SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2019 MarsdenLR 2189

MAHKAMAH PERUSAHAAN PERAK
KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA-PEKERJA SYARIKAT-SYARIKAT PEMBUAT KELUARAN GETAH LWN. SILVERSTONE BERHAD....
Award No: 880 Tahun 2019 [Kes No: 10/3-1233/15]



Petitioner Advocates:K Veeriah Krishnasamy ,Respondent Advocate: Vijayan Venugopal

Employers cannot include allowances in minimum wage calculations as per Minimum Wages Order provisions.

Headnote:Statute Analysis: The court examined the Minimum Wages Order 2012 (MWO) which stipulates minimum wage provisions. Facts of the Case: Dispute arose on the computation of minimum wage by Silverstone Berhad, integrating allowances into basic salary, which the union contested.

Findings of Court:
The court ruled the company's computations were not compliant with MWO.

Issues: The main questions addressed whether the company complied with MWO during the periods stated.

Ratio Decidendi: The court reasoned that allowances cannot be included in minimum wage calculations as per MWO provisions.

Result: The claims of the Union were upheld, and the company was directed to comply with MWO without integrating allowances.

Table of Content
1. summary of the employment agreements and wage disputes between the parties. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 6 , 22 , 24)
2. company's defense regarding compliance with the minimum wages order. (Para 5 , 10 , 12 , 18)
3. court's jurisdiction over wage disputes and compliance. (Para 11 , 25 , 27 , 28)
4. court ruling on the improper inclusion of allowances in minimum wage calculations. (Para 36 , 48)
AWARD

Rasidah Chik:

Latar Belakang Kes

[1] Pihak-pihak di hadapan mahkamah adalah Kesatuan Kebangsaan Pekerja- Pekerja Syarikat-Syarikat Pembuat Keluaran Getah ("Kesatuan") dan Silverstone Berhad ("Syarikat"). Pertikaian perusahaan ini telah dirujuk oleh YB Menteri Sumber Manusia, Malaysia melalui rujukan bertarikh 5 November 2015. Pertikaian perusahaan ini adalah berkaitan dengan pengiraan bayaran gaji minima/pelaksanaan Minimum Wages Order 2012 (selepas ini disebut sebagai MWO).

[2] Pihak Kesatuan dan Syarikat telah memasuki beberapa perjanjian kolektif sebelum ini. Perjanjian Kolektif Ketujuh untuk tempoh 1 Januari 2011 sehingga 31 Disember 2013 telah dimasuki oleh kedua-dua pihak dan telah diiktiraf oleh mahkamah sebagaimana Pengiktirafan No 296/2011.

[3] Di bawah art 13(a) Perjanjian Kolektif tersebut, semua pekerja berhak menerima elaun syif seperti berikt:

Syif Petang - RM3.20

Syif Malam - RM4.50

Jumlah bayaran syif yang diperolehi oleh pekerja ini adalah berbeza dari bulan ke bulan bergantung kepada jumlah syif, bila syif diselesaikan dan bilangan hari pekerja hadir bekerja.

[4] Selaras dengan perenggan 9 Memorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding) bertarikh 12 Oktober 2011, semua pekerja layak untuk menerima elaun pengangkutan sebanyak RM50.00 sebulan dengan syarat kehadiran minima sepuluh hari dalam satu bulan. Memorandum Persefahaman ini yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak telah dilampirkan dengan Perjanjian Kolektif Ke-7 dan telah diiktiraf oleh Mahkamah Perusahaan melalui Pengiktirafan NO 296/2011.

[5] Berikutan dengan penguatkuasaan MWO pada 1 Januari 2013, untuk maksud pengiraan gaji minima mulai 1 Januari 2013, Syarikat telah menggabungkan Elaun Syif, Elaun Pengangkutan dan Elaun Kehadiran ke dalam gaji pokok (setakat 31 Disember 2012) pekerja-pekerja bagi maksud pengiraan gaji minima RM900.00 sebulan. Pihak Syarikat mendakwa pengiraan ini adalah berdasarkan kepada Perjanjian bertarikh 17 Disember 2012 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013 (Perjanjian tersebut), yang telah dimasuki oleh pihak Syarikat dan wakil Kesatuan. Berdasarkan Perjanjian tersebut, antara terma yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak adalah untuk maksud pengiraan gaji minima, pengiraan akan menggabungkan elaun syif, elaun pengangkutan dan elaun kehadiran. Pihak Kesatuan sebaliknya menegaskan kesemua elaun tersebut tidak sepatutnya digabungkan bagi maksud pengiraan gaji minima. Pihak Kesatuan juga menegaskan perjanjian tersebut tidak pernah dibawa ke perhatian Executive Council Kesatuan untuk kelulusan dan ianya telah dimasuki tanpa pengetahuan ataupun kebenaran Kesatuan, oleh itu Perjanjian tersebut adalah batal dan tidak sah dan tidak mempunyai sebarang kesan.

[6] Pihak Kesatuan dan Syarikat seterusnya telah memasuki Perjanjian Kolektif Ke Lapan untuk tempoh 1 Januari 2014-31 Disember 2016 dan Perjanjian Kolektif ini telah diiktiraf oleh mahkamah sebagaimana Pengiktirafan NO 241/2014. Menurut Perjanjian Kolektif ke 8 ini, Syarikat telah bersetuju iaitu gaji pokok untuk semua pekerja-pekerja yang menerima gaji di bawah RM900.00 akan diselaraskan ke RM900.00.

[7] Pihak Kesatuan menyatakan berdasarkan kepada pengiraan yang diterimapakai oleh Syarikat, Syarikat telah tidak mematuhi dan melanggar terma dalam MWO. Pihak Kesatuan juga menegaskan bahawa Syarikat dengan menerimapakai pengiraan tersebut, telah terkurang membayar kepada semua pekerja yang berpendapatan kurang dari RM900.00 pada 1 Januari 2013.

[8] Pihak Syarikat sebaliknya menegaskan pengiraan bayaran gaji minima dengan menggabungkan semua elaun adalah berdasarkan kepada persetujuan

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top