2011 MarsdenLR 1918
MAHKAMAH SESYEN BUTTERWORTH
TOH CHIN YONG LWN. TANG ENG HOE
[Guaman Sivil No: 52-111-2009]
To succeed in a defamation claim under tort law, the plaintiff must establish both the statements made and their defamatory nature, while any variation in the exact language used does not invalidate the claim if the substance is proven.
Headnote:(A) Tort Law - Defamation (Slander) - The plaintiff appealed against the decision of the Session Court dismissing their claim for defamation and granting the defendant's counterclaim. The defendant allegedly made slanderous statements about the plaintiff, implying immorality and emotional instability. (Paras 2-9)
(B) The plaintiff must prove the words constituting defamation, their dissemination to third parties, and the essence of the statements in the local language. (Paras 10-11)
(C) The court held evidence must demonstrate that the alleged defamation was made and a significant injury to reputation occurred, as well as considering potential retaliation by the defendant against the plaintiff's actions. (Paras 18-24)
(D) On balance, the court found the plaintiff failed to substantiate their allegations, leading to dismissal of their claim and acceptance of the defendant's counterclaim with allocated damages. (Paras 30-34)
| Table of Content |
|---|
| 1. plaintiff's defamation complaint details. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6) |
| 2. details of defamatory statements made. (Para 7 , 8 , 9) |
| 3. legal principles and requirements for slander. (Para 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15) |
| 4. defendant's position and allegations disputed. (Para 18 , 19 , 20) |
| 5. evaluation of witness credibility and defendant's defense. (Para 21 , 22 , 23 , 24) |
| 6. court's decision on claims and counterclaims. (Para 25 , 26) |
| 7. arguments regarding damages. (Para 27 , 28 , 29 , 30 , 31 , 32) |
| 8. final ruling and orders given by the court. (Para 33) |
[1] Perayu/Plaintif telah menfailkan rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen di Butterworth bertarikh 17 Februari 2011 dan merayu terhadap penolakan tuntutan Plaintif terhadap Defendan dan membenarkan tuntutan balas Defendan terhadap Plaintif dengan kos.
[2] Tuntutan Plaintif ialah dibawah tort memfitnah. Menurut plaintif pada sekitar bulan Januari 2008 Defendan telah dengan niat jahat dan secara salah membuat kenyataan fitnah kepada orang ramai dalam perkataan-perkataan dalam bahasa Mandarin seperti berikut:
(a) bahawa Plaintif mencintai Defendan dan tidak sanggup melepaskan Defendan;
(b) Bahawa Plaintif adalah seorang perempuan simpanan;
(c) Bahawa Plaintif mengacau/mengganggu Defendan berkali-kali kerana Defendan menolak cinta Plaintif;
(d) Defendan menolak cinta Plaintif;
(e) Bahawa Plaintif adalah seorang syaitan;
(f) Bahawa Plaintif adalah seorang yang gila.
[3] Kenyataan-kenyataan fitnah mengenai Plaintif dikatakan telah dituturkan oleh Defendan dalam bahasa Mandarin kepada SP2. Kenyataan fitnah oleh Defendan menjurus dan mempunyai makna semulajadi dan makna lazim dalam bentuk literal dan/atau kesimpulan yang difahami bermaksud;
(a) Plaintif adalah seorang yang tidak bermoral, tidak beretika dan tidak mempunyai harga diri;
(b) Plaintif adalah seorang yang beremosi tidak stabil, bernafsu dan tidak dapat mengawal dirinya;
(c) Plaintif adalah seorang yang tidak jujur, licik, keji, kurang siuman dan bermuslihat.
Kenyataan firnah oleh Defendan tersebut telah menyebabkan Plaintif menjadi perhatian orang ramai, masyarakat sekeliling sekali gus mencemarkan nama baik dan reputasi Plaintif kalangan guru-guru sekolah Jit Sin pelajar-pelajar sekolah Jit Sin dan masyarakat umum.
[4] Pembelaan Defendan diantara lain menafikan beliau telah mengeluarkan perkataan-perkataan fitnah yang terkandung dalam penyataan tuntutan Plaintif dan menafikan semua pliding Plaintif. Secara alternatif penyataan-penyataan tersebut adalah dalam maksud biasa dan semulajadi dan difahami adalah benar dalam intipatinya dan dalam fakta. Defendan mengatakan selepas tamat perkhidmatannya di sekolah tersebut Plaintif sering mengganggu melalui telepon bimbitnya dan mesej kepada Defendan dengan meluahkan rasa cintanya terhadap Defendan, membuat amalan ugamabagi dan atas nama Defendan, mencetak buku-buku keagamaan sebagai sanjungan tinggi Plaintif terhadap defendan. Kemudian plaintif turut mengertak Defendan sekiranya defendan gagal membalas mesej-mesej sms. Defendan tidak tahan dengan mesej-mesej Plaintif dan telah meminta Plaintif menghentikanya. Plaintif telah membuat repot polis mengatakan defendan telah mencabul kehormatanya dan telah salah guna kuasanya sebagai seorang anggota sukarelawan polis.
[5] Defendan telah menfailkan tuntutan balas terhadap Plaintif dengan menyatakan beliau tidak memcabul kehormatan Plaintif, kenyataan dalam repot polis berunsur libel, plaintif telah mengedar atau menerbitkan laporan polis kepada ahli jemaah sekolahserta pihak-pihak dalam perenggan xiii dan siasatan dalaman terhadap defendan telah dijalankan. Defendan juga disiasat oleh polis.
[6] Plaintif telah memngakui hadiah jam tangan diberikan kepada Defendan sebagai penhargaan kepada defendan yang telah membimbing plaintif semasa bekerja disekolah. Plaintif telah menafikan membuat laporan polis bahawa defendan telah mencabul kehormatanya.
Finding Mahkamah
[7] Tuntutan Plaintif ialah dibawah tort memfitnah. Me