2011 MarsdenLR 835
MAHKAMAH TINGGI MALAYA MELAKA
THARA SINGH SIDHU LWN. SYED SALIM SYED ALWI & SATU LAGI
[Rayuan Sivil No. 12-12-2009]
Statements made during legal proceedings are protected by absolute privilege, regardless of the parties involved, and malice does not undermine this protection.
Headnote:(A) Absolute Privilege in Defamation - The court examined whether statements made in affidavits by defendants in civil proceedings were protected under absolute privilege. (Para 12)
(B) Legal Proceedings - Statements made in the course of legal proceedings are protected by law, where malice does not negate this protection. (Paras 13-14)
(C) Relevance - Defendant's statements were deemed relevant, not malicious, and were made in a judicial context. (Paras 20, 11)
Facts of the case:
The plaintiff filed a defamation claim alleging defamatory statements made by defendants in affidavits related to separate civil cases, causing harm to the plaintiff's reputation. (Paras 4-11)
Findings of Court:
Statements made by defendants during the legal proceedings were found to be protected by absolute privilege, confirming that individuals who are not parties in proceedings are also protected when evidence is presented. (Paras 12, 20)
Issues: The primary issue was whether the statements in the affidavits were protected by absolute privilege. (Para 12)
Ratio Decidendi: The court ruled that statements made in affidavits during legal proceedings are covered by absolute privilege, regardless of the parties involved, outlining the importance of judicial discourse. (Paras 13-14)
Result: The appeal was dismissed with costs.
| Table of Content |
|---|
| 1. the appeal process in court (Para 1 , 2 , 3) |
| 2. facts pertaining to defamation claims (Para 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11) |
| 3. fundamental issue on absolute privilege (Para 12 , 13 , 14) |
| 4. impact of judicial precedent and relevance of statements (Para 15) |
1. Dalam perbicaraan penuh Hakim Mahkamah Sesyen ('HMS') telah menolak tuntutan Plaintif/Perayu dengan kos. Tidak berpuashati terhadap keputusan tersebut, Plaintif/Perayu telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi.
2. Setelah meneliti nota presiding alasan penghakiman HMS, Petisyen rayuan, dan hujahan bertulis yang difailkan oleh kedua-dua pihak, mahkamah ini telah menolak rayuan Plaintif/Perayu dengan kos. Plaintif/Perayu tidak berpuashati dan memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
3. Bagi maksud rayuan ini, Plaintif/Perayu dan Defendan- defendan/Responden-responden masing-masing akan dirujuk sebagai Plaintif dan Defendan-defendan.
Fakta Kes
4. Plaintif memfailkan tuntutan gantirugi terhadap Defendan- defendan kerana saman malu berdasarkan kenyataan-kenyataan oleh Defendan-defendan dalam suatu kes sivil yang lain di Mahkamah Tinggi Johor Bahru ("Mahkamah Tinggi Tersebut") iaitu:
a) Saman Pemula No. 24-1751-1998 dalam Mahkamah Tinggi Johor Bahru.
b) Guaman Sivil No: 22-104-2002 dalam Mahkamah Tinggi Johor Bahru.
5. Dalam Saman Pemula No. 24-1751-1998, Plaintif telah bertindak untuk:
a) Syed Mohamed B. Syed Alwi;
b) Syed Hussein Bin Syed Alwee;
c) Sharifah Zaharah Zaharah Bte Alwee; dan
d) Sharifah Yun Bte Alwi Al-Attas
Manakala defendan-defendan yang telah dinamakan dalam Saman Pemula tersebut diwakili oleh Tetuan Rodziah telah memfailkan 3 permohonan dan ketiga-tiga permohonan itu telah ditolak.
6. Defendan-defendan selepas itu telah melantik Tetuan R.K Menon & Co dan telah memfailkan permohonan yang ke: 4 iaitu Kandungan 14 untuk mengetepikan Perintah Persetujuan yang diperolehi: pada 12.12.1999. Permohonan tersebut juga telah ditolak oleh Yang Arif Datuk Hj. Yaacub pada 30.4.2002 dengan kos.
7. Dalam perkara Guaman Sivil No. 22-104-2002, Plaintif bertindak bagi pihak-pihak yang sama dan Defendan-defendan telah dinamakan dalam Guaman Sivil tersebut.
8. Defendan-defendan dalam kedua-dua perkara yang disebut di perenggan 8 dan 10 tersebut dengan sengaja memasukkan dan menyiarkan dalam afidavit-afidavit mereka tuduhan-tuduhan fitnah terhadap Plaintif yang diturunkan seperti berikut:-
9. Bahan-bahan ini telah dihantar kepada Plaintif menerusi pos dan telah diterima oleh keraninya di pejabat Plaintif di Melaka dan diterjemahkan oleh peguam satu lagi untuk tujuan memberi jawapan sebelum memberikan bahan yang telah diterjemah kepada Plaintif memandangkan Plaintif tidak fasih dalam Bahasa Malaysia dan jawapan kepada afidavit perlu disediakan dan diikrarkan di hadapan pegawai- pegawai yang berkenaan.
10. Terdapat perkara-perkara disiarkan dalam pernyataan fitnah ini ketika Defendan-defendan telah ditewaskan melalui penghakiman yang diberikan pada 30.4.2002 oleh Yang Arif Datuk Hj Yaacob dalam Saman Pemula No. 24-1751-1998 (Kandungan 14).
11. Akibat pernyataan tipuan dan konotasi pembohongan tersebut menyebabkan dalam pemikiran orang-orang yang mendengarnya percaya bahawa kenyataan-kenyataan tersebut serius dan merupakan perkara yang kredible secara keseluruhannya dimana niatnya adalah untuk menyebabkan kerosakan maksima ke atas reputasi profesional Plaintif dan melukakan perasaannya serta ia akan mengskandalkan reputasi Plaintif.
Isu
12. Hanya terdapat satu isu sahaja yang terbit dalam rayuan ini sepertimana yang berbangkit dalam alasan penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen di muka surat 143 - 144 RR1 iaitu
"5. Hanya terdapat satu isu yang fundamental di dalam kes ini. ia adalah berkait isu undang-undang iaitu adakah kenyataan-kenyataan dalam afidavit yang difailkan oleh Defendan dalam guaman sivil asal di Mahkamah Tinggi tersebut dilindungi dengan pembelaan Perlindungan Mutlak (Absolute Privilege)?
6. Pihak Defendan telah membangkitkan perlindungan mutlak sebagai pembelaan kerana tuntutan Pl