SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2024 MarsdenLR 3190

MAHKAMAH SESYEN PASIR MAS
PENDAKWA RAYA LWN. MR YAKAREYA ARWAESUEMAE & SATU LAGI
[No Kes: DJ-62-41-09/2023]



Petitioner Advocates:Siti Edabayu Subhan ,Respondent Advocate: Mohd Ridzuan Muhamad

Mahkamah menegaskan bahawa Seksyen 12 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 melarang jaminan bagi kesalahan di bawah undang-undang tersebut, menegakkan prinsip undang-undang spesifik mengatasi undang-undang am.

Headnote:(A) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 - Seksyen 8 dan 12 - Pertuduhan pemilikan senjata api dan amunisi tanpa lesen - Mahkamah menolak permohonan jaminan untuk tertuduh berdasarkan peruntukan s 12 yang melarang jaminan bagi kesalahan di bawah Akta tersebut. (Paras 4, 9, 15)

(B) Kuasa kehakiman - Mahkamah mengesahkan bahawa kuasa untuk memberikan jaminan adalah berdasarkan undang-undang bertulis, dan tidak terpakai jika undang-undang tersebut melarang jaminan. (Paras 12, 14)

Facts of the case:
Tertuduh didapati memiliki senjata api dan amunisi tanpa lesen pada 1 September 2023. Tertuduh Pertama mengaku salah terhadap kedua-dua pertuduhan. Tertuduh Kedua memohon jaminan, tetapi ditolak oleh Mahkamah.

Findings of Court:
Mahkamah memutuskan bahawa tiada jaminan boleh diberikan bagi kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Issues: Adakah Seksyen 12 FIPA sah dan adakah jaminan boleh diberikan dalam kesalahan di bawah Akta tersebut?

Ratio Decidendi: Mahkamah berpegang kepada prinsip 'Generalia Specialibus Non Derogant' yang menyatakan bahawa undang-undang spesifik mengatasi undang-undang am, dan oleh itu, Seksyen 12 FIPA yang melarang jaminan adalah sah.

Result: Permohonan jaminan ditolak.

PENGHAKIMAN

Badrul Munir Mohd Hamdy HMS:

[1] OKT-OKT telah dihadapkan ke Mahkamah ini dengan pertuduhan berikut:

Pertuduhan Pertama:

"Bahawa kamu bersama-sama pada 1 September 2023 jam lebih kurang 1.30 pagi, bertempat di LOT 15005 Taman Sri Anggun, Jalan Rantau Panjang Gual Nering Pasir Mas di dalam Daerah Pasir Mas, di dalam Negeri Kelantan didapati memiliki sepucuk Revolver Buatan Smith & Wesson, No Siri: 48758B22, MADE IN USA .38 S&W SPL, dengan menyalahi undang-undang dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 [Akta 37] dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan."

Pertuduhan Kedua:

"Bahawa kamu bersama-sama pada 1 September 2023 jam lebih kurang 1.30 pagi, bertempat di LOT 15005 Taman Sri Anggun, Jalan Rantau Panjang Gual Nering Pasir Mas di dalam Daerah Pasir Mas, di dalam Negeri Kelantan didapati memiliki: i) 5 butir amunisi .38 casing berwarna emas, dan bullet berwarna emas bertulisan PMC 38 SPL, ii) 1 butir amunisi .38 casing berwarna perak, dan bullet berwarna kelabu bertulisan A USA 38 SPL tanpa lesen, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah s 8(a) Akta Senjata 1960 [Akta 206] dan boleh dihukum di bawah s 8 Akta yang sama dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan."

[2] Pada 7 November 2023, OKT Pertama telah mengaku salah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut. Sehubungan itu OKT Pertama didapati salah dan sabit dengan kedua-dua pertuduhan. OKT Pertama dijatuhkan dengan hukuman sebagaimana diperuntukkan di bawah kedua-dua pertuduhan.

[3] Pada 28 November 2023, peguambela telah membuat permohonan lisan bagi OKT Kedua dibenarkan jaminan sementara pelupusan kes. Mahkamah ini telah mendengar hujahan-hujahan pihak OKT Kedua dan pihak Pendakwaan serta menetapkan keputusan bagi permohonan ini pada 5 Disember 2023. Pada 5 Disember 2023, Mahkamah ini telah menolak permohonan tersebut atas alasan-alasan yang diperincikan di perenggan-perenggan selanjutnya.

[4] Pihak Pendakwaan berhujah bahawa s 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 [selepas ini dirujuk sebagai s 8 FIPA] ialah kesalahan yang tidak boleh diberi jaminan langsung (unbailable). Seksyen 12 FIPA memperuntukkan bahawa tiada jaminan boleh dibenarkan bagi kesalahan di bawah FIPA. Atas prinsip "Generalia Specialibus Non Derogant" FIPA ialah undang-undang spesifik yang mempunyai peruntukan spesifik yang melarang jaminan bagi kesalahan di bawah FIPA. Oleh itu, s 388(1) KTJ adalah tidak terpakai dalam permohonan di hadapan Mahkamah ini.

[5] Pihak Pendakwaan telah merujuk kepada kes Suresh Kumar Velayuthan v. PP ; [2020] 4 CLJ 270 yang mana Hakim memutuskan bahawa:

"(4) Sekiranya hujahan yang dikemukakan oleh pihak-pihak adalah betul dan s 13 Akta adalah ultra viresperkara 121(1) Perlembagaan dan oleh itu melanggar Perlembagaan, ini akan bermaksud bahawa apa-apa permohonan untuk memberikan ikat jamin akan kembali kepada s 388 Kanun Tatacara Jenayah ('KTJ'). Kesan dari ini adalah, akan tidak menghiraukan prinsip 'generalia specialibus non derogant', yang bermaksud bawah satu Akta am yang dibuat tertakluk kepada Akta spesifik. Oleh itu, adalah jelas niat Parliamen bahawa peruntukan ikat jamin dalam s 13 Akta berniat untuk mengatasi peruntukan am berkaitan ikat jamin dibawah s 388 KTJ. Oleh itu, s 13 Akta adalah terpakai untuk kesalahan dibawah Akta tersebut dan bukannya peruntukan KTJ apabila berkaitan dengan ikat jamin. Dalam keadaan ini, peruntukan s 13 Akta yang secara mutlak tidak membenarkan ikat jamin untuk individu yang dipertuduhkan dengan kesalahan di bawah Bab VIA Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan keganasan dan dibawah mana tertuduh dipertuduhkan adalah sah di sisi undang-undang dan tidak ultra viresperkara 121(1) atau perkara 8 Perlembagaan."

[6] Pihak OKT Kedua pula berhujah bahawa s 12 FIPA adalah tidak sah kerana bertentangan dengan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan kuasa kehakiman (judicial power) ke atas Mahkamah. Seksyen 12 FIPA adalah "ultra vire


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top