SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2023 MarsdenLR 19

MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR
MUHD AMMAR HAZIQ ZULKIFLI LWN. PENDAKWA RAYA
[Kes Jenayah No: WA-62RS-29-02/2023]



The sentencing involves balancing public interest with the rights of offenders, ensuring penalties reflect the severity of the crime.

Headnote:Statute Analysis: The accused was charged under section 395 of the Penal Code and sentenced to 7 years' imprisonment and 2 strokes of caning. Facts of the Case: The accused confessed to the charge of group robbery involving a stolen mobile phone.

Findings of Court:
The court deemed the confession valid and upheld the charges.

Issues: The court framed questions regarding the appropriateness of the sentence based on public interest and the seriousness of the crime.

Ratio Decidendi: The court emphasized that sentencing must consider the deterrent effect on the community.

Result: The court maintained the sentence of 7 years' imprisonment and 2 strokes as appropriate.

Table of Content
1. confession to charge under section 395. (Para 1 , 7 , 11)
2. balancing public interest with offender's rights. (Para 15 , 16 , 20 , 21 , 22)
3. emphasis on seriousness in sentencing. (Para 18 , 19)
4. first-time offender’s sentencing considerations. (Para 30 , 32 , 33)
5. sentence must be fair, reasonable, and lawful. (Para 41 , 42)
Norina Zainol Abidin H:

Pengenalan

[1] Ini merupakan rayuan oleh Tertuduh (selepas ini dirujuk sebagai OKT) yang dibuat pada 15 Mac 2023, kerana tidak berpuashati dengan hukuman yang diberikan oleh Mahkamah ini pada 7 Mac 2023 yang telah mensabitkan OKT di bawah s 395 Kanun Keseksaan dan menjatuhkan hukuman penjara 7 tahun dari tarikh tangkap dan 2 sebatan.

[2] OKT telah dituduh di Mahkamah ini, melakukan suatu kesalahan menurut peruntukan s 395 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

[3] Pertuduhan ke atas OKT berbunyi:

"Bahawa kamu bersama-sama seorang lagi yang masih bebas pada 12 Ogos 2022 jam lebih kurang 0530 pagi di hadapan Restoran Wong Ohio Seafood, Lorong 1/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur, Dalam Daerah Cheras, Dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah melakukan rompak berkumpulan ke atas Nur Idrina Sofia Shamsuddin (KP: 030224030696) dengan mengambil (1) buah telefon bimbit jenis Iphone 12 Pro warna biru gelap. Oleh itu, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan dan boleh di hukum di bawah seksyen yang sama."

Kes Pendakwaan

[4] OKT telah hadir ke Mahkamah ini secara sendiri tanpa diwakili oleh Peguam Bela. Pertuduhan telah dibaca, diterang dan difahamkan kepada OKT dalam Bahasa Melayu. OKT faham pertuduhan tersebut dan seterusnya mengaku salah ke atas pertuduhan tersebut.

[5] Mahkamah ini seterusnya telah menerangkan sifat dan akibat pengakuan salah OKT bagi kesalahan menurut s 395 Kanun Keseksaan iaitu hukuman yang bakal dikenakan ke atas OKT jika OKT mengaku salah dan disabitkan dengan kesalahan iaitu "hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat".

[6] Seterusnya OKT masih mengaku salah ke atas pertuduhan tersebut.

[7] Pihak Pendakwaan telah mengemukakan fakta kes yang ditandakan sebagai ekshibit P1 iaitu seperti berikut:

"Keterangan menunjukkan pada 12 Ogos 2022 jam lebih kurang 5.30 pagi, pengadu Nur Irdina Sofia Shamsuddin, bersama-sama dengan rakan pengadu, Nur Dania Syazweena Romzi berada di hadapan 1 Shamelin Mall Taman Shamelin Perkasa.

Secara tiba-tiba telah datang sebuah motorsikal yang dinaiki dua lelaki Melayu dan telah meragut telefon bimbit milik pengadu iaitu Iphone 12 Pro berwarna biru gelap. Selepas itu, kedua-dua lelaki telah memecut laju meninggalkan pengadu dan rakannya.

Pengadu telah menggunakan aplikasi Find My lphone dan untuk mengesan telefon bimbit dan aplikasi tersebut telah menunjukkan di Flat Pudu Cheras. Semasa di Flat Pudu Cheras, pengadu telah dapat mengecam motorsikal yang digunakan oleh kedua-dua lelaki tersebut untuk merompak pengadu iaitu motorsikal jenis RSX warna hitam kuning nombor pendaftaran BQU 4669.

Pada 26 Ogos 2022, pihak polis telah tangkap kamu dan hasil siasatan pihak polis berdasarkan kawad cam yang dijalankan, rakan pengadu dapat mengecam kamu dan motorsikal yang kamu gunakan untuk merompak pengadu."

[8] Fakta kes telah dibacakan dan diterangkan kepada OKT dalam Bahasa Melayu. OKT faham dan mengakui akan fakta kes tersebut.

[9] Pihak Pendakwaan selanjutnya mengemukakan dokumen-dokumen berikut yang ditandakan sebagai ekshibit:

a) Laporan Pengadu - P2;

b) Laporan Polis Tangkapan - P3;

c) Gambar Tempat Kejadian sebanyak 3 keping - P4(A) - (C); dan

d) Gambar Barang Kes sebanyak 3 keping - P5(A) - (C).

[10] Kesemua ekshibit P2 hingga P5 tersebut telah dikemukakan dan diterangkan kepada OKT dalam Bahasa Melayu dan kesemuanya diakui benar oleh OKT.

Dapatan Dan Sabitan Mahkamah

[11] Mahkamah seterusnya telah menerima pengakuan salah OKT setelah Ma

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top