SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2007 MarsdenLR 714

MAHKAMAH TINGGI MALAYA, SHAH ALAM
SAJAD HUSSAIN WANI LWN. KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA & SATU LAGI
[Permohonan Jenayah No: 44-192-2007]



PENGHAKIMAN

Zaharah Ibrahim H:

Permohonan

Notis Usul (Utama)

[1] Pada 18 Oktober 2007, pemohon telah mengemukakan usul memohon mahkamah ini mengeluarkan satu writ habeas corpus yang memerintahkan supaya pemohon dikemukakan di hadapan mahkamah dan dilepaskan dari tahanan.

[2] Usul itu juga mengandungi 5 permohonan lain, iaitu permohonan supaya:

(a) Responden-responden dilarang, tanpa perintah mahkamah, atau sebelum selesai pendengaran permohonan ini, memproses pengusiran pemohon dari Malaysia;

(b) visa yang dikeluarkan kepada pemohon, jika dibatalkan oleh responden-responden, dihidupkan semula dan pasport pemohon dikembalikan kepada pemohon serta-merta dan "di situ juga";

(c) barang-barang kepunyaan pemohon yang dirampas oleh responden-responden, iaitu satu komputer riba "IBM Think Pad" dan satu "Pendrive Kingston Data Traveler 1GB" dikembalikan kepada pemohon dengan serta-merta dan "di situ juga";

(d) Pemohon dibenarkan untuk meneruskan pembelajaran dalam kursus Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan Universiti Tun Abdul Razak;

(e) kos usul ini ditanggung oleh responden-responden.

Notis Usul (ex parte)

[3] Pada tarikh yang sama dan bersekali dengan notis usul (utama) yang disebut di atas, pemohon telah juga memfailkan satu notis usul yang dikatakan notis usul ex parte yang memohon supaya:

(a) satu writ habeas corpus dikeluarkan kerana pelanggaran Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan ketidakpatuhan dalam penggunaan undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan undang-undang imigresen;

(b) satu perintah interim bahawa pemohon tidak diusir keluar dari Malaysia sehingga writ habeas corpus dikeluarkan, didengar dan diperintahkan;

(c) kos usul hendaklah ditanggung oleh pihak responden responden.

Perjalanan Kes

Pendengaran Notis Usul (ex parte)

[4] Pada 26 Oktober 2007, mahkamah ini telah bersidang untuk mendengar apa yang dikatakan "notis usul (ex parte) ". Hadir bagi pihak pemohon ialah Encik Murugayah, bersama-sama dengan Cik Nagaranee dari Tetuan Kamarudin & Partners. Responden-responden diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan ("Pg.KP") Encik Abdul Wahab Mohamad.

[5] Pada tarikh itu, Pg.KP Encik Abdul Wahab memaklumkan mahkamah bahawa responden-responden tiada bantahan bagi permohonan supaya pemohon tidak diusir dari Malaysia sebelum permohonan tentang writ habeas corpus selesai didengar.

[6] Walau bagaimanapun, mahkamah telah memaklumkan pihak-pihak bahawa disebabkan, antara lain, oleh keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Ketua Pengarah Imigresen Malaysia lwn. Heng Peo, [2007] 3 MLJ 97 yang diberikan pada 8 Februari 2007, mahkamah ini tidak mempunyai kuasa untuk membuat perintah yang menghalang pengusiran pemohon itu, sekalipun tiada bantahan daripada Peguam Kanan Persekutuan. Apa-apa perintah sedemikian yang dibuat oleh mahkamah ini adalah tidak sah.

[7] Mendengar itu, Pg.KP Encik Abdul Wahab telah memberikan aku janji bahawa responden-responden tidak akan mengusir keluar pemohon dari negara ini sebelum selesai kes yang melibatkan permohonan writ habeas corpus .

[8] Berdasarkan aku janji itu, peguam pemohon, Encik Murugayah, telah memaklumkan mahkamah bahawa pemohon menarik balik notis usul (ex parte) itu.

[9] Oleh sebab notis usul (ex parte) itu telah ditarik balik sedemikian, maka dalam alasan ini saya tidak akan membincangkan notis usul (ex parte) itu dengan lebih lanjut. Tambahan pula, isu-isu dalam permohonan di bawah notis usul (ex parte) itu melibatkan pertimbangan undang-undang yang sama seperti yang berkaitan dengan notis usul utama.

Pendengaran Notis Usul Utama

[10] Pada 26 Oktober 2007, semasa pendengaran notis usul (ex parte) , Pg.KP Encik Abdul Wahab, telah memohon penangguhan untuk membolehkan responden-responden memfailkan afidavit jawapan. Maka, permohonan di bawah notis usul utama telah ditetapkan untuk didengar pada 1 November 2007.

[11] Namun, pada 1 November 2007, pihak pemohon telah memohon penangguhan kerana responden-responden telah bukan saja memfailkan afidavit jawapan, tetapi

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top