SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2002 MarsdenLR 58

HIGH COURT (TEMERLOH)

RAMLY HAJI ALI, J


WINTSUN DURAI A/L SAMUEL
versus
AZLAN BIN SAMAD

RAYUAN SIBIL NO. 12-28-99

Decided On : 05-21-02

JUDGMENT

Pihak Perayu di dalam rayuan ini adalah merupakan Plaintif di dalam Kes Saman No: 53-191-95 di Mahkamah Sesyen Temerloh, di mana beliau telah mengambil tindakan sivil terhadap Responden untuk mendapatkan gantirugi akibat satu kemalangan jalanraya yang berlaku pada 7.1.1995 di antara motosikal bernombor CW 9049 yang ditunggang oleh Perayu dengan motosikal bernombor CAG 8653 yang ditunggang oleh Respondan di KM.1, Jalan Raub - Batu Malim, Pahang. Perayu memohon gantirugi am dan khas berkaitan kecederaan tubuh badan yang telah dialami akibat kemalangan tersebut. Pada 23.8.1999, selepas satu perbicaraan penuh, Hakim Mahkamah Sesyen Temerloh telah menolak tuntutan Perayu dengan kos. Perayu, tidak berpuashati dengan keputusan tersebut dan telah memfailkan rayuan ke mahkamah ini.

[3]

Fakta Kes

Fakta-fakta yang telah diterima oleh Hakim Mahkamah Sesyen dan tidak dipertikaikan oleh pihak-pihak adalah seperti berikut:

Kemalangan tersebut berlaku lebih kurang jam 7.35 malam (7.1.1995) di antara motosikal yang ditunggang oleh Perayu dengan motosikal yang ditunggang oleh Responden di KM.1 Jalan Raub - Batu Malim. Motosikal Perayu (CW 9049) menghala dari arah Jalan Cheroh manakala Responden pula datang dari arah bertentangan iaitu dari arah Raub. Kemalangan berlaku dekat hujung suatu petak bujur yang bergarisan berkembar di tengah jalan - biasanya lebih dikenali sebagai "central reservation" atau "traffic island". Kedudukan jalan di tempat kemalangan akan lebih difahami dengan meneliti rajah kasar yang telah diterima sebagai keterangan semasa perbicaraan (P-1a). Mengikut Perayu (SP1) pada masa yang material, beliau sedang dalam perjalanan dari arah Cheroh menuju ke arah Raub. Mengikut Perayu lagi, apabila beliau sampai dekat suatu simpang di sebelah kanannya, beliau berhenti di hujung "central reservation" tersebut, di [4] garisan berkembar tengah jalan untuk membelok ke kanan. Beliau nampak sebuah motosikal datang dari arah bertentangan (dari arah Raub) dengan laju. Apabila Perayu nampak motosikal tersebut buat kali pertama, jaraknya ialah 24 kaki. Beliau berhenti di tengah jalan. Motosikal tersebut telah melanggar motosikalnya. Beliau telah menandakan tempat kemalangan tersebut dengan huruf "X" dalam dakwat merah di atas rajah kasar - P-1a. Belaiu telah membuat lapuran polis melalui P-2.

Respondan (SD1) pula menyatakan beliau sedang dalam perjalanan dari bandar Raub menuju ke arah Cheroh. Kelajuannya adalah lebih kurang 60 km sejam. Beliau nampak sebuah motosikal berhenti di tengah jalan. Pada masa itu beliau disuluh oleh satu cahaya lampu kenderaan yang tinggi dan telah melanggar motosikal Perayu. Respondan telah membuat lapuran polis seperti D-8. Perbonceng motosikal Respondan, (SD2) tidak nampak bagaimana perlanggaran tersebut berlaku.

[5]

Pegawai Penyiasat Polis, (SP2) telah membuat rajah kasar dan kunci (P-1a-P-1b). Rajah kasar menunjukkan di pertengahan jalan tersebut ada petak bujur yang mengandungi garisan penjuru (central reservation). Daripada arah Cheroh sehingga petak tersebut ada garisan berkembar di tengah jalan. Bersetentang dengan pertengahan petak bujur mengarah ke Raub, ada satu garisan putus-putus dan pada hujung petak bujur (menghala ke Raub) ada satu lagi garisan putus-putus mengarah ke Raub. Ada anak panah (di atas jalan raya) di sebelah kiri dan kanan, di bahagian hujung petak bujur tersebut. Satu anak panah menghala ke arah Cheroh. Satu lagi anak panah menuju ke arah Raub. Terdapat satu lagi anak panah yang muncul daripada anak panah yang menuju ke Raub. Anak panah ini menghala ke kiri dari arah Cheroh ke Raub. Terdapat 2 simpang di sebelah kiri dan kanan jalan berhampiran tempat kemalangan i.e. lebih kurang 50 meter daripada tempat berlakunya perlanggaran. Mengikut SP2, beliau tidak melukiskan simpang-simpang tersebut dalam rajah kasarnya kerana kedudukannya yang agak jauh daripada tempat perlanggaran. SP2 juga telah mengemukakan gambar-gambar di tempat kemalangan (P-7a [6] hingga P-7e). Gambar-gambar ter

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top