2012 MarsdenLR 656
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KUALA TERENGGANU
ZAKHLINA KHALID LWN. NOASMADI ABDULLAH
[Saman No: 11006-014-0287 Of 2012]
Pembubaran perkahwinan dibenarkan berdasarkan penganiayaan yang dilakukan oleh suami, memerlukan perlindungan bagi pihak isteri, mengikut prinsip syarak dan undang-undang keluarga Islam.
Headnote:(A) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 - Seksyen 12(2)(b) - Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985 - Pembubaran perkahwinan - Tuntutan fasakh dikemukakan oleh plaintif berdasarkan penganiayaan - Mahkamah berpuas hati dengan bidaan mudarat yang dialami oleh plaintif disebabkan tindakan defendan - Mahkamah telah menilai keterangan dan memastikan bahawa tuntutan mahkamah mematuhi syarak dan undang-undang. (Paras 36 dan 40)
(B) Iqrar - Iqrar defendan diterima oleh mahkamah sebagai bukti kukuh perbuatan yang menyalahi hukum syarak - Mahkamah menekankan bahawa iqrar adalah cara pembuktian yang terkuat dalam hukum syarak. (Paras 26 dan 30)
(C) Alasan pembubaran nikah - Pembubaran perkahwinan difahami sebagai langkah untuk melindungi pihak yang teraniaya dan memenuhi kehendak syarak. (Paras 12 dan 37)
Facts of the case:
Tuntutan dihadapkan oleh plaintif yang merupakan seorang guru untuk memfasakh nikah dengan defendan, seorang pegawai bank, disebabkan defendan mendatangkan mudarat kepada plaintif melalui pelbagai tindakan. Tuntutan ini diajukan selepas perkahwinan yang dijalankan pada 11 Mei 1995.
Findings of Court:
Tuntutan plaintif untuk memfasakh nikah dibenarkan kerana mendapati defendan telah menganiaya plaintif, membuat keputusan berdasarkan bukti iqrar dan fakta yang disokong, mematuhi prinsip syarak dan undang-undang.
Issues: Isu utama termasuk sama ada defendan telah menganiaya plaintif dan keabsahan tuntutan fasakh nikah berdasarkan hukum syarak.
Ratio Decidendi: Mahkamah memperjelaskan bahawa penganiayaan yang dilakukan oleh defendan memenuhi syarat untuk pembubaran perkahwinan, di mana islam menganjurkan agar pihak yang teraniaya diberi perlindungan.
Result: Tuntutan fasakh nikah plaintif dibenarkan.
| Table of Content |
|---|
| 1. facts about parties involved in marriage. (Para 1 , 2) |
| 2. jurisdiction of the court to hear the case. (Para 4 , 7) |
| 3. legal basis for the claim of fasakh. (Para 5 , 6 , 12) |
| 4. distinction between talaq and fasakh in islamic law. (Para 11 , 14 , 20) |
| 5. arguments for and against the claim of fasakh. (Para 16 , 17) |
| 6. plaintiff's grievances against the defendant (Para 18) |
| 7. witness testimony regarding the husband's conduct. (Para 21 , 22) |
| 8. final judgment and order of fasakh. (Para 36) |
| 9. costs and allowance for future claims (Para 39) |
[1] Tuntutan yang dibawa di hadapan saya ini ialah plaintif menuntut supaya akad nikah perkahwinannya dengan defendan difasakhkan. Plaintif dalam kes ini ialah Zakhlina bt Khalid, KP 720121-06-5042. Semasa kes ini disebut plaintif merupakan seorang guru, bertugas di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, Kuala Terengganu. Plaintif mempunyai alamat penyampaian di alamat No 109, Jalan Masjid Kampung Padang Midin 21400 Kuala Terengganu, iaitu rumah kediaman. Tuntutan ini telah didaftarkan pada 19 April 2012, dan disebut pada 22 Mei 2012. Perbicaraan ditetapkan bermula 17 Julai 2012.
[2] Manakala Defendan ialah, Che Noasmadi bin Abdullah, KP: 680703-11-5093, merupakan seorang pegawai bank. Pada masa tuntutan ini difailkan defendan bertugas di Bank CIMB, Kuala Terengganu. Defendan pada masa ini tinggal di rumah perkahwinan; No 109, Jalan Masjid Kampung Padang Midin Kuala Terengganu. Defendan sama sekali tidak bersetuju dengan tuntutan plaintif ini.
[3] Sebelum saya menimbang tuntutan ini, saya mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada peguam syarie kerana telah membantu mahkamah ini dalam pendengaran kes dan seterusnya membuat keputusan pada hari ini.
[4] Dalam menimbang tuntutan plaintif ini, pertamanya mahkamah melihat kepada isu adakah Mahkamah Rendah Syariah Terengganu mempunyai bidang kuasa mendengar dan memutuskan tuntutan ini.
Yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
Peruntukkan Di Dalam Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001
Bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah
[5] Manakala bidang kuasa mal Mahkamah Rendah Syariah pula ada diperuntukkan dalam s 12(2)(b) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001. Peruntukannya adalah seperti berikut:
12(2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah:
(a) ...
(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian).
Manakala Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah
[6] Sub-seksyen 11(3) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 telah memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah. Ianya diperuntukkan seperti berikut:
Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah:
(a) dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu; dan
(b) dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan:
(ii) pertunangan, perkahwinan, ruju', perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri;
(iii) apa-apa pel