SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2009 MarsdenLR 2128

MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
CHOW LIN CHOY LWN. PENDAKWA RAYA
[Semakan Jenayah No: 43-23 Tahun 2009]



JUDGMENT

Kamardin Hashim PK:

[1] Melalui surat bertarikh 9 September 2009 dari Tetuan Kuan & Company yang hanya diserahkan pada 12 Oktober 2009 memohon kepada mahkamah ini untuk keputusan Tuan Hakim Mahkamah Sesyen 3 di Johor Bahru (HMS) yang diberikan pada 8 September 2009 dan 12 Oktober 2009 yang menolak permohonan tertuduh untuk dibebaskan atas jaminan sementara menunggu perbicaraan atas dua pertuduhan yang dihadapkan kepada tertuduh. Oleh kerana keperluan perkara ini disegerakan supaya tertuduh boleh terus dijamin keluar dan dibebaskan dengan segera maka permohonan ini difailkan dan sebaliknya tidak melalui proses rayuan yang akan memakan masa.

[2] Mengenai bidang kuasa dan kuasa-kuasa semakan yang diberikan kepada Mahkamah Tinggi adalah seperti diperuntukkan di bawah ss 323-327 Kanun Prosedur Jenayah ('KPJ') dan ss 31 dan 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Peruntukan-peruntukan tersebut telah memberikan kuasa yang cukup luas kepada mahkamah ini untuk menentukan sama ada keputusan mahkamah bawahan jenayah itu betul, mengikut undang-undang atau bersesuaian mengenai sesuatu keputusan, hukuman ataupun perintah yang diberikan serta dari segi sama ada teraturnya sesuatu prosiding (lihat kes PP v. Muhari Mohd Jani & Anor, [1996] 3 MLJ 116; Liaw Kwai Wah & Anor v. PP; [1987] 2 MLJ 69; [1987] 1 CLJ 35).

[3] Isu di hadapan mahkamah ini sekarang adalah untuk menentukan sama ada keputusan Tuan HMS menolak permohonan tertuduh untuk dibebaskan atas jaminan sementara menunggu perbicaraan dua pertuduhan terhadap tertuduh itu betul mengikut undang-undang, teratur dan bersesuaian di dalam keadaan kes ini. Bagi tujuan tersebut, mahkamah ini perlu melihat kepada rekod prosiding di hadapan Tuan HMS. Atas arahan, rekod prosiding tersebut telah pun dikemukakan ke mahkamah ini.

[4] Setelah menyemak rekod prosiding dan mendengar hujahan pihak peguambela terpelajar serta hujahan timbalan pendakwa raya terpelajar, saya telah membenarkan permohonan tertuduh untuk dibebaskan atas jaminan sementara menunggu perbicaraan. Pihak pendakwaan tidak berpuashati terhadap keputusan tersebut dan sekarang merayu ke Mahkamah Rayuan.

[5] Dalam kes ini tertuduh telah dihadapkan dengan dua pertuduhan seperti berikut:

Pertuduhan pertama:

Bahawa kamu pada 17 April, 2009 jam lebih kurang 5.00 petang di dalam kereta No. Pendaftaran BGD 5727 (terpasang adalah No. Pendaftaran palsu BGL 5272) semasa berada di Jalan Permas Barat, Permas Jaya, didalam Daerah Johor Bahru didalam negeri Johor Darul Ta'zim telah didapati dalam milik kamu sepucuk senjatapi jenis COLTS MK IV SERIES 70 GOVERNMENT MODEL.45 AUTOMATIC CALIBRE bersama 7 butir peluru jenis.45 AUTO BM 08 didalam kelopak tanpa kebenaran yang sah. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37).

Pertuduhan kedua:

Bahawa kamu pada 17 April, 2009 jam lebih kurang 5.00 petang semasa berada di Jalan Permas Barat, Permas Jaya, di dalam Daerah Johor Bahru didalam Negeri Johor Darul Ta'zim telah didapati dalam milik kamu 7 butir peluru jenis.45 AUTO BM 08 dalam satu uncang kain bertulis Olympus dalam poket seluar hadapan sebelah kiri tanpa lesen yang dikeluarkan kepada kamu. Oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 8 Akta Senjata 1960 (Akta 206).

[6]Seksyen 12 Akta 37 memperuntukkan dengan jelas bahawa semua kesalahan di bawah Akta itu tidak boleh diberi jamin tanpa mengira mana-mana peruntukan undang-undang bertulis yang lain serta tanpa mengira prinsip undang-undang yang berlawanan. Peruntukan s 12 tersebut berbunyi:

2

12 No bail to be granted in respect of offences under this Act

(1) Bail shall not be granted to an accused person charged with an offence under this Act.

(2) The provisions of subsection (1) shall apply notwithstanding any other written law or any rule of law to the contrary.

[7] Tiada terdapat peruntukan yang serupa di bawah Akta Senjata 1960 yang menghalang jaminan diberikan kepada tertuduh sepertiman

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top