan pemecatan tanpa justifikasi. (Paras 32, 39)

Result: Tuntutan Pihak Yang Menuntut dibenarkan dengan jumlah award RM95,680.00. (Paras 38, 40)

Table of Content
1. procedural background of the case. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6)
2. facts of the claimant's employment. (Para 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14)
3. burden of proof and dismissal criteria. (Para 15 , 18 , 19 , 20 , 21)
4. legal precedents on dismissal. (Para 16 , 17)
5. court's observations on evidence. (Para 22 , 23 , 24)
6. assessment of the claimant's evidence. (Para 25 , 26 , 27 , 28 , 29)
7. claimant's arguments on wrongful dismissal. (Para 30 , 31)
8. final decision and award. (Para 32 , 33 , 34 , 35 , 36 , 37 , 38 , 39)
Zalina Awang @ Mamat:

Rujukan

[1] Ini adalah suatu rujukan pada 7 Jun 2022 yang dibuat di bawah s 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) oleh Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia yang dirujuk daripada pembuangan kerja MOHD KHAIRUL SYAZWI BIN MALIHA @ ABD AZIZ (selepas ini disebut sebagai "Pihak Yang Menuntut") oleh YR CAPITAL SDN BHD (selepas ini disebut sebagai "Pihak Syarikat") pada 10 Disember 2021.

Latar Belakang Prosedural

[2] Di dalam pematuhan amalan mantap Mahkamah yang mulia ini, secara umumnya dikenali sebagai Pengurusan Kes Pra-Perbicaraan, Mahkamah ini telah menetapkan tarikh e-sebutan bagi kes ini pada 5 Julai 2022, 12 September 2022, 23 Februari 2023, 20 September 2023.

[3] Semasa pengurusan kes secara fizikal pada 20 September 2023 dalam kehadiran Pihak Yang menuntut, manakala Pihak Syarikat tidak hadir, Mahkamah Yang Mulia ini telah memaklumkan tentang tarikh pengendalian kes yang telah ditetapkan iaitu pada 20 September 2023. Pihak Syarikat dan Pihak Yang Menuntut telah dimaklumkan tarikh pengendalian kes pada 20 September 2023 melalui email yang bertarikh pada 14 September 2023. Walaubagaimanapun, Pihak Syarikat telah gagal hadir semasa pengendalian kes tersebut pada 20 September 2023 dan 3 Oktober 2023.

[4] Atas sebab yang tidak pernah dimaklumkan kepada Mahkamah, Pihak Syarikat telah gagal hadir mahupun menghantar sebarang perwakilan ke Mahkamah yang mulia ini pada hari perbicaraan yang telah ditetapkan pada 3 Oktober 2023.

[5] Dengan latar belakang prosiding di atas, perbicaraan bagi kes ini telah di jalankan secara ex-parte pada 3 Oktober 2023 di dalam ketidakhadiran wakil Pihak Syarikat. Manakala Pihak Yang Menuntut telah hadir untuk perbicaraan dan beliau telah mewakili diri sendiri di dalam perbicaraan tersebut.

[6] Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Pihak Syarikat telah gagal memfailkan Pernyataan Jawapan kepada Pernyataan Kes yang telah difailkan oleh Pihak Yang Menuntut.

Fakta Ringkas Dan Kes Pihak Yang Menuntut

[7] Pada 27 Mei 2014, Pihak Yang Menuntut telah ditawarkan bekerja di syarikat YR Retail Sdn Bhd sebagai akaun eksekutif dengan gaji sebanyak RM3,500.00 sebulan. Pada 3 November 2014, jawatan Pihak Yang Menuntut telah disahkan jawatan oleh Pihak Syarikat. Pada 1 Januari 2020 Pihak Yang Menuntut telah ditukarkan ke syarikat di dalam kumpulan yang sama iaitu YR Capital Sdn Bhd.

[8] Sewaktu di dalam tempoh pekerjaan, Pihak Yang Menuntut telah berkhidmat dengan baik tanpa mendapat apa-apa tindakan disiplin dan tatatertib daripada Pihak Syarikat. Di sepanjang tempoh pekerjaan tersebut, Pihak Syarikat banyak kali telah membuat bayaran gaji melepasi tarikh yang dinyatakan di dalam perjanjian pekerjaan iaitu sebelum 07 haribulan bulan berikutnya.

[9] Pihak Yang Menuntut dan pekerja-pekerja yang lain telah diperdayakan oleh Pihak Syarikat dengan mengarahkan mereka menutup kafeteria yang di Setapak Central Kuala Lumpur dengan menyatakan akan membuka kafeteria baru di lot Star Boulevard Kuala Lumpur. Apabila Pihak Yang Menuntut dan pekerja-pekerja yang lain selesai melakukan proses pemulangan kafeteria kepada pemilik iaitu Setapak Central, Pihak Syarikat secara tiba-tiba telah berdiam diri dan tidak membalas pertanyaan Pihak Yang Menuntut dan pekerja-pekerja lain berkenaan dengan Pihak Syarikat halatuju syarikat, pembayaran gaji tertunggak, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tertunggak, bayaran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tertunggak d

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top