2014 MarsdenLR 1583
MICHAEL VINCENT LWN. MOHANRAJ SANDRAN & SATU LAGI
[-]
The court affirmed proportional liability in personal injury claims and utilized established compensation guidelines for award determination.
Headnote:(A) Relevant laws include the Compendium of Personal Injury Awards.
(B) The court determined the proportional liability of parties, awarding 90% to the defendant and 10% to the plaintiff.
(C) The case arises from a road traffic accident involving two motorcyclists.
(D) Main issues include the appropriate amount of damages for various injuries. (E) The court's reasoning focused on the severity of injuries and relevant precedents. (F) The total award amounted to RM404,540.00 for general and special damages. (G) Parties involved are the plaintiff and the defendant. (H) No dissenting opinions were noted.
| Table of Content |
|---|
| 1. base facts of the case. (Para 1 , 2) |
| 2. liability agreement details. (Para 3 , 4) |
| 3. award for loss of consciousness. (Para 5 , 6 , 8) |
| 4. compensation discussion for knee injuries. (Para 7) |
| 5. assessment for bilateral knee laceration. (Para 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14) |
| 6. evaluation for surgical scars. (Para 15 , 16 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21 , 22) |
| 7. award for left ear bleed. (Para 23 , 24 , 25 , 26) |
| 8. recognition of facial abrasions. (Para 27 , 28 , 29 , 30 , 31) |
| 9. determining award for laceration wounds. (Para 32 , 33 , 34 , 35 , 36) |
| 10. award determination for clavicle fracture. (Para 37 , 38 , 39 , 40 , 41 , 42) |
| 11. awards for facial nerve palsy. (Para 43 , 44 , 45 , 46 , 47 , 48) |
| 12. assessment of hearing impairment. (Para 49 , 50 , 51) |
| 13. claims for brain injury assessment. (Para 52 , 53 , 54 , 55 , 56 , 57 , 58 , 59 , 60 , 61) |
| 14. future medical expenses. (Para 62 , 63 , 64 , 65 , 66 , 67 , 68) |
| 15. special damages costs. (Para 69 , 70 , 71 , 72 , 73 , 74 , 75 , 76 , 77 , 78) |
[1] Tuntutan plaintif terhadap defendan berbangkit dari kemalangan jalanraya di Jalan Gasing berhampiran Tokong Cina pada 9 November 2012 pada jam lebih kurang 4.15 petang di antara dua buah motorsikal pendaftaran No BEH 9418 yang ditunggang oleh plaintif dan motorsikal pendaftaran No BLL 7951 yang ditunggang oleh defendan.
[2] Plaintif mengemukakan satu orang saksi iaitu pegawai penyiasat, manakala defendan tidak mengemukakan saksi kerana isu liabiliti telah dipersetujui pihak-pihak.
B. Keputusan
Liabiliti
[3] Pihak-pihak bersetuju untuk merekodkan liabiliti di mana defendan pertama bertanggungan 90% dan plaintif bertanggungan 10% di dalam kemalangan tersebut.
C. Kuantum
[4] Terdapat enam (6) laporan perubatan yang mana pihak-pihak bersetuju tertakluk kepada penghujahan:
a) Laporan perubatan daripada PPUM bertarikh 13 Mei 2013, 15 Mac 2013 dan 9 Mei 2013 (ikatan dokumen plaintif A di ms 2-6) di bahagian 1).
b) Laporan perubatan pakar neuro plaintif daripada UKM bertarikh 15 Jun 2013 (ikatan dokumen plaintif B di ms 3-11).
c) Laporan perubatan pakar ENT daripada Param Ear Nose and Throat Clinic bertarikh 10 Oktober 2013 (ikatan dokumen plaintif C di ms 1-2).
d) Laporan perubatan pakar neuro defendan bertarikh 22 November 2013 di ms 1-2 di ikatan dokumen defendan.
D. Kuantum Di Atas Liabiliti 100%
Gantirugi Am
i. Loss Of Consciousness
[5] Laporan perubatan daripada PPUM bertarikh 15 Mac 2013 menyatakan plaintif sustained loss of consciousness.
[6] Peguamcara defendan berhujah bahawa mahkamah tidak wajar memberi award yang berasingan untuk loss of consciousness kerana ia termasuk di dalam brain injury.
[7] Mahkamah merujuk kepada Compendium of Personal Injury Award yang mencadangkan sebanyak RM5,000.00 bagi kecederaan ini.
[8] Mahkamah mengawardkan RM5,000.00 bagi kecederaan ini yang pada pandangan mahkamah adalah wajar.
ii. Bilateral Knee Laceration Wounds
[9] Kecederaan ini terdapat di laporan perubatan daripada PPUM bertarikh 15 Mac 2013.
[10] Merujuk kepada Compendium of Personal Injury Awards bagi kecederaan ini (single to multiple) mencadangkan RM1,500.00 hingga RM8,000.00.
[11] Plaintif berhujah bahawa mahkamah harus mengambil kira bahawa kecederaan ini melibatkan bilateral iaitu kedua-dua lutut plaintif.
[12] Plaintif merujuk kepada kes Hafify Hafiz Saripudin v. Haziman Aziz Mohamad Diah & Anor [2009] 1 PIR 3 di mana mahkamah telah memberikan sebanyak RM6,000.00 untuk kecederaan laceration wound over the right ring finger and right knee.
[13] Tiada sebarang award yang dicadangkan oleh defendan bagi kecederaan ini kerana defendan mencadangkan ianya diberikan secara global di bawah kecederaan moderate traumatic brain injury.
[14] Mahkamah berpendapat RM4,000.00 sebagai jumlah yang wajar dan munasabah diawardkan.
iii. Scars
[15] Laporan perubatan pakar neuro plaintif daripada UKM bertarikh 15 Jun 2013 merekodkan: 29 cm healed right fronto-parieto-temporal question-mark surgical scar wound scar below the left temple.
[16] Laporan pakar neuro defendan bertarikh 22 Novem