SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Headnote Court Copy Facts Arguments Court observation Judicial Analysis Case Map Category Hierarchy Table of Content
Listen Article Pause Article
judgment-img

2024 MarsdenLR 2282

MAHKAMAH MAJISTRET TELUK INTAN
LEMBAGA MINYAK KELAPA SAWIT (MPOB) LWN. RAZ INTAN DEVELOPMENT SDN BHD & SATU LAGI
[Saman No: AC-87-200-05/2021]



Important Points

Kesalahan menjual buah kelapa sawit tanpa lesen adalah liabiliti ketat dan tidak memerlukan pembuktian niat, di mana pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Subject

Criminal Law - Regulatory Offences

Act Referred

Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005: S.5(1)(b), S.5(3)
Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998: S.68(1)(a)
Kanun Keseksaan: S.34
Kanun Tatacara Jenayah: S.173, S.180

Headnote

(A) Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005 - Peraturan 5(1)(b) dan 5(3) - Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 - Seksyen 68(1)(a) - Tertuduh didapati menjual buah kelapa sawit tanpa lesen yang sah pada bulan Mac, April, dan Mei 2020 - Kesalahan adalah liabiliti ketat dan tidak memerlukan pembuktian niat - Mahkamah mendapati pendakwaan telah membuktikan kes prima facie dan sabitan serta hukuman terhadap tertuduh adalah wajar. (Paras 1, 3, 4, 5, 6, 26, 46, 67)

Petitioner Advocates:Nordiana Mohamed Shansuddin ,Respondent Advocate: S Kumareson

PENGHAKIMAN

Ashvinii Thinakaran M:

Pertuduhan

PERTUDUHAN PERTAMA

Bahawasanya kamu Pengarah syarikat bersama-sama Raz Intan Development S/B pada 18 Jun 2020 jam lebih kurang 10.00 pagi bertempat di No 2, Lorong Haji Tahir, Padang Tembak dalam daerah Hilir Perak dalam negeri Perak, telah didapati menjual buah kelap sawit sebanyak 46.68 tan pada bulan Mac 2020 tanpa suatu lessen yang sah sebagaimana yang dikehendaki dibawah Peraturan 5(1)(b) Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan), (Diwartakan sebagai PU(A) 516). Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan dibawah Peraturan 5(3), Peraturan-Peraturan yang sama dan dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan (Akta 574).

HUKUMAN

Kesalahan dibawah Peraturan 5(3) Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit, Malaysia (Pelesenan) 2005 memperuntukkan, apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit (RM200,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

PERTUDUHAN KEDUA

Bahawasanya kamu Pengarah syarikat bersama-sama Raz Intan Development S/B pada 18 Jun 2020 jam lebih kurang 10.00 pagi bertempat di No 2, Lorong Haji Tahir, Padang Tembak dalam daerah Hilir Perak dalam negeri Perak, telah didapati menjual buah kelap sawit sebanyak 46.68 tan pada bulan April 2020 tanpa suatu lessen yang sah sebagaimana yang dikehendaki dibawah Peraturan 5(1)(b) Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan), (Diwartakan sebagai PU(A) 516). Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan dibawah Peraturan 5(3), Peraturan-Peraturan yang sama dan dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan (Akta 574).

HUKUMAN

Kesalahan dibawah Peraturan 5(3) Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit, Malaysia (Pelesenan) 2005 memperuntukkan, apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit (RM200,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

PERTUDUHAN KETIGA

Bahawasanya kamu Pengarah syarikat bersama-sama Raz Intan Development S/B pada 18 Jun 2020 jam lebih kurang 10.00 pagi bertempat di No 2, Lorong Haji Tahir, Padang Tembak dalam daerah Hilir Perak dalam negeri Perak, telah didapati menjual buah kelap sawit sebanyak 46.68 tan pada bulan Mei 2020 tanpa suatu lessen yang sah sebagaimana yang dikehendaki dibawah Peraturan 5(1)(b) Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan), (Diwartakan sebagai PU(A) 516). Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan dibawah Peraturan 5(3), Peraturan-Peraturan yang sama dan dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan (Akta 574).

HUKUMAN

Kesalahan dibawah Peraturan 5(3) Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit, Malaysia (Pelesenan) 2005 memperuntukkan, apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit (RM200,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan Pindaan (Mahkamah Telah Buat Pindaan Diakhir Tahap Pembelaan)

PERTUDUHAN PINDAAN PERTAMA

Bahawasanya kamu Pengarah syarikat bersama-sama Raz Intan Development S/B pada 18 Jun 2020 jam lebih kurang 10.00 pagi bertempat di No 2, Lorong Haji Tahir, Padang Tembak dalam daerah Hilir Perak dalam negeri Perak, telah didapati menjual buah kelap sawit sebanyak 46.68 tan pada bulan Mac 2020 tanpa suatu lessen yang sah sebagaimana yang dikehendaki dibawah Peraturan 5(1)(b) Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan), (Diwartakan sebagai PU(A) 516). Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan dibawah Peraturan 5(3), Peraturan-Peraturan yang sama dan dibaca bersama s 68(1)(a) Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 .

HUKUMAN

Kesalahan dibawah Peraturan 5(3) Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit, Malaysia (Pelesenan) 2005 memperuntukkan, apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit (RM200,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

PERTUDUHAN PINDAAN KEDUA

Bahawasanya kamu Pengarah syarikat



1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top