MAHKAMAH SESYEN KUANTAN
MOHAMED ZAIN IBRAHIM DAN YANG LAIN-LAIN LAGI LWN. ASIAN RENT A CAR SDN BHD DAN LAGI SATU
[No Saman: 53-124-2010]
[1] Pada 27 Januari 2011, kedua-dua pihak telah merakam isu liabiliti. Defendan 1 dan Defendan 2 cuai 90% manakala Plaintif 1 cuai 10%. Defendan-defendan bertanggung cuai atas Plaintif Ke dua, Plaintif Ketiga dan Plaintif Ke empat sebanyak 100%. Kesemua laporan pakar telah dipersetujui tertakluk kepada hujahan. Laporan-laporan awal juga telah dipersetujui.
[2] Pada 5 Oktober 2011, kedua-dua pihak juga telah bersetuju bagi gantirugi khas untuk plaintif-plaintif. Oleh itu, Mahkamah mengawardkan sebagaimana yang telah dipersetujui pada 5 Oktober 2011 untuk gantirugi khas.
[3] Plaintif Ke 3 telah hadir memberikan keterangan untuk menuntut kos pembedahan masa hadapan di Bundle (c) ms 5 sehingga 23 dan laporan pakar defendan di Bundle D.
[4] Kuantum yang lain akan dihujahkan.
[5] Gantirugi Khas Plaintif 1.
Rujuk Bundle A ms 7
a) Dipersetujui RM100.00
b) Dipersetujui dibawah kos mengikut resit-resit dan bundle sebanyak RM62.00
c) Hingga (h) sebanyak RM1,500
i) Dipersetujui RM40.00
j) Dipersetuji RM150.00
k) Dipersetuui RM76.00
l) dan m) dipersetujui RM487.00
n) Dipersetujui RM393.00
o) Ditarik balik
p) Dipersetujui RM730.00 dibawah kos
q), r), s) tidak dibenarkan.
[6] Gantirugi Am Plaintif 1
Award untuk Gantirugi Am adalah berdasarkan dokumen-dokumen yang berikut:-
1. Laporan Perubatan bertarikh 12 Julai 2009 ke atas Mohamed Zain bin Ibrahim dari Hospital Kuala Lumpur
2. Laporan Perubatan Pakar Orthopedik bertarikh 22 Disember 2009 ke atas Mohamed Zain bin Ibrahim dari Teo Orthopaedic Clinic Sdn Bhd
3. Imaging Report bertarikh 16 Julai 2009 ke atas Mohamed Zain bin Ibrahim dari Sime Darby Specialist Centre Megah Sdn Bhd (ms 20-21 Ikatan A)
a. Close Fracture Right Femur
- Walked with a limp
- 1.5 cm shortening
- 2.0 muscle wasting right thigh
- 0.5 cm muscle wasting right calf
- Limitation of flexion of right knee joint
- Inability to squat fully
- Limitation of movement of right hip joint
- Deformity with a central "hole" within midshaft of femur
[6a] Setelah mengambil kira kes Saiffudin Kassim & Anor v. Mohamad Musa & Anor [2008] 2 PIR [12] di mana Mahkamah mengawardkan RM40,000.00 untuk kecederaan "Close Fracture Right Femur with 1.5 cm shortening", mahkamah memutuskan awad sejumlah RM40,000.00 adalah wajar dan adil.
b) Close Fracture Neck Right Femur
- irregular sclerosis of right femoral neck
- extra bony outgrowths noted around greater trochanter and neck as well
[6b] Setelah mengambilkira kes Ab Rahman Maidin v. Wahidah Md Shah [2007] 1 PIR [1] di mana Mahkamah mengawadkan RM35,000.00 untuk kecederaan "fracture of neck of left femur requiring total hip replacement", Mahkamah memutuskan award sejumlah RM20,000 adalah wajar dan adil memandangkan di dalam kes ini Plaintif 1 tidak perlu menjalani hip replacement.
[6c] Memandangkan kecederaan (a) dan (b) adalah di bahagian kaki yang sama maka adalah wajar di ambilkira pertindihan. Awad sejumlah RM54,000.00 (RM40,000 + RM20,000 = RM60,000 - 10%) untuk kedua-dua kecederaan (a) dan (b) adalah wajar.
[6d] Hujahan peguam defendan yang menyatakan satu award adalah berpatutan bagi kepatahan ini adalah ditolak. Ini adalah kerana 2 kepatahan ini adalah di dua tempat yang berlainan dan mempunyai natijah kesakitan yang berlainan.
c) Close Fracture Right Talus
- Swelling right ankle
- Limitation of dorsiflexion of right ankle joint
[6f] Mengambilkira kes Afandi Johari v. Samsul Abu Samah & Anor [2007] 1 PIR [27] di mana wang sejumlah RM14,000.00 telah diawardkan untuk kecederaan "fracture lateral cuneiform and neck of talus of right foot with stiffness of right ankle", award sejumlah RM10,000.00 adalah wajar dan adil untuk kepatahan ini kerana Plaintif 1 telah mengalami pergerakan buku lali yang sedikit terbatas.
d. Close Fracture Left Radius.
- Pain in left wrist on deep palpation
- 0.5 cm muscle wasting left arm
- 1.5 cm muscle wasting left forearm
- limitation of movement left forearm
- limitation of movement left wrist joint
- weakness of left hand
- inability to lift heavy objects
- unable to make full grip with left hand.
Mahkamah menga
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.