2011 MarsdenLR 2166
MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM
MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR LWN. HICOM GAMUDA DEVELOPMENT SDN BHD & SATU LAGI
[Kes Rayuan Mal Bil: 10000-007-0002-2011]
The court ruled that issues of waqf must be decided after full trial, and not through preliminary objections, affirming the plaintiff's right as a trustee to litigate regarding the waqf.
Headnote:(A) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 - Seksyen 89 - Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999 - Mahkamah memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah memiliki bidangkuasa mendengar isu wakaf yang dipertikaikan dan plaintif tidak tiada kausa tindakan berdasarkan fakta-fakta yang dinyatakan. (Perkara 10.1, 10.2, 10.3)
(B) Kesimpulan pendapat bahawa isu wakaf perlu dibicarakan berdasarkan pembuktian, berbeza daripada keputusan melalui bantahan awal yang tidak semestinya melibatkan merit kes. (Perkara 38, 40)
(C) Mahkamah menemukan bahawa pihak plaintif mempunyai kausa tindakan kerana peruntukan perundangan memberi hak sebagai pemegang amanah wakaf. (Perkara 28, 30)
(D) Kes keputusan juga ditegaskan bahawa hak untuk membuktikan fakta tersebut perlu diberi kepada pihak plaintif semasa perbicaraan. (Perkara 40) (E) Keputusan ini membenarkan rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah. (Perkara 44) Fakta Kes: Pihak plaintif adalah badan pemegang amanah untuk wakaf di Negeri Selangor yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang menunjukkan bahawa tiada kausa tindakan dalam tuntutan pengesahan wakaf mengenai tanah perkuburan yang dinyatakan. (Perkara 3, 6)
Findings of Court:
Mahkamah mengesahkan bahawa keputusan yang diambil oleh Mahkamah Tinggi Syariah adalah tidak tepat dan mengakibatkan pembatalan Saman dan Penyata Tuntutan bagi pihak plaintif. (Perkara 44) Isu: Persoalan utama adalah sama ada Mahkamah Tinggi Syariah salah dalam membatalkan kes pengesahan wakaf sebelum merit diputuskan. (Perkara 23)
Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa tindakan untuk mendapatkan pengesahan wakaf harus dibicarakan berdasarkan fakta dan bukti, bukannya ditentukan melalui bantahan awal tanpa memberikan peluang kepada plaintif untuk membuktikan kes mereka. (Perkara 38, 40)
Result: Rayuan diterima; keputusan Mahkamah Tinggi Syariah dibatalkan.
| Table of Content |
|---|
| 1. appeal against high court's decision. (Para 1 , 1 , 2) |
| 2. background of the parties and wakaf property. (Para 3 , 4 , 5 , 6) |
| 3. respondents' objections to the request for wakaf confirmation. (Para 7 , 8 , 9) |
| 4. court's initial findings against the appeal. (Para 10 , 11 , 12) |
| 5. arguments addressing legal errors in previous judgment. (Para 13 , 14 , 15 , 16 , 17 , 18 , 19 , 20) |
| 6. core issue about the necessity of hearing merits of the case. (Para 21 , 22 , 23) |
| 7. emphasis on complete factual presentation for ruling. (Para 24 , 25 , 26) |
| 8. deciding legal standing based on wakaf regulations. (Para 27 , 28 , 29 , 30) |
| 9. public necessity and usage of wakaf property. (Para 31 , 32 , 33) |
| 10. court remarks on proof of intent for wakaf. (Para 34 , 35 , 36 , 37) |
| 11. critique of how evidence was handled in court. (Para 38 , 39 , 40 , 41 , 42) |
| 12. final judgment and orders. (Para 43 , 44) |
[1] Perayu dalam kes ini telah merayu ke Mahkamah Rayuan Syariah ini terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang dikeluarkan pada 26 Februari 2009 dalam kes Permohonan Interlokutori Bantahan Awal. Responden Pertama yang mana Mahkamah Tinggi Syariah memutuskan:
1.1. Mahkamah mendapati bahawa Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor berbidangkuasa mendengar dan membicarakan isu wakaf yang dipertikaikan.
1.2. Mahkamah berpendapat bahawa pihak Plaintif tiada kausa tindakan dalam memfailkan kes ini.
1.3. Mahkamah berpuas hati dan berpendapat bahawa isu wakaf tidak wujud kerana tiada elemen-elemen atau rukun-rukun wakaf dipatuhi dan tiada perisytiharan wakaf dibuat oleh Badan Berkuasa Negeri.
[2] Perayu telah tidak berpuashati terhadap sebahagian h keputusan tersebut dan merayu kepada Mahkamah Rayuan Syariah ini supaya:
2.1. Bahawa Mahkamah Yang Mulia ini membenarkan rayuan ini dan mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bertarikh 26 Februari 2009.
2.2. Bahawa Mahkamah Yang Mulia ini memerintahkan agar kes Saman No: 10200-007-0235-2007 dibicarakan dengan segera.
Fakta Kes
[3] Perayu adalah satu badanyang ditubuhkan di bawah s 4(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan menjadi pemegang amanah tunggal kepada wakaf, nazar dan amanah Negeri Selangor.
[4] Responden Pertama pula adalah Pemaju yang bertanggungjawab untuk memajukan kawasan Kota Kemuning, Shah Alam Selangor.
[5] Responden Kedua (Majlis Bandaraya Shah Alam) adalah,pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab meluluskan pelan kebenaran merancang bagi tanah perkuburan Islam di kawasan Kota Kemuning yang akan dimajukan oleh Responden Pertama.
[6] Perayu pada 19 Disember 2007, telah membuat tuntutan pengesahan wakaf di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam terhadap Responden Pertama dan Responden Kedua untuk mendapatkan perintah seperti berikut:
6.1. Memerintahkan bahawa Tapak Perkuburan Islam seluas 13.54 ekar yang beralamat di no 5, Persiaran Anggerik Eria 31/122, Kota Kemuning, Seksyen 31, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan yang telah diperuntukkan oleh Responden Pertama didaftarkan dan diisytiharkan sebagai harta wakaf;
6.2. Memerintahkan bahawa hartanah tersebut setelah a diisytiharkan sebagai harta wakaf hendaklah didaftarkan mengikut s 6 Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999;
6.3. Lain-lain perintah atau relif yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
[7] Responden Pertama kemudiannya, telah memfailkan Notis Bantahan Awal melalui Permohonan Interlokutari berserta Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Pengurus Projek (Wong Ying Kui) pada 31 Mac 2008. Dalam permohonan tersebut, RespondenPertamamemohonsupayamembatalkan tuntutan Perayu dalam kes Saman No 10200-0077-0235-2007 (Tuntutan Pengesahan Wakaf) atas alasan-alasan:
7.1. Mahkamah Tinggi Syariah tidak berbidangkuasa mendengar dan memutuskan kes ini memandangkan ia adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah kerana terdapat satu tindakan di Mahkamah Sivil Tinggi Shah Alam No MT3-25-29-2006 dimana Responden Pertama adalah pihak yang sedang dibicarakan tentang isu hartanah seluas 13.54 ekar di No 5, Persiaran Anggerik Eria
