2017 MarsdenLR 2095
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH HULU LANGAT
EMFTAR LWN. NMN
[Kes Mal Bil: 10005-010-1514-2016 & 10005-042-1515-2016]
The court established that a marriage performed in Thailand is valid and recognized under Selangor's Islamic law, affecting subsequent marriages.
Headnote:Statute Analysis: Under section 57 and section 61(1)(e) of the Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003, the court explored the validity of documents presented as public documents. Facts of the Case: The appellant claimed marriage with the respondent occurred in Songkhla, Thailand on 1 September 2014. The case involved competing narratives with the respondent denying the marriage.
Findings of Court:
The court determined the marriage as valid based on existing legal provisions and supporting documentation.
Issues: The main issue framed was whether a marriage occurred between the appellant and respondent on the stated date.
Ratio Decidendi: The court reasoned that the appellant adequately proved the marriage occurred, asserting that the burden of proof lies with the one making the claim, as cited in sections 75 and 74 of the statute.
Result: The court ruled the marriage valid and ordered the registration while declaring the subsequent marriage of the respondent invalid.
| Table of Content |
|---|
| 1. petitioner's marriage claim initiation and factual basis established. (Para 1 , 2 , 3 , 4) |
| 2. documentary evidence and its public record claim are substantiated. (Para 10 , 12 , 18) |
| 3. respondent's rebuttal assertions about the marriage are presented. (Para 15 , 16) |
| 4. respondent's denial of marriage allegations. (Para 19 , 20) |
| 5. courts evaluate claims based on substantiated proof and legal standards. (Para 24 , 31 , 34) |
| 6. court's findings on the evidence presented. (Para 26) |
| 7. final ruling confirms validity of the marriage and dictates subsequent orders. (Para 46 , 58) |
[1] Pemohon dalam kes permohonan daftar nikah (10005-010-1514-2016) adalah EMFTAR. Pemohon mendakwa telah berlaku pernikahan antara beliau dengan Responden NMN, di Songkhla, Thailand pada 1 September 2014. Pada masa yang sama, Pemohon juga memfailkan tuntutan faraq nikah (10005-042-1515-2016) terhadap NMN (Defendan 1) dan MRD (Defendan 2) yang telah melangsungkan pernikahan di Subang Jaya, Selangor pada 16 Julai 2016.
[2] Mahkamah memutuskan untuk mendengar kedua-dua kes ini bersekali dalam satu prosiding, memandangkan hal-hal berkaitan fakta, dakwaan, penafian, pembuktian dan kesan hasil keputusan kes faraq nikah berkait secara langsung dengan keputusan kes daftar nikah. Justeru, akan didapati di dalam alasan penghakiman ini dan proses perbicaraan yang telah dijalankan, adalah lebih berfokus kepada isu pengesahan nikah Pemohon dengan Responden yang didakwa berlaku di Songkhla tersebut.
Dakwaan Pemohon
[3] Pemohon mendakwa (rujuk pada afidavit pemohon) telah berlaku pernikahan antara Pemohon dengan Responden pada 1 September 2014 di Majlis Agama Islam Songkhla Thailand.
Pembuktian Pemohon
[4] Pemohon telah membawa dua jenis keterangan utama, iaitu keterangan saksi dan keterangan dokumentar.
Keterangan saksi
[5] Saksi yang dibawa adalah seorang wanita bernama NS (selepas ini disebut SP1).
[6] SP1 merupakan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam di Bahagian Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), di Shah Alam.
[7] SP1 telah membuat akuan afidavit, yang bertujuan mengesahkan wali di dalam Surat Nikah yang didakwa pemohon adalah antara wali yang diberi tauliah dan diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla Thailand.
[8] SP1 menyatakan, beliau mempunyai akses terhadap rekod senarai nama-nama juru nikah Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla khususnya dan nama-nama juru nikah di seluruh wilayah selatan Thailand umumnya (Songkhla, Pattani, Yala, Narathiwat, Satun dan Pattalung). Rekod yang dirujuk SP1 itu adalah yang terkini dan berkuat kuasa setakat afidavit yang diikrarkan beliau.
[9] SP1 telah hadir pada 18 November 2016, untuk disoal oleh peguam Responden. SP1 menyatakan dokumen rekod senarai nama juru nikah itu adalah dokumen sulit dan hanya tiga orang pegawai di ibu pejabat (JAIS), di Shah Alam, termasuk SP1 sendiri, yang boleh membuat pengesahan juru nikah yang bertauliah dan diiktiraf ini.
Keterangan Dokumentar
[10] Pemohon telah mengemukakan sebanyak enam dokumen dan telah ditender di dalam Mahkamah iaitu:
i. Passport Pemohon sebagai P1
ii. Catatan Keterangan Nikah (2951) (tulisan jawi) sebagai P2
iii. Surat Majlis Agama Islam Songkla kepada Konsulat Jeneral Malaysia Songkhla (tulisan rumi) sebagai P3
iv. Surat Konsulat Jeneral Malaysia Songkhla berhubung pengesahan perkahwinan di Selatan Thailand sebagai P4
v. Afidavit Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam JAIS, (NS) sebagai P5
vi. Surat dikeluarkan JAIS (bagi pengesahan wali bertauliah di Majlis Agama Islam Songkhla) kepada Peguam Pemohon sebagai P6.
[11] Di pertengahan prosiding, pihak-pihak telah bertikai bagi dokumen-dokumen yang ditender sebagai P2, P3, P4 dan P6 tersebut, dan mahkamah mengarahkan untuk kedua-dua pihak menghujahkan sama ada boleh ditender sebagai P atau id sahaja.
[12] Setelah meneliti hujah kedua pihak, mahkamah berpuas hati dan memutuskan dokumen- dokumen yang dipertikai itu adalah dokumen awam di bawah s 57(a) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dan buk