2005 MarsdenLR 1915
MAHKAMAH TINGGI MALAYA, KUALA LUMPUR
AZMEL MAAMOR H
CHAI CHEE CHIN & ORS
versus
TETUAN ZAHARI ONG & CO
SAMAN PEMULA NO: S2-24-59-2004
Decided On : 08-10-05
Bagi pihak plaintif - Jeev Anand (Mazlan Mohd Nor bersamanya); T/n How, Zul & Low
Bagi pihak defendan - P Mithran; T/n Sothi & Ang
Azmel Maamor H:
[1] Plaintif-plaintif merupakan pekongsi dan menjalankan perniagaan di bawah gaya dan nama Paris Hotel. Plaintif-plaintif ialah penyewa utama tanah yang dikenali sebagai No. Lot 227 No. Hakmilik GM 2383, Bandar Kuala Lumpur (tanah tersebut). Kerajaan berhasrat untuk mengambil balik tanah tersebut. Plaintif-plaintif telah melantik defendan untuk mewakili mereka di dalam siasatan yang dilaksanakan oleh Pejabat Tanah, Kuala Lumpur. Melalui surat bertarikh 18 Jun 2001 (eks. NLS1), Plaintif-plantif bersetuju membayar sejumlah wang tertentu sebagai fi defendan. Surat itu dianggap oleh defendan sebagai perjanjian antara kedua pihak mengenai fi defendan. Untuk memudahkan rujukan saya catitkan keseluruhan surat itu dan ianya adalah seperti berikut:
Mr Ko Hock Eng
71-A-C, Batu 3
Jalan Klang Lama
Kuala Lumpur
Dated: 18th June 2001
Zahari Ong & Co.
No. 14-2, Jalan USJ 10/1
47620 UEP Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Dear Sir,
Re : Land Acquisition; Geran No. 2383 Lot No. 227
I, Ko Hock Eng (No. K/P: 411111-71-5081) of No. 71-A-C, Batu 3, Jalan Kelang Lama hereby appoint Zahari Ong & Co. to be my Solicitors in the Land Acquisition by the Land Administrator (at the Land Office level only) over the property held under Geran No. 2383 Lot 227.
I agree to pay legal fees as follows:
20% if the monies awarded by the Land Administrator subject always to a minimum legal fee of RM1,000.00.
I further agree not to request for any of the documents/pleadings until the legal fees are fully settled.
Thank you.
Yours faithfully,
(sign illegible)
Ko Hock Eng trading as Paris Hotel.
[2] Defendan telah hadir di dalam siasatan tersebut dan pada 20 September 2001 award berjumlah RM533,000 telah diputuskan oleh pentadbir tanah. Plaintif-plaintif menerima pampasan yang diawardkan dan telah menandatangani Borang H sebagai tanda persetujuan.
[3] Malangnya, bantahan telah dibuat oleh tuan tanah. Ini menyebabkan pentadbir tanah memaklumkan kepada defendan bahawa permohonan akan dibuat kepada mahkamah untuk mendepositkan pampasan ke dalam mahkamah.
[4] Selepas itu, plaintif-plaintif menukar peguamcara. Melalui surat bertarikh 18 Mac 2002, plaintif-plaintif melantik firma Tetuan Miranda & How (peguamcara baru plaintif-plaintif) untuk menggantikan defendan. Pada tarikh yang sama defendan dimaklumkan tentang penukaran peguam melalui satu surat yang lain. Surat-surat itu dikembarkan di dalam kandungan 2 dan ditandakan sebagai eks. KHE1.
[5] Walaupun telah ditamatkan perkhidmatannya, defendan masih lagi berunding dengan peguamcara tuan tanah untuk mencapai penyelesaian bagi membolehkan wang pampasan dibayar kepada plaintif-plaintif setelah ditolak jumlah yang patut dibayar kepada tuan tanah.
[6] Pada 10 Jun 2002 defendan menerima surat daripada pentadbir tanah (eks. NLS5 kandungan 3) memaklumkan bahawa permohonan untuk mendepositkan wang ke dalam mahkamah akan didengar pada 13 Jun 2002. Ini menunjukkan walaupun perkhidmatan defendan sebagai peguamcara plaintif-plaintif telah ditamatkan sejak bulan Mac 2002, tapi rekod di pejabat tanah masih menunjukkan defendan merupakan peguamcara plaintif-plaintif. Peguamcara baru plaintif-plaintif nampaknya tidak mengambil tindakan untuk memaklumkan kepada pejabat tanah berkenaan dengan pertukaran peguamcara.
[7] Untuk mengetahui kedudukan kes, defendan hadir ke mahkamah dan mendapat kes tidak disenaraikan. Defendan dimaklumkan bahawa kes ditangguhkan kepada 5 September 2002. Pada 5 September 2002, sekali lagi defendan hadir ke mahkamah, tetapi semua pihak tidak kelihatan di mahkamah. Defendan menalifon pentadbir tanah dan dimaklumkan plaintif-plaintif telah menerima wang pampasan.
[8] Setelah mengetahui kedudukan itu, defendan melalui surat bertarikh 17 September 2002 (eks. KHE2 kandungan 2) telah menghantar bil fi mereka kepada plaintif berjumlah RM106,000. Peguamcara baru plaintif-plaintif melalui surat mereka bertarikh 24 September 2002 (eks. KHE3 kandungan 2) meminta bil itu ditaksirkan. Defendan selepas