SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 1912

MAHKAMAH SESYEN TELUK INTAN
RAVI LATCHUMANAH LWN. GUNALAN GOPAL & YANG LAIN
[Guaman No: AC-A53KJ-125-10/2020]



Petitioner Advocates:S Ganesh ,Respondent Advocate: Selvanayagam Kailasam,Amelia Yee Zi Xin

The court established that the burden of proof in civil negligence cases lies with the plaintiff, who must demonstrate the defendant's negligence on the balance of probabilities.

Headnote:(A) Civil Liability - Road Traffic Accident - Claim for General Damages, Special Damages, Interest and Costs - Plaintiff injured in an accident involving a motorcycle and a car - Plaintiff's claim for 100% liability against Defendants upheld - Defendants' claims of fraud and negligence by Plaintiff dismissed - Court found Plaintiff was not negligent and that the accident occurred as described by Plaintiff. (Paras 17, 30, 31, 46, 110)

(B) Burden of Proof - In civil cases, the burden of proof lies with the Plaintiff to demonstrate negligence on the balance of probabilities - Court emphasized that the Defendants failed to present evidence to support their claims. (Paras 18, 22, 30)

(C) Quantum of Damages - Court awarded damages for various injuries including spinal cord injuries resulting in paraplegia, rib fractures, and other medical expenses, totaling RM665,798.20 for future care. (Paras 115-218)

(D) Interest - Court awarded interest at specified rates on general and special damages from the date of filing until judgment. (Paras 234)

Table of Content
1. appeal against the decision of the court. (Para 1 , 2 , 3)
2. plaintiff's version of the accident. (Para 4 , 5)
3. defendant's denial and claims of fraud. (Para 6 , 7 , 8 , 9)
4. failure of defendants to present witnesses. (Para 10 , 11)
5. list of witnesses. (Para 12)
6. liability arguments by the plaintiff and defendants. (Para 13 , 14)
7. defendant's claims regarding the absence of evidence. (Para 15 , 16)
8. court's decision on liability. (Para 17 , 18)
9. burden of proof lies with the plaintiff. (Para 19 , 20)
10. standard of proof in civil cases. (Para 21 , 22)
11. effect of absence of defendant's witnesses. (Para 23 , 24)
12. court's discretion on evidence. (Para 25 , 26)
13. defendant's procedural arguments. (Para 27 , 28)
14. court's assessment of evidence. (Para 29 , 30)
15. findings on the plaintiff's injuries. (Para 31 , 32)
16. court's reasoning on injuries. (Para 33 , 34)
17. assessment of damages. (Para 35 , 36)
18. court's findings on damages. (Para 37 , 38)
19. court's conclusions on liability. (Para 39 , 40)
20. final judgment on damages. (Para 41 , 42)
Rajeswari Kannakiah HMS:

Pengenalan

[1] Ini adalah rayuan pihak Defendan Pertama dan Kedua serta pihak Defendan Ketiga terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah ini yang telah membenarkan tuntutan Plaintif (liabiliti dan kuantum) selepas satu perbicaraan penuh.

Latar Belakang Kes

[2] Tuntutan Plaintif adalah bagi ganti rugi am, ganti rugi khas, faedah dan kos terhadap Defendan-Defendan akibat dari satu kemalangan jalan raya yang berlaku pada 17 Oktober 2016 jam lebih kurang pukul 6.30 pagi di Jalan Persekutuan Ipoh - Kuala Lumpur di antara motosikal nombor pendaftaran AGR 2563 yang ditunggang oleh Plaintif dan sebuah motokar nombor pendaftaran PGY 4006 yang dipandu oleh Defendan Pertama dan dimiliki oleh Defendan Kedua.

[3] Defendan Ketiga adalah penanggung insurans kepada motokar PGY 4006 yang dipandu oleh Defendan Pertama pada masa material dan telah dibenarkan untuk mencelah di dalam guaman ini dan dinamakan sebagai Defendan Ketiga atas alasan terdapat unsur frod dalam kes ini iaitu bahawa motosikal yang ditunggang oleh Plaintif tidak terlibat dalam kemalangan dengan motokar Defendan dan bahawa Plaintif sebenarnya telah jatuh dari motosikalnya dengan sendiri.

Versi Plaintif

[4] Pada 17 Oktober 2016, jam lebih kurang pukul jam lebih kurang 6.30 pagi, Plaintif sedang menunggang motosikal nombor pendaftaran AGR 2563 dari Bidor menghala ke Tapah. Apabila Plaintif sedang melalui di KM57 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur, iaitu di selekoh tokong, secara tiba-tiba motokar PGY 4006 yang dipandu oleh Defendan Pertama sebagai agen atau kakitangan atau orang yang memandu dengan kebenaran Defendan Kedua telah melanggar motosikal Plaintif dari arah belakang lalu mengakibatkan berlakunya satu kemalangan di mana Plaintif telah terjatuh ke dalam longkang dan mengalami kecederaan. Plaintif telah dibantu oleh pemandu motokar tersebut yang kemudiannya menghantar Plaintif ke hospital.

Versi Defendan Pertama Dan Kedua

[5] Di dalam Pernyataan Pembelaan mereka, Defendan Pertama dan Defendan Kedua menafikan penglibatan motokar No PGY 4006 dalam kemalangan ini. Secara alternatif, Defendan Pertama dan Kedua memplidkan, sekiranya dibuktikan bahawa Plaintif terlibat dalam kemalangan dengan motokar PGY 4006, maka kemalangan tersebut disebabkan semata-mata atau disumbangkan oleh kecuaian Plaintif sendiri.

[6] Walau bagaimanapun Defendan Pertama dan Kedua gagal hadir ke Mahkamah untuk memberikan keterangan bersumpah bagi menyokong versi mereka seperti yang diplidkan sebaliknya selepas pihak Plaintif menutup kes mereka, Peguam Defendan Pertama dan Kedua juga telah menutup kes mereka tanpa memanggil sebarang saksi.

Versi Defendan Ketiga

[7] Defendan Ketiga ialah penanggung insurans bagi motokar No PGY 4006. Defendan Ketiga telah mengeluarkan satu polisi insurans No JVD 2556851 kepada Defendan Pertama untuk motokar tersebut. Defendan Ketiga menegaskan bahawa tiada kemalangan wujud di antara motosikal AGR 2563 dan

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top