2023 MarsdenLR 1058
MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
W MOHD SYAFIE W MUSTAFFA LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: T-09-79-03/2020]
The court affirmed that the testimony of a child witness can be accepted without oath if deemed competent under Section 133A of the Evidence Act, and that mere denial by the accused does not suffice to establish reasonable doubt.
Headnote:(A) Kanun Keseksaan - Seksyen 377E - Pertuduhan merangsang kanak-kanak melakukan perbuatan kelucahan melampau - Mangsa berumur 7 tahun ketika kejadian - Keterangan saksi kanak-kanak diterima tanpa sumpah berdasarkan Seksyen 133A Akta Keterangan 1950 - Pembelaan yang dikemukakan adalah penafian semata-mata dan tidak menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan - Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman pemenjaraan selama 10 tahun dan 3 sebatan rotan. (Paras 22, 25, 52, 56)
(B) Keterangan sokongan - Keterangan saksi yang mendengar aduan mangsa selepas kejadian boleh menyokong keterangan mangsa - Keterangan kanak-kanak yang berusia 7 tahun disokong oleh saksi-saksi lain. (Paras 34, 42)
(C) Prinsip Undang-Undang - Mahkamah peringkat rayuan tidak mengganggu keputusan mahkamah perbicaraan melainkan terdapat kesalahan yang jelas. (Paras 27, 28)
| Table of Content |
|---|
| 1. establishment of factual background in a child abuse case. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8) |
| 2. defendant's denial and alternative explanations. (Para 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21) |
| 3. court's decision on the credibility of evidence. (Para 22 , 23 , 24 , 25) |
| 4. principles of appellate review and witness credibility. (Para 27 , 28 , 29 , 30 , 31) |
| 5. acceptance of child witness testimony under the law. (Para 32 , 33 , 34 , 35) |
| 6. addressing contradictions in witness statements. (Para 36 , 37 , 38 , 39 , 40 , 41) |
| 7. supporting evidence for child witness claims. (Para 42 , 43 , 44 , 45 , 46) |
| 8. defendant's failure to provide credible defense. (Para 47 , 48 , 49 , 50 , 51) |
| 9. final judgment and sentencing considerations. (Para 52 , 53 , 54 , 55) |
Pertuduhan
[1] Pendakwaan terhadap Perayu bermula di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman di atas pertuduhan berikut:
"Bahawa kamu pada 2 Jun 2016 jam lebih kurang 2.00 petang sehingga 4.00 petang, bertempat di Maahad Tahfiz Al- lkhwan, No 1334, Jalan Kenanga, Batu Buruk, di dalam Daerah Kuala Terengganu, di dalam Negeri Terengganu, didapati telah merangsang penama xxxxxx, KPT xxxxxx yang berumur 7 tahun untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang mana boleh dihukum di bawah s 377E Kanun Keseksaan."
Fakta Kes Pendakwaan
[2] Mangsa (SP3) berusia 7 tahun semasa kejadian.
[3] SP3 adalah seorang pelajar di Maahad Tahfiz Al-lkhwan, Batu Buruk, Kuala Terengganu di mana pelajar-pelajar menuntut ilmu Al Quran. SP3 menghadiri kelas mengaji tersebut sejak dari tahun 2015 iaitu ketika SP3 berumur 6 tahun lagi. Sesi pengajian Al Quran ini bermula pada sebelah petang iaitu dari jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang setiap hari Ahad hingga Khamis. Pada sebelah pagi pula, SP3 belajar di Sekolah Kebangsaan Sri Budiman Dua, Kuala Terengganu.
[4] Pada 2 Jun 2016 (hari Khamis) jam lebih kurang 4.00 petang, SP3 telah menceritakan kepada ibunya iaitu Siti Aisyah Ali (SP5) dan bapanya iaitu Mohd Ramlan Ramli (SP2) bahawa semasa SP3 berada di Maahad tersebut, salah seorang ustaz yang mengajar di Maahad tersebut iaitu Perayu telah memanggil SP3 masuk ke dalam bilik penginapannya di Maahad tersebut dan Perayu memberikan telefon bimbitnya kepada SP3 untuk bermain permainan yang ada dalam telefon bimbit tersebut. Perayu kemudiannya menyuruh SP3 meniarap di atas lantai bilik tersebut lalu Perayu duduk di atas SP3. Perayu telah membuka kain yang dipakainya dan membuka pula seluar yang dipakai oleh SP3. Semasa SP3 sedang meniarap, SP3 telah menoleh ke belakang dan di masa itu SP3 nampak kemaluan Perayu. Kemudian, Perayu telah meletakkan, memasukkan dan menggeselkan kemaluannya ke dalam punggung SP3. SP3 dapat merasakan kemaluan Perayu diletakkan di bahagian dubur SP3. Mengikut SP3 lagi, sebelum kejadian terbaru ini, kejadian yang sama juga telah berlaku terhadap dirinya sebanyak tiga (3) kali.
[5] Pengetua Maahad tersebut iaitu Badrul Salleh Burhandin Fadzlullah Abdul Rahman (SP6) mengesahkan bahawa Perayu merupakan salah seorang tenaga pengajar di situ. SP6 juga mengesahkan telah membenarkan Perayu bersama keluarganya tinggal di dalam sebuah bilik belakang di Maahad tersebut (tempat kejadian). Manakala seoarang lagi tenaga pengajar iaitu Ustaz Azmi tidak tinggal di premis maahad tahfiz tersebut.
[6] Pada 3 Jun 2016, SP2 telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu terhadap kejadian yang berlaku terhadap SP3. Laporan Polis Kuala Terengganu/005002/16 ditandakan sebagai Ekshibit P3.
[7] Pada 4 Jun 2016, jam lebih kurang 3.30 petang, bertempat di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Siti Aniza binti Askulali (SP9) telah menjalankan satu sesi kawad cam bagi SP3. SP9 mengesahkan bahawa SP3 dapat mengecam Perayu sebagai orang yang melakukan perbuatan tersebut terhadapnya. Laporan kawad cam tersebut telah