SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2008 MarsdenLR 660

MAHKAMAH SYARIAH KUALA TERENGGANU
ZAIMAH MAT ALI LWN. SAPIAI CHIK
[Kes Mal No: 11300-037-0009-2008]



PENGHAKIMAN

Ismail Yahya HMTS:

Fakta Kes

[1] Dalam kes ini, Pemiutang Penghakiman iaitu Zaimah binti Mat Ali telah memohon saman terhadap Penghutang Penghakiman iaitu Sapiai bin Chik yang juga bekas suaminya kerana gagal mematuhi dan melaksanakan perintah-perintah mahkamah di dalam Mahkamah Tinggi Syariah pada 24 Julai 2006 dan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu pada 8 Mei 2006.

[2] Pada 8 Mei 2006, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu telah mengeluarkan perintah dengan persetujuan Sapiai bin Chik membayar nafkah 2 orang anak sebanyak RM300.00 sebulan, bermula akhir bulan Jun 2006 dan seterusnya sebelum setiap akhir bulan sehingga kedua-dua orang anak tersebut lepas tanggungan. Manakala pada 24 Julai 2008, Mahkamah Tinggi Syariah telah mengeluarkan perintah hak penjagaan ke atas anak yang bernama:

i. Mohd Shafiq Afizi bin Sapiai, tarikh lahir 3 September 1989, No Sijil Kelahiran: I 199321;

ii. Nur Syafiqah binti Sapiai, tarikh lahir 12 Januari 1993, No Sijil Kelahiran: J 501927; dan

iii. Muhammad Syahmi Fikri bin Sapiai, tarikh lahir 28 April 1999, No Sijil Kelahiran: AJ 65406

diberikan kepada ibu kanak-kanak tersebut iaitu Plaintif, Zaimah binti Mat Ali, sehingga ada perintah lain dikeluarkan oleh Mahkamah.

[3] Hakim juga memerintahkan hak lawatan dan bermalam dengan kanak-kanak tersebut pada bila-bila masa yang sesuai tetapi hendaklah memaklumkan kepada Plaintif, Zaimah binti Mat Ali, terlebih dahulu. Di samping itu, mahkamah memerintahkan dengan persetujuan kedua-dua pihak bahawa Defendan, Sapiai bin Chik, membayar nafkah bagi 3 orang anak tersebut sebanyak RM300.00 sebulan bermula bulan Julai 2006 sehingga ada perintah lain dikeluarkan oleh Mahkamah.

[4] Pemiutang Penghakiman mendakwa bahawa Penghutang Penghakiman telah membuat bayaran nafkah anak sejak kedua-dua perintah dikeluarkan hingga bulan April 2007 secara tidak teratur. Bermula pada bulan Jun 2006 hingga bulan April 2007 jumlah nafkah anak yang telah dilunaskan oleh Penghutang Penghakiman mengikut catatan rekod yang dibuat oleh Pemiutang Penghakiman hanya berjumlah RM1,555.50. Walaubagaimanapun, perkiraan nafkah anak yang perlu dilunaskan oleh Penghutang Penghakiman adalah sebanyak RM300.00 sebulan pada tiap-tiap bulan Mulai bulan Jun 2006 hingga bulan April 2007. Jumlah nafkah yang perlu dibayar oleh Penghutang Penghakiman berjumlah RM3,300.00 (RM300.00 x 11 bulan). Mengikut perkiraan ini, Penghutang Penghakiman telah tidak melunaskan nafkah anak mengikut sebagaimana yang difardukan atas persetujuan bersama sebanyak RM1,744.50 sepanjang tempoh itu.

Penghakiman YAA Dato' Hj Ismail bin Yahya, KHS

[5] Pemiutang Penghakiman telah memasukkan Permintaan Untuk Mendapatkan Saman Penghutang Penghakiman ke dalam Mahkamah ini, dan telah didaftarkan pada 17 Jun 2008. Mahkamah telah mengeluarkan 1 Saman Penghutang Penghakiman mengikut peruntukan di bawah s 177 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001, dan menetapkan untuk membuat pemeriksaan ke atas Penghutang Penghakiman pada 29 Jun 2008. Seksyen 177 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 memperuntukkan:

(1) Apabila menerima suatu permohonan di bawah s 176, Mahkamah hendaklah mengeluarkan suatu saman penghutang penghakiman dalam Borang MS43.

(2) Sesuatu saman penghutang penghakiman hendaklah disampaikan kepada penghutang penghakiman itu sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum hari yang ditetapkan bagi pendengaran saman itu.

[6] Manakala subseksyen 178(1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 pula memperuntukkan:

Pada hari yang ditetapkan untuk pendengaran saman penghutang penghakiman, Mahkamah boleh memeriksa penghutang penghakiman itu dan saksi-saksi lain dengan iqrar.

[7] Oleh kerana pada 29 Jun 2008, Yang Arif terlibat dengan urusan resmi Kerajaan, maka pemeriksaan ke atas Penghutang Penghakiman telah ditunda kepada 10 Ogos 2008.

[8] Saman Penghutang Penghakiman ini dikeluarkan ke atas Penghutang Penghakiman oleh kerana mengikut kiraan Pemiutang Penghakiman, Penghutang


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top