2009 MarsdenLR 3312
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
CHEW SOO HO
NAZA KIA SDN BHD
Versus
HAFIDZ MOHD AZHAR
AWARD NO: 397 TAHUN 2009 (KES NO: 5/4-2902/06)
Decided on : 3 APRIL 2009
Wakil Pihak Menuntut - Azni Iffah Abdul Aziz; T/n Kwang, Lim & Azni
Prema Kesavan; MEF
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Hafidz bin Mohd. Azhar, Pihak Menuntut, pada 1 April 2005.
Kes ini yang separuh dibicarakan telah dibangkitkan untuk sebutan pada 3.4.2009 dengan kehadiran Puan Azni Iffah binti Abdul Aziz dari Tetuan Kwang, Lim & Azni, peguamcara yang mewakili Pihak Menuntut dan Cik Prema Kesavan dari M.E.F, yang mewakili Pihak Responden. Puan Azni Iffah binti Abdul Aziz memaklumkan Mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian penuh di dalam kes ini dan beliau seterusnya menarik balik kes ini. Cik Prema Kesavan mengesahkan penyelesaian tersebut dan memohon agar kes Pihak Menuntut dibatalkan tanpa kebebasan untuk ia dipohon semula.
Memandangkan kes ini telah selesai dan ditarik balik, maka Mahkamah dengan ini mengeluarkan Award membatalkan kes ini tanpa kebebasan untuk ia dipohon atau difailkan semula.