SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2011 MarsdenLR 2742

MAHKAMAH SESYEN TAIPING
MUGILAN MUNUSAMY & SATU LAGI LWN. MOHAMAD ZAINI TAHARIM & SATU LAGI
[Saman No: 53-391-07]



The burden of proof in negligence claims lies wholly with the plaintiff; failure to provide credible evidence results in dismissal of claims.

Headnote:(A) Tort Law - Negligence - The plaintiffs sought general and special damages for injuries sustained in a road traffic accident. The court found the plaintiffs failed to prove their claims on the balance of probabilities and dismissed their claims with costs. The court awarded RM47,000 for general damages and RM1,162 for special damages to the first plaintiff, and RM6,000 for general damages and RM40 for special damages to the second plaintiff, along with applicable interest rates. (Paras 1-10)

(B) Burden of Proof - In negligence actions, the onus of proof rests entirely on the plaintiff, regardless of whether the defendant presents evidence. The court emphasized that plaintiffs must substantiate claims against defendants, which requires credible evidence. (Para 6)

Facts of the case:
The accident occurred on August 29, 2007. The first plaintiff was riding a motorcycle with the second plaintiff as a passenger when they alleged that they were hit by a truck driven by the first defendant, owned by the second defendant. Key evidence included testimonies from the plaintiffs and the absence of solid evidence from the defendants.

Findings of Court:
The court concluded that the plaintiffs did not provide sufficient evidence to establish the defendant's negligence, leading to the dismissal of their claims.

Issues: Whether the plaintiffs successfully proved negligence on the part of the defendants and the subsequent entitlement to damages.

Ratio Decidendi: The court ruled that due to inadequate evidence presented by the plaintiffs linking the defendant's truck to the accident, their claims could not be substantiated.

Result: Claims dismissed.

Tan Hooi Leng, HS:

[1] Dalam kes ini kedua-dua plaintif menuntut gantirugi am dan khas dari defendan-defendan atas kecederaan yang mereka alami akibat kemalangan jalanraya melibatkan kenderaan kedua-dua pihak. Setelah mendengar keterangan kedua-dua pihak, mahkamah ini memutuskan bahawa pihak plaintif gagal membuktikan tuntutan mereka atas imbangan kebarangkalian. Mahkamah ini membuat keputusan menolak tuntutan plaintif-plaintif dengan kos. Tertakluk kepada keputusan liabiliti, mahkamah ini membenarkan RM47,000.00 sebagai gantirugi am dan RM1,162.00 sebagai gantirugi khas untuk plaintif pertama, manakala untuk plaintif kedua mahkamah membenarkan RM6,000.00 sebagai gantirugi am dan RM40.00 sebagai gantirugi khas, dengan kos dan faedah 8% setahun atas gantirugi am dari tarikh saman ke tarikh penghakiman dan 4% atas gantirugi khas dari tarikh kemalangan ke tarikh penghakiman, dan selepas itu 8% atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman ke tarikh penyelesaian penuh.

[2] Pihak plaintif tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah di atas, kini merayu terhadap keputusan mahkamah ini atas kedua-dua liabiliti dan kuantum.

Untuk Liabiliti

Fakta Kes Yang Tidak Dipertikaikan

(1) Kemalangan berlaku pada 29 Ogos 2007 jam lebih kurang 6.20 petang.

(2) Plaintif pertama menunggang motorsikal No AFF 5482 membawa plaintif kedua sebagai pembonceng, manakala defendan pertama adalah pemandu motorlori No ABH 3399 pada masa material. Motorlori berkenaan adalah milikan defendan kedua.

(3) Merujuk kepada rajah kasar exh P1, kedua-dua kenderaan dari arah bawah menuju ke atas rajah kasar.

Keterangan Pegawai Penyiasat (Saksi Plaintif Pertama, SP1)

(1) Kerosakan motorsikal adalah di bahagian hadapan iaitu mudguard pecah, cermin sisi kiri pecah, nombor plet hadapan dan belakang pecah.

(2) Motorlori defendan tidak mengalami kerosakan lain kecuali kesan calar pada motorlori, dan pegawai penyiasat tidak pasti samada kesan calar adalah akibat kemalangan ini.

(3) Kawasan kemalangan adalah jalan persekutuan, dengan kawasan perkampungan di kedua-dua belah jalan. Jalan di tempat kejadian lurus.

(4) Defendan pertama ada membuat laporan polis NO 4562/07 pada 10 September 2007 menyatakan beliau tidak terlibat dalam sebarang kemalangan, dan beliau datang untuk membuat laporan polis apabila majikannya menerima panggilan dari seorang lelaki mendakwa bahawa motorlorinya terlibat dalam kemalangan. Pemandu motorlori ini juga mendakwa motorlorinya tidak mengalami sebarang kerosakan.

(5) Pegawai penyiasat tidak mengambil percakapan dari kedua-dua pihak, beliau juga tidak pasti samada motorlori defendan terlibat dalam kemalangan ini.

(6) Tempat kejadian seperti ditunjuk di dalam rajah kasar "P1" dan gambar exh "P2" adalah ditunjuk oleh kedua-dua pihak. Menurut saksi ini motorsikal di dalam gambar adalah dibawa oleh kawan plaintif ke tempat kejadian untuk ditunjuk pada pihak polis.

(7) Tiada tindakan diambil terhadap mana-mana pihak.

Keterangan Plaintif

[3] Menurut plaintif pertama yang menjadi saksi kedua (SP2), pada masa kejadian beliau menunggang motorsikal No AFF 5482 dengan membawa pembonceng dengan kelajuan beliau lebih kurang 40-60km/j. Apabila beliau melalui tempat kejadian, terdapat sebuah motorlori jenis trailer panjang datang dari arah belakang telah memotong motorsikal beliau dan menghimpit motorsikal beliau. Menurut plaintif pertama bahagian belakang sebelah kiri motorlori trailer itu telah tergesel dengan handle kanan dan tayar motorsikal beliau dan juga tergesel tangan kanan beliau. Akibatnya plaintif pertama hilang kawalan lalu melanggar batu simen di tepi kiri jalan. Kedua-dua plaintif jatuh dan mengalami kecederaan seperti dinyatakan dalam laporan perubatan Hospital Taiping exh P5 dan P6 untuk kedua-dua plaintif, dan laporan dari Taiping Medical Centre untuk plaintif pertama exh P8. Pada 14 September 2007 plaintif pertama membuat laporan polis NO 4634/07 mengenai kemalangan ini, laporan dikemukakan sebagai "P9".

[4] Plaintif kedua (saksi ketiga) telah memberi versi keteran

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top