SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2022 MarsdenLR 686

MAHKAMAH PERUSAHAAN KUALA LUMPUR
NOOR AZLAN ABDUL GHANI LWN. RAPID RAIL SDN BHD
Award No: 2423 Tahun 2022 [Kes No: 2/4-1995/21]



Petitioner Advocates:Muhammad Syafiq Amani Md Sabri,Nur Zur'Ain Mat Ramlee ,Respondent Advocate: Mohd Suharin Sulaiman Siew,Aimi Farhana Mohd Yusof

Penamatan kerja yang didakwa tidak adil dianggap sah apabila majikan dapat membuktikan pemecatan berdasarkan sebab yang adil dan prosedur yang dipatuhi, meskipun terdapat pelanggaran oleh pekerja.

Headnote:(A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 – Seksyen 20(3) – Pembuangan kerja yang didakwa tidak adil – Penamatan perkhidmatan Yang Menuntut oleh Rapid Rail Sdn Bhd pada 25 Ogos 2020 akibat pelanggaran prosedur rawatan kesihatan yang ditetapkan dan pengambilan cuti sakit berlebihan – Mahkamah mendapati penamatan perkhidmatan adalah berdasarkan sebab yang adil dan mematuhi prosedur yang ditetapkan – Bukti menunjukkan Yang Menuntut melanggar arahan syarikat dengan merujuk kepada klinik yang tidak diluluskan – Mahkamah menilai sama ada pemecatan yang dibuat pihak Syarikat adalah berdasarkan alasan yang adil. (Paras 1-84)

(B) Beban Pembuktian – Majikan bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa pemecatan adalah dengan sebab yang adil – Dalam konteks ini, Majikan perlu menunjukkan bukti pematuhan prosedur dan keadilan dalam tindakan diambil. (Paras 12-14)

(C) Kemandulan dan Keteraturan – Mahkamah menekankan pentingnya pematuhan peraturan pengambilan cuti sakit yang ditetapkan untuk memastikan kelancaran operasi pihak Syarikat. (Paras 19-20)

AWARD

Mohd Zulbahrin Zainuddin:

Rujukan

[1] Prosiding di hadapan Mahkamah ini adalah lanjutan daripada rujukan yang dibuat oleh YB Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah s 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 , berhubung dengan pembuangan kerja Noor Azlan Bin Abdul Ghani ("Yang Menuntut") pada 25 Ogos 2020 oleh Rapid Rail Sdn Bhd ("pihak Syarikat").

Perbicaraan

[2] Kes ini telah mula dibicarakan pada 19 Mei 2022 dan selesai pada tarikh yang sama. Perbicaraan ini melibatkan tiga orang saksi di pihak Syarikat dan Yang Menuntut

Latar Belakang Perkhidmatan Yang Menuntut

[3] Di permulaan perkhidmatan, Yang Menuntut adalah seorang pekerja di Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd (PUTRA) yang telah mula berkuatkuasa pada 2 Ogos 1999.

[4] Berikutan daripada proses pengambil-alihan PUTRA oleh Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (Rapid KL) pada tahun 2004, Yang Menuntut telah bersetuju untuk meneruskan perkhidmatan beliau bersama Rapid KL berkuatkuasa pada 1 Oktober 2004 (COB-1, ms 6-7). Selanjutnya, apabila pihak Syarikat diberikan tanggungjawab untuk mengambil alih operasi Rapid KL, Yang Menuntut telah terus berkhidmat bersama pihak Syarikat sehingga perkhidmatan beliau ditamatkan pada 25 Ogos 2020.

[5] Jawatan terakhir Yang Menuntut adalah sebagai Pegawai Transit dengan pendapatan bulanan terakhir sebanyak RM2,600.00.

[6] Tugas dan tanggungjawab Yang Menuntut sebagai Pegawai Transit antaranya adalah untuk memberikan sokongan khidmat pelanggan kepada penumpang dan sokongan kepada pekerja lain yang bertugas di stesen pengangkutan awam yang berkaitan. Ini termasuk tanggungjawab untuk memastikan fasiliti, keselamatan dan kebersihan di premis pihak Syarikat dan stesen pengangkutan awam yang berkaitan adalah dalam keadaan baik dan teratur.

Fakta Yang Membawa Kepada Penamatan Perkhidmatan Yang Menuntut

[7] Yang Menuntut telah diberikan surat tunjuk sebab yang pertama bertarikh 5 September 2019 atas dakwaan melanggar syarat yang ditetapkan oleh pihak Syarikat berhubung surat panel klinik untuk rawatan kesihatan. Melalui surat bertarikh 10 September 2019 Yang Menuntut telah menjawab dakwaan tersebut.

[8] Selanjutnya Yang Menuntut telah diberikan surat tunjuk sebab kedua bertarikh 12 November 2019 atas dakwaan melanggar arahan pihak Syarikat apabila beliau pergi ke Klinik Mediviron Setiawangsa untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Yang Menuntut menafikan dakwaan itu melalui surat jawapan bertarikh 16 November 2019.

[9] Walaupun Yang Menuntut telah memberikan jawapan yang munasabah, namun, pihak Syarikat telah mengeluarkan surat amaran terakhir bertarikh 10 Februari 2020 yang menurut Yang Menuntut kandungannya bertentangan dengan Buku Panduan Kakitangan Bukan Eksekutif.

[10] Pada 11 Ogos 2020 satu siasatan dalaman telah dijalankan oleh pihak Syarikat terhadap Yang Menuntut yang melibatkan tiga Pertuduhan.

[11] Ekoran daripada siasatan dalaman itu, melalui surat bertarikh 25 Ogos 2020, perkhidmatan Yang Menuntut telah ditamatkan secara serta merta.

Peraturan Berhubung Pembuangan Kerja dan Peranan Mahkamah Perusahaan

[12] Mahkamah Perusahaan berperanan untuk menilai dan menentukan samaada sesuatu pemecatan oleh majikan (pihak Syarikat) adalah berpandukan atas sebab atau alasan yang adil. Perkara ini terkandung di dalam kes Goon Kwee Phoy v. J & P Coats (M) Sdn Bhd, 1981 MarsdenLR 117 di mana Raja Azlan Shah (CJ (Malaya) menyatakan seperti berikut:

"Where representations are made and are referred to the Industrial Court for enquiry, it is the duty of that Court to determine whether the termination or dismissal is with or without just cause or excuse. If the employer chooses to give a reason for the action taken by him the duty of the Industrial Court will be to enquire whether that excuse or reason has or has not been made out. If it finds as a fact that it has not been proved, then the inevitable conclusion must be that the termination or dismissal was without just cause or excuse. The proper enquiry of the Court is the reason advanced

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top