SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2013 MarsdenLR 974

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH KUALA LUMPUR
PENDAKWA SYARIE JAWI LWN. MOHD SHAHRUL NIZAM TAHIR
[Kes Jenayah Bil: 14600-142-0027- 2013]



The court emphasized that a confession provides strong evidence for conviction, especially under Islamic law regarding the seriousness of zina. Mitigating factors were considered before the penalty was determined.

Headnote:(A) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 - Seksyen 23(1) - Tertuduh didapati bersalah melakukan persetubuhan luar nikah - Kesalahan dilakukan di Kuala Lumpur, di luar pernikahan yang sah - Mahkamah tinggi syariah berkuasa membicarakan kes ini berdasarkan peruntukan undang-undang - Iqrar sebagai bukti kuat atas sabitan. (Paras 1, 4, 11, 20)

(B) Pengakuan salah - Mahkamah mendapati pengakuan salah tertuduh adalah sukarela dan melaksanakan hukum selepas mempertimbangkan faktor mitigasi dan pemberatan - Kesalahan zina merupakan kesalahan berat dalam agama Islam dan Mahkamah menjatuhi hukuman sebat berdasarkan peruntukan undang-undang. (Paras 16, 18, 20)

Facts of the case:
Tertuduh, Mohd Shahrul Nizam, didakwa melakukan persetubuhan luar nikah dengan Syazwana yang bukan isterinya. Kesalahan membawa kepada kehamilan dan kelahiran anak. Tertuduh mengaku salah di Mahkamah tanpa peguam dan pernikahan didaftarkan setelah kejadian. (Paras 1, 2, 6)

Findings of Court:
Tertuduh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 23(1) dan dijatuhkan hukuman empat sebatan serta penjara sebulan. (Paras 20, 21)

Issues: Apakah bukti dan prosedur sesuai untuk sabitan berdasarkan pengakuan salah dan bagaimana Mahkamah mempertimbangkan faktor mitigasi dalam menjatuhkan hukuman? (Paras 11, 14)

Ratio Decidendi: Mahkamah menekankan bahwa iqrar merupakan bukti terkuat untuk mensabitkan kesalahan, dan menilai kesalahan zina dengan serius dalam konteks undang-undang Syariah serta mempertimbangkan faktor-faktor tertentu yang meringankan hukuman. (Paras 11, 18)

Result: Tertuduh dikenakan hukuman sebat sebanyak empat kali dan penjara selama satu bulan.

Table of Content
1. jurisdiction and relevant laws for statutory offenses. (Para 4)
2. acceptance and effects of guilty pleas. (Para 5 , 6 , 7)
3. iqrar as a strong form of evidence in sharia law. (Para 8 , 9 , 10)
4. consideration of mitigating factors in sentencing. (Para 11 , 12 , 13)
5. impact of personal circumstances on sentencing. (Para 14 , 15 , 16 , 17)
6. limits of judicial authority in administering punishments. (Para 18 , 19)
Penghakiman Nassir Abdul Aziz, HMTS

[4] Pertama sekali Mahkamah menyatakan tentang peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan bidangkuasa Mahkamah untuk membicarakan dan memutuskan kes ini. Merujuk kepada s 46(2)(a) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 memperuntukkan bahawa:

(2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah:

(a) dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen atau Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang sedang berkuat kuasa, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan baginya;

Seksyen 7 Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 juga memperuntukkan bidangkuasa jenayah seorang hakim:

Seksyen 7. Bidangkuasa jenayah Hakim.

Tertakluk kepada Akta ini, tiap-tiap Hakim hendaklah mengambil perhatian dan mempunyai kuasa untuk:

(a) mendengar, membicarakan, memutuskan dan membereskan pendakwaan bagi kesalahan yang dilakukan keseluruhannya atau sebahagiannya di dalam bidangkuasa tempatan Hakim itu dan yang boleh diambil perhatian oleh Hakim itu;

Manakala s 67 dan 68 Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 pula menyatakan mengenai tempat perbicaraan kes jenayah seperti berikut:

Seksyen 67. Tempat biasa bagi perbicaraan.

Tiap-tiap kesalahan hendaklah pada lazimnya dibicarakan oleh Mahkamah yang di dalam had bidangkuasa tempatannya kesalahan itu telah dilakukan.

Seksyen 68. Tertuduh boleh dibicarakan di tempat di mana perbuatan dilakukan atau di mana akibat berikutan apabila seseorang dituduh melakukan apa-apa kesalahan oleh sebab apa-apa jua yang telah dilakukan atau oleh sebab apa-apa akibat yang berikutan, kesalahan itu boleh dibicarakan oleh Mahkamah yang di dalam had bidangkuasa tempatannya mana-mana perkara itu telah dilakukan atau mana-mana akibat itu telah berikutan.

Seksyen 23(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan dan hukuman bagi persetubuhan luar nikah seperti berikut:

Seksyen 23. Persetubuhan luar nikah.

(1) Mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

OKT telah melakukan kesalahan persetubuhan luar nikah bersama seorang perempuan bernama Syazwana Binti Saad (No K/P: 890313-14-5196) yang bukan merupakan isteri OKT yang sah. Kesalahan jenayah telah dilakukan di sebuah rumah beralamat di 2-0-09, Pangsapuri Intan, Taman Bukit Permai, Jalan Bukit Permai, Cheras, 56100 Kuala Lumpur. Memandangkan kesalahan jenayah syariah ini dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur maka Mahkamah ini mempunyai bidangkuasa untuk membicarakannya.

[5] Pendakwaan telah dijalankan oleh Pendakwa Syarie JAWI iaitu Encik Mohd Azizudin Bin Abdullah Halim. Pertuduhan dibacakan terhadap OKT di dalam Mahkamah seperti berikut:

"Bahawa kamu pada hari-hari di dalam bulan Ogos tahun 2012, di sebuah rumah beralamat di 2-0-09, Pangsapuri Intan, Taman Bukit Permai, Jalan Bukit Permai, Cheras, 56100 Kuala Lumpur telah melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan iaitu Syazwana Binti Saad (No Kad Pengenalan: 890313-14-5196) yang bukan isteri kamu yan

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top