SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2022 MarsdenLR 199

MAHKAMAH PERUSAHAAN KUALA LUMPUR
MOHD REDZUAN MAJID LWN. KOPERASI BELIA NASIONAL BERHAD
Award No: 1988 Tahun 2022 [Kes No: 20-4-1412-20]



Petitioner Advocates:Mohd Iqbal Zainal Abidin ,Respondent Advocate: Idris Zaidel

Keputusan penggantungan tanpa gaji tanpa prosedur pemecatan yang wajar oleh majikan dianggap pemecatan konstruktif mengikut Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Headnote:(A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 – Subseksyen 20(3) – Pemecatan konstruktif – PYM ditamatkan perkhidmatan secara konstruktif setelah digantung tanpa gaji oleh Pihak Syarikat tanpa mengikut prosedur tatatertib, melanggar hak serta peruntukan undang-undang; Mahkamah menemukan kes PYM memenuhi kriteria pemecatan konstruktif berdasarkan kes Western Excavating dan Bayer – Keputusan Syarikat tidak beralasan dan dianggap pelanggaran kontrak. (Paras 38, 44, 58, 66).

(B)

Prosedur tatatertib – Syarikat gagal mematuhi tatacara yang ditetapkan dalam Klausa 4.3, termasuk tiada temusoal dijalankan sebelum tindakan diambil terhadap PYM.

(C)

Pampasan – Mahkamah memutuskan pampasan kewangan sebanyak RM250,000.00 dibayar kepada PYM. (Paras 66, 70)

AWARD

Rajeswari Karupiah:

Rujukan

[1] Rujukan ini dibuat oleh YB Menteri Sumber Manusia pada 5 Julai 2020 berdasarkan subseksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang berpunca daripada pembuangan kerja Mohd Redzuan Bin Majid ("Pihak Yang Menuntut") oleh Koperasi Belia Nasional Berhad ("Syarikat") pada 22 Januari 2020.

I. Prosiding Di Mahkamah

[2] Kes ini merupakan tuntutan PYM bahawa beliau telah dipecat secara konstruktif. Oleh itu, PYM telah memulakan kes sebagai saksi utama dan PYM memanggil seorang lagi saksi iaitu Amalia Yanti Binti Abd Samad (CLW- 2). Pihak Syarikat telah memanggil 4 orang saksi iaitu COW 1, COW 2, COW 3 dan COW 4. Pada keseluruhannya enam (6) orang saksi, dua (2) orang bagi pihak PYM dan empat (4) orang saksi bagi pihak Syarikat telah memberi keterangan dalam kes ini.

[3] Semasa perbicaraan, dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh pihak- pihak telah ditanda seperti berikut:

a) Ikatan Dokumen Syarikat - COB

b) Ikatan Dokumen Tambahan Syarikat - COB 1

c) Ikatan Dokumen Pihak Yang Menuntut - CLB

d) Ikatan Dokumen Pihak Yang Menuntut (Jilid 2) - CLB 1

e) Penyata Saksi Mohd Redzuan Bin Majid - CLWS 1

f) Penyata Saksi Amalia Yanti Binti ABd Samad - CLWS 2

g) Penyata Saksi Shahrizal Bin Sabarudin - COWS 1

h) Penyata Saksi Zulkifly Bin Mohd Daud - COWS 2

i) Penyata Saksi Mohd Shafie Bin Che Omar - COWS 3

j) Penyata Saksi Mohd Hazwan Bin Hazim - COWS 4

[4] Selepas pendengaran kes selesai, pihak-pihak telah diarahkan untuk memfailkan Penghujahan Bertulis sebelum 30 Jun 2022.

[5] Setelah meneliti keterangan saksi, kesemua dokumen serta hujahan yang dikemukakan di Mahkamah oleh pihak-pihak, Mahkamah dengan ini memperturunkan Award keputusan kes ini.

II. Latar Belakang Kes

Hujahan Pihak Yang Menuntut

[6] Rujukan Menteri dalam kes ini memerlukan Mahkamah mendengar dan memutuskan aduan pemecatan Pihak Yang Menuntut (PYM) oleh Syarikat pada 22 Januari 2020 yang diterima oleh Mahkamah Perusahaan pada 11 Ogos 2020.

[7] PYM mula bekerja di Syarikat pada 3 November 2003 sebagai Pembantu Akaun dengan gaji permulaan sebanyak RM900.00 dan telah berkhidmat di Syarikat selama 16 tahun. Sepanjang perkhidmatan di Syarikat, PYM telah menunjukkan prestasi yang baik sehingga dinaikkan pangkat serta menerima kenaikan gaji. Gaji terakhir PYM ialah sebanyak RM6,250.00 sebulan dan PYM telah memegang jawatan Pengurus Kewangan Syarikat semasa penamatan perkhidmatan beliau.

[8] Syarikat merupakan sebuah koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi yang ditubuhkan pada tahun 1976. Yayasan KOBENA pula telah ditubuhkan oleh Syarikat di bawah Akta Syarikat pada tahun 1993. Ia merupakan Syarikat Berhad menurut jaminan yang dikawal oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sejak awal penubuhan Yayasan KOBENA, Anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan dilantik oleh Ahli Lembaga Syarikat.

[9] PYM merupakan salah seorang ahli Yayasan KOBENA bersama dengan semua kakitangan Syarikat yang lain.

[10] Pada 19 Oktober 2016, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengambil alih kawalan semua harta, urusan, aktiviti dan hal-ehwal Syarikat atas sebab gagal mematuhi aturan Akta Koperasi dan kegagalan Syarikat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan serta memfailkan Laporan Kewangan Tahunan. SKM juga mengeluarkan perintah agar semua urusan Syarikat termasuk pegurusan harta Syarikat diletakkan di bawah Tetuan Jamal, Amin & Partners sebagai Pentadbir Syarikat. Sebagai kesan daripada Perintah SKM, Lembaga Pengarah Syarikat dibubarkan dan pengurusan Syarikat dijalankan oleh Pentadbir dibantu oleh kakitangan pengurusan Syarikat.

[11] Disebabkan oleh pembubaran Ahli Lembaga Syarikat, Anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan yang dilantik dari Lembaga Syarikat meletak jawatan atau menjadi tidak aktif.

[12] Yayasan KOBENA dan Semua Ahli Lembaga Pemegang Amanah juga telah dikenakan kompaun dan penalti kerana gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan serta gagal membentangkan akaun untung rugi dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan gagal menyerahsimpan penyata kewangan kepada SSM dalam tempoh sebulan sele

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top