SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Headnote Court Copy Facts Arguments Court observation Judicial Analysis Case Map Category Hierarchy Table of Content
Listen Article Pause Article
judgment-img

2003 MarsdenLR 330

HIGH COURT (IPOH)

VT SINGHAM, J


CHEN SOOK PENG
versus
WEE PHEAN YUNG

SAMAN PEMULA NO. 24-695-03

Decided On : 08-27-03

Advocates:
Counsel
Cik Sheanna Shanta; Tetuan Vidhya Sheanna Low & Partners bagi pemohon
Encik K.L. Choy; Tetuan K.L. Choy & Co. bagi responden

ALASAN-ALASAN PENGHAKIMAN

Dalam kes ini, pemohon adalah seorang pemilik berdaftar tanah yang ditanda sebagai P.N. 10148, Lot No. 109260, Mukim Ulu Kinta (selepas ini dirujuk sebagai "harta tersebut").

Melalui Saman Pemula bertarikh 7.7.2003 Lampiran 1, pemohon memohon suatu perintah seperti berikut:-

kaveat persendirian No. 15541/2002 yang dimasukkan oleh responden ke atas harta tersebut dibatalkan menurut Seksyen 327 Kanun Tanah Negara 1965;

Pentadbir Tanah diperintahkan untuk melakukan segala apa benda seperti yang perlu untuk memberi kuatkuasa kepada apa-apa perintah yang diberi oleh mahkamah ini;

responden membayar kepada pemohon gantirugi yang akan ditaksirkan;

kos bagi permohonan ini ditanggung oleh responden;

lain-lain relief yang difikirkan patut oleh mahkamah Yang Mulia ini.

Alasan-alasan bagi permohonan ini Lampiran 1 secara ringkas adalah seperti berikut:-

pemohon merupakan pemilik berdaftar mutlak ke atas harta tersebut;

pengkaveat (caveator) tidak mempunyai sebarang kepentingan ataupun hak dari segi undang-undang atau pun secara benefisial terhadap harta tersebut;

kewujudan kaveat persendirian No. 15541/2002 tersebut hanya berfungsi untuk menyusahkan (aggrieve) pemohon sahaja;

kepentingan pemohon telah diprejudis oleh kewujudan kaveat tersebut.

Melalui afidavit yang diikrar pada 3.7.2003 Lampiran 2 untuk menyokong permohonan Lampiran 1, pemohon telah menyatakan secara ringkas seperti berikut:-

pemohon adalah pemilik berdaftar tanah harta tersebut di mana harta tersebut telah di gadai kepada Malayan Banking Berhad pada tahun 1997;

pada awal tahun 2003, pemohon telah membuat keputusan untuk pembiayaan semula (refinance) harta tersebut kepada Public Bank Berhad bagi RM200,000.00 demi menanggung pendidikan dua orang anak lelaki beliau di mana seorang akan melanjutkan pelajaran tertiary di National University di Singapura dalam bidang kejuruteraan dan seorang lagi di Asia Pacific Institute of Information Technology (A.P.I.I.T.) di Kuala Lumpur dalam bidang komputer;

pada 31.3.2003, pemohon telah menerima surat tawaran dari Public Bank Berhad untuk pembiayaan semula (refinancing) harta tersebut. Pada 24.5.2003, Malayan Banking Berhad telah menghantar surat penebusan (redemption) kepada peguamcara pemohon untuk membolehkan Public Bank Berhad menjelaskan jumlah penebusan (redemption) tersebut kepada Malayan Banking Berhad. Pada 29.5.2003, Public Bank Berhad telah menjelaskan RM108,811.09 sebagai jumlah penebusan (redemption) tersebut kepada Malayan Banking Berhad melalui Bankers Cek No: 037447;

pada 8.5.2003 suatu carian persendirian telah dilakukan ke atas harta tersebut oleh peguamcara pemohon dan mendapati tiada sebarang kaveat dimasukkan oleh responden;

walau bagaimanapun, ketika peguamcara pemohon mengemukakan dokumen gadaian Public Bank Berhad untuk didaftarkan di Pejabat Tanah, Ipoh, peguamcara dimaklumkan bahawa responden telahpun memasukkan kaveat persendirian tersebut pada 9.11.2002. Seterusnya, perkara tersebut disahkan melalui hasil carian rasmi dari Pejabat Tanah dan Galian yang diterima oleh pejabat peguamcaranya pada 3.7.2003;

pemohon kemudian telah memperolehi satu salinan diakui sah permohonan responden Borang 19B Kanun Tanah Negara untuk memasukkan kaveat tersebut bersama Surat Akuan responden yang menyokong permohonan kemasukkan kaveat tersebut;

kaveat tersebut dimasukkan tanpa alasan munasabah oleh responden yang tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaveat terhadap harta tersebut. Kewujudan kaveat tersebut hanya berfungsi untuk menyusahkan pemohon sahaja kerana walaupun pemohon telah berjaya mendapat pembiayaan semula (refinancing) daripada Public Bank Berhad terhadap harta tersebut, namun pinjaman tersebut tidak dapat dilepaskan kepada pemohon oleh Public Bank Berhad kerana kewujudan kaveat responden tersebut yang menghalang harta tersebut daripada digadaikan kepada Public Bank Berhad;

responden dan pemohon mempunyai masalah perkahwinan dan pemohon telahpun memfailkan petisyen perceraian No: 33 - 9

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top