ABDUL HAMID MOHAMAD
AISHAH MOHD SAMAN & YANG LAIN – Appellant
Versus
KALSOM HJ MOHAMAD NOR – Respondent
| Table of Content |
|---|
| 1. background and ownership of the land. (Para 2) |
Abdul Hamid Mohamad H:
Plaintif-plaintif dan defendan adalah tuan-tuan punya berdaftar sebidang tanah yang tidak dibahagikan. Bahagian defendan adalah sebanyak 1/6 manakala bahagian plaintif-plaintif sebanyak 5/6.
Plaintif-plaintif telah memasuki satu perjanjian usahasama dengan Syarikat Veins Wood Sdn. Bhd pada 21 Mac 1993, membenarkan syarikat tersebut memajukan tanah tersebut. Defendan tidak bersetuju dan tidak memasuki perjanjian itu.
Mengikut afidavit plaintif-plaintif, mereka telah mengarahkan peguamcara Tetuan Tan Bak Lee & Co. untuk memohon kepada Pentadbir Tanah untuk memecah milik. Peguam tersebut "telah beberapa kali mengarahkan defendan untuk menandatangani dokumen-dokumen yang bersangkutan dengan permohonan pecah-milik tanah tersebut". Tetapi defendan enggan berbuat demikian. Oleh itu plaintif-plaintif memohon mahkamah "memerintahkan defendan membuat pilihan terhadap salah satu bahagian tanah yang terdapat di penjuru pelan ukur" yang disediakan oleh pihak plaintif. Jika defendan enggan berbuat demikian, plainfif-plaintif memohon supaya mahkamah memerintahkan Penolong Kanan Pendaftar membuat pilihan bagi pihak defendan.
Mengikut defendan dia tidak menandatangani dokumen-dokumen itu kerana dia tidak mempunyai pilihan untuk menentukan bahagian tanah yang dikehendakinya. Dia diberi pilihan sebelah kiri sekali atau kanan sekali. Katanya, "keadaan sedemikian adalah seolah-olah memaksa saya menerima salah satu daripada cadangan peguam plaintif itu". Katanya lagi, ini bukan satu pilihan tetapi satu paksaan yang dibuat dengan sewenang-wenangnya.
Defendan juga mengatakan bahawa dia tidak menandatangani perjanjian tersebut kerana plaintif pertama yang telah berumur lebih daripada 83 tahun telah memberitahunya bahawa cap jarinya telah diambil di pejabat peguam di Butterworth dan bukan di Kulim seperti yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. Dia menurunkan cap jarinya kerana plaintif-plaintif lain berkata mereka akan mendirikan rumah untuknya di atas tanah itu. Juga wang awalan sebanyak RM8,000 tidak diterima oleh plaintif pertama. (Mengikut penilaian tanah tersebut bernilai RM900,000 dalam keadaan sedia ada).
Dalam permohonan ini mahkamah ini tidak perlu memutuskan mengenai keesahan perjanjian usahasama itu atau apa yang mengikut defendan diberitahu kepadanya oleh plaintif pertama.
Soalan pertama yang perlu diputuskan ialah sama ada mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk mengarah defendan memilih antara dua petak yang dicadangkan oleh plaintif-plaintif untuk diberi kepada defendan sedangkan defendan sendiri tidak bersetuju.
Dalam hal ini peruntukan s. 145 Kanun Tanah Negara adalah berkenaan:
145(1) Where, in the case of any land vested in co-proprietors:
(a) any of the co-proprietors will neither join in, nor consent to the making of, an application for partition under this Chapter; or
(b) by reason of the operation of paragraph (f) of sub-section (1) of section 136 (as applied by section 141), partition of the land between all of the co-proprietors is incapable of being approved under this Chapter.
The Court, subject to and in accordance with the provisions of any law for the time being in force relating to civil procedure, may, on the application of any of the co-proprietors, make such order as it may think just for the purpose of enabling the co-proprietorship to be terminated.
(2) Without prejudice to the generality of the power conferred by sub-section (1), the Court may on any application under that sub-section order:
(a) that, subject to the making between the co-proprietors of such payments as the Court may consider quitable having regard to the comparative values of the individual portions thereby proposed, any application for partition made by one or more of the co-proprietors in the terms specified in the order shall be deemed for the purposes of this Chapter to have been made by them all;
(b) that the undivided share of
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.