2000 MarsdenLR 1399
MOHD SAARI YUSOF
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – Appellant
Versus
LIM EE SENG & SATU LAGI – Respondent
Bagi pihak plaintif - Baharuddin Ali (Kadariah Abdul Karim bersamanya);T/n Baharuddin Ali & Co Bagi pihak defendan-defendan - Azhar Arman Ali; T/n Hisham, Sobri & KadirDilaporkan oleh WA Sharif
Beneficial interest in an estate governed by Islamic law is exclusive to Muslim heirs.
Headnote:The plaintive sought declarations regarding administration rights to the estate of deceased. Defendants countered, claiming administrative rights per civil law despite being non-Muslim. Key legal issues involved beneficial interest in an estate governed by Islamic law. The court ruled in favor of the plaintive, rejecting defendants' claims based on established precedents.
Mohd Saari Yusoff H:
Dalam writ dan penyata tuntutan, plaintif menuntut seperti berikut:
(i) Surat kuasa mentadbir yang telah diberikan kepada defendan-defendan diisytiharkan batal dan tak sah seterusnya dimansuhkan;
(ii) Surat kuasa mentadbir harta pesaka dan harta benda si mati diberikan kepada plaintif.
Manakala dalam tuntutan balas defendan-defendan, mereka menuntut seperti berikut:
(i) satu deklarasi bahawa defendan-defendan berhak menjadi pentadbir dan wakil kepada harta pesaka si mati;
(ii) Satu deklarasi bahawa defendan-defendan berhak membahagikan harta pesaka si mati kepada kesemua waris/benefisiari si mati yang bukan Islam termasuk defendan-defendan sendiri;
(iii) satu deklarasi bahawa Akta Pembahagian 1960 terpakai terhadap pesaka seorang Islam;
(iv) Surat kuasa mentadbir yang telah diberikan kepada defendan-defendan dikekalkan;
(v) Defendan-defendan, sebagai pentadbir dan wakil dibenarkan memohon untuk membahagikan harta pesaka si mati kepada kesemua waris/ benefisiari si mati yang bukan Islam termasuk defendan-defendan sendiri.
Ringkasan Fakta Kes
Perkara yang dipertikaikan ialah harta benda seorang bernama Chew Toong Lee @ Ali Cheow bin Abdullah (si mati) bernilai RM265,315.71 (provisional). Chew telah memeluk agama Islam dan didaftar sebagai seorang Islam pada 23 Januari 1973. Chew meninggal dunia pada 28 Julai 1988. Semasa hayatnya sebagai seorang Islam, Chew tidak pernah kembali kepada agama asalnya atau memeluk agama lain.
Defendan pertama merupakan isteri kepada Chew di bawah Undang-Undang Sivil dan hasil perkahwinan dengan Chew, mereka mempunyai dua orang anak perempuan, iaitu defendan kedua dan seorang lain. Surat kuasa mentadbir (LA) untuk harta pesaka Chew telah dikeluarkan pada 27 Ogos 1992 kepada defendan-defendan.
lsu
lsu untuk diputuskan ialah samada defendan-defendan mempunyai kepentingan benefisial (beneficial interest) dalam pesaka si mati (Chew Toong Lee @ Ali Cheow bin Abdullah).
Pendapat
Akta Pembahagian No. 1/1958 s. 2, di antara lain, berbunyi:
Nothing in this Act shall apply to the estate of person professing the Muslim religion or shall affect any rules of Muslim law as varied by local custom in respect of the distribution of the estate of any such person ...
Dalam kes Re Timah binti Abdullah [1941] MLJ 52, Gordon-Smith J (pada masa itu) berkata:
The Shafii school or interpretation of Muhammadan Law is applicable in Malaya and both according to Tyabji's Principles of Muhammadan Law (2nd Edition) page 834 paragraph 4 and Howard's Translation of the Minhaj et Talibin, paragraph 9 page 253, an infidel is excluded from and cannot succeed to the estate of a Muhammadan. There are other cases of exclusion from inheritance with which I am not concerned specifically. (emphasis added)
Fakta-fakta dalam kes tersebut adalah seperti berikut. Timah binti Abdullah (si-mati) adalah wanita Jepun dan telah memeluk agama Islam setelah berkahwin dengan Haji Hassan. Kedua-dua suami isteri telah meninggal dunia tanpa meninggalkan anak hasil dari perkahwinan mereka. Defendan pertama dan kedua, masing-masing merupakan ibu dan abang kepada Timah (si-mati). Kedua defendan bukan beragama Islam. Dalam kes tersebut, mahkamah memutuskan, dengan mengiktirafkan Undang-Undang Islam sebagai Undang-Undang yang terpakai dalam kes tersebut, waris-waris bukan beragama Islam tidak berhak mewarisi harta pesaka orang beragama Islam.
Apakah nas undang-undang untuk menyokong kes defendan-defendan? Dalam penghujahannya, penguambela yang bijaksana telah merujuk kepada kes Tang Sung Mooi v. Too Miew Kim . Dalam kes tersebut, pempetisyen (suami) dan responden (isteri) adalah suami isteri yang diiktiraf di bawah Law Reform Act 1976. Dalam tahun 1991, decree nisi telah diberi oleh mahkamah sementara perbicaraan mengenai 'ancillary relief' ditangguhkan. Dalam kes tersebut, yang menjadi konsen kepada mahkamah ialah tentang bidangkuasa mahkamah untuk mendengar permohonan mengenai 'ancillary relief' memandangkan