2011 MarsdenLR 3624
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
OSK TRUSTEES BERHAD LWN. KERAJAAN MALAYSIA
[Guaman No. 22A-334-2011]
A letter of comfort does not create legally binding obligations unless the parties clearly intend such, which was not established in this case.
Headnote:(A) Tuntutan Gantirugi - Defendan dianggap sebagai Kerajaan Malaysia - Plaintif, sebagai pemegang amanah Kemudahan Sekuriti Islam BAIS, mendakwa Defendan gagal memenuhi akujanji, representasi dan jaminan dalam Surat Sokongan bertarikh 2 Oktober 2006, termasuk memastikan Malaysian International Tuna Port Sdn Bhd memenuhi tanggungjawab kewangannya. Tuntutan termasuk RM208,615,000.06 dan gantirugi tambahan - Defendan menegaskan Surat Sokongan tidak mengikat dan hanya merupakan sokongan tanpa liabiliti. (Paras 1-6, 20-25, 65-69) Fakta Kes: Kerajaan Malaysia, selaku Defendan, mengeluarkan Surat Sokongan untuk memastikan MITP mampu membayar pinjaman di bawah BAIS. MITP gagal memenuhi obligasinya, menyebabkan Plaintif menuntut bayaran. (Paras 1, 5-6)
Findings of Court:
Mahkamah mendapati bahawa Surat Sokongan yg dikeluarkan tidak diniatkan untuk menjadi kontrak yang mengikat. Defendan tidak bertanggungjawab secara hukum terhadap kegagalan MITP. (Paras 20-29, 65)
Issues: 1) Adakah Surat Sokongan merupakan akujanji? 2) Adakah pemegang BAIS bergantung kepada akujanji tersebut dan apakah kesannya? 3) Adakah Defendan mengeluarkan kenyataan yang mengikat? (Paras 7-8, 62-63)
Ratio Decidendi: Surat Sokongan ditafsirkan dengan mengambil kira situasi dan niat pihak-pihak; mahkamah berpegang pada bahawa tidak ada niat untuk mencipta ikatan undang-undang di dalam kes ini. (Paras 20-29, 68)
Result: Tuntutan Plaintif ditolak dengan kos RM20,000.00.
| Table of Content |
|---|
| 1. background facts of the claim against the defendant. (Para 1 , 2) |
[1] Ini adalah tuntutan gantirugi Plaintif sebagai pemegang amanah bagi pihak Pemegang-pemegang Kemudahan Sekuriti Islam Bai Bithamin Ajil ("Kemudahan BAIS") terhadap Defendan yang dikatakan telah gagal, enggan dan/atau cuai untuk mengotakan pelbagai akujanji, representasi dan jaminan untuk memastikan agar Malaysian International Tuna Port Sdn Bhd ("MITP") memenuhi tanggungjawab-tanggungjawabnya untuk menyelesaikan jumlah-jumlah yang matang dan kena bayar di bawah kemudahan BAIS. Pada asasnya, tuntutan gantirugi ialah terhadap kemungkiran komitmen Defendan sebagaimana yang terkandung dalam Surat Sokongan bertarikh 2 Oktober 2006 yang dikeluarkan oleh Defendan kepada MITP ("Surat Sokongan").
[2] Secara spesifik, tuntutan Plaintif terhadap Defendan ialah seperti berikut:
(a) Sejumlah RM208,615,000.06;
(b) gantirugi dalam jumlah RM595,813.28 setakat 20hb Februari 2010;
(c) gantirugi lanjutan pada kadar 1% atas RM208,615,000.06 daripada 20hb Februari 2010 sehingga penyelesaian penuh;
(d) secara lanjutan atau alternatif, gantirugi kena dibayar oleh Defendan kepada Plaintif untuk ditaksirkan oleh Mahkamah ini bersama-sama dengan faedah pada kadar dan untuk jangka masa sedemikian yang dianggap suai manfaat oleh Mahkamah ini;