SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 6100

MAHKAMAH PERUSAHAAN SARAWAK
CHEANG KUM HONG LWN. PRECISE FABRICATION SYSTEMS SDN BHD
Award No: 450 Tahun 2025 [Kes No: 8(5)/4-2876/21]



Petitioner Advocates:John Doraisamy ,Respondent Advocate: Jimmy Goh

The court ruled that the dismissal was unjust as the employer failed to prove just cause and did not provide the claimant with the right to be heard.

Headnote:(A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 - Seksyen 20(3) - Pembuangan kerja - Mahkamah Perusahaan perlu memastikan pembuangan kerja dilakukan atas sebab yang adil - Dalam kes ini, syarikat gagal membuktikan pembuangan kerja yang menuntut adalah sah - Mahkamah memutuskan bahawa syarikat tidak memberikan hak untuk didengar dan gagal membuktikan tuduhan terhadap yang menuntut. (Paras 3, 4, 5, 23, 39, 56)

(B) Proses Pembuangan Kerja - Mahkamah Perusahaan berperanan untuk menentukan sama ada pembuangan kerja adalah dengan sebab yang adil dan berdasarkan bukti yang kukuh - Kegagalan syarikat untuk mengemukakan bukti yang mencukupi menunjukkan bahawa pembuangan kerja tidak sah. (Paras 6, 39)

Facts of the case:
Yang menuntut tidak menerima surat tawaran pekerjaan dan telah dibuang kerja tanpa proses yang adil, setelah syarikat mendakwa melakukan kesalahan berat. (Paras 10, 12, 20)

Findings of Court:
Mahkamah mendapati syarikat gagal membuktikan pembuangan kerja yang menuntut adalah sah dan tidak memberikan hak untuk didengar. (Paras 39, 56)

Issues: Adakah pembuangan kerja yang menuntut dilakukan dengan sebab yang adil dan adakah syarikat memberikan hak untuk didengar? (Paras 39, 40)

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa syarikat tidak dapat membuktikan tuduhan terhadap yang menuntut dan gagal memberikan hak untuk didengar, menjadikan pembuangan kerja tidak sah. (Paras 39, 56)

Result: Tuntutan yang menuntut dibenarkan dan gaji tertunggak perlu dibayar oleh syarikat.

AWARD

Mohd Taufik Mohd @ Mohd Yusoff:

Rujukan

[1] Ini adalah satu rujukan bertarikh 20 Oktober 2021 oleh Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan, Malaysia di bawah s 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 , mengenai pembuangan kerja Cheang Kum Hong (dirujuk sebagai "yang menuntut") oleh Precise Fabrication Systems Sdn Bhd (Pihak Syarikat) pada 13 April 2021.

Mukadimah

[2] Pengerusi yang terdahulu yang telah mendengar pendengaran kes ini iaitu YA Tuan Ahmad Zakhi Bin Mohd Daud telah bersara. Oleh itu mahkamah ini telah diarahkan untuk memperturunkan awad ini.

Undang-Undang

[3] Peranan Mahkamah Perusahaan di dalam menangani kes-kes pembuangan kerja di dalam rujukan yang dibuat di bawah s 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 antara lain adalah untuk memastikan sama ada proses pembuangan tersebut dilakukan atas sebab atau alasan yang adil seperti mana yang telah diputuskan dalam kes Wong Chee Hong v. Cathay Organisation Malaysia Sdn Bhd ; [1988] 1 MLJ 92; [1988] 1 CLJ (Rep) 298 : "When the Industrial Court is dealing with a reference under s 20, the first thing that the Court will have to do is to ask itself a question whether there was a dismissal, and if so, whether it was with or without just cause or excuse."

[4] Mahkamah tertinggi negara pula dalam kes Milan Auto Sdn Bhd v. Wong Seh Yen ; [1995] 4 CLJ 449; [1996] 1 AMR 049 menyatakan: "... the function of the Industrial Court in dismissal cases on reference under s 20 is two fold, firstly, to determine whether the misconduct complained of by the employer has been established and secondly whether the proven misconduct constitutes just cause or excuse for the dismissal."

[5] Selain daripada itu peranan Mahkamah Perusahaan juga telah dinyatakan olehMahkamah Persekutuan di dalam kes Wong Yuen Hock v. Syarikat Hong Leong Assurance Sdn Bhd & Another Appeal; [1995] 3 CLJ 344; [1995] 2 AMR 2145 di mana Mahkamah tertinggi negara ini telah memutuskan seperti berikut: "On the authorities, we were of the view that the main and only function of the Industrial Court in dealing with a reference under s 20 of the Act is to determine whether the misconduct or irregularities complained of by the management as the grounds of dismissal were in fact committed by the workman, and if so, whether such grounds constitute just cause or excuse for the dismissal."

[6] Mahkamah dalam memutuskan sesuatu kes hendaklah memastikan bahawa majikan telah berjaya membuktikan pembuangan kerja dibuat berasaskan sebab atau alasan yang adil, atas imbangan kebangkalian (on a balance of probabilities): lihat Industrial Relations in Malaysia: Law & Practice, penulis Dr Dunstan Ayadurai. Lihat juga Telekom Malaysia Kawasan Utara v. Krishnan Kutty Sanguni Nair & Anor; [2002] 1 MLRA 188; [2002] 3 MLJ 129; [2002] 3 CLJ 314; [2002] 3 AMR 2898.

Saksi

[7] Pihak syarikat telah memanggil saksi-saksi seperti berikut:

a) Loi Lai Peng (COW1);

b) Johnson Lee Kah Wei (COW2); dan

c) Angeline Lee Ai Leng (COW3).

[8] Manakala, yang menuntut hanya mengemukakan satu saksi iaitu dirinya sendiri.

Dokumen

[9] Selain daripada keterangan saksi, kedua-dua pihak telah memfailkan dokumen-dokumen berikut sebagai panduan dan rujukan sepanjang perbicaraan ini:

a) Pernyataan Kes bertarikh 19 Februari 2022;

b) Pernyataan Balas bertarikh 16 Disember 2022;

c) Rejoinder bertarikh 7 Mei 2022;

d) Ikatan Dokumen Yang Menuntut masing-masing ditanda CLB-1, CLB-2 dan CLB-3; dan

e) Ikatan Dokumen Syarikat masing-masing ditanda COB1 dan COB2.

Fakta Ringkas Kes

[10] Yang menuntut dalam kes ini tidak pernah dikeluarkan apa-apa surat tawaran pekerjaan (Letter of Employment), surat pengesahan pelantikan sebagai penyelia mahupun surat pengesahan pekerjaan.

[11] Walaubagaimanapun, fakta bahawa yang menuntut bekerja dengan syarikat tidak dinafikan ataupun terbantahkan.

[12] Yang menuntut di dalam kes ini telah menegaskan bahawa dia telah dipanggil oleh kerani syarikat iaitu COW1 pada 5 April 2021 jam lebih kurang 2 petang dan telah diserahkan sesalinan surat peletakan jawatan yang telah



Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top