2009 MarsdenLR 2003
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
ROSLAN MAT NOR
HITACHI HIGH - TECHNOLOGIES IPC (M) SDN BHD
Versus
LOW PAK CHAN
KES NO: 28/4-1249/05 (AWARD NO: 1183 TAHUN 2009)
Decided On : 6 OKTOBER 2009
Ini adalah satu kes pembuangan kerja Puan Low Pak Chan (Yang Menuntut) oleh Hitachi High-Technoogies IPC (M) Sdn Bhd (Responden) pada 4.6.2002. Kes ini telah dirujuk oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia pada 20.9.2005 dan diterima di Mahkamah Perusahaan ini pada 29.9.2005.
Fakta
1. Pihak Menuntut telah mula berkhidmat di syarikat Responden pada 19.05.1993 sebagai Setiausaha merangkap pentadbir kepada syarikat di Kuala Lumpur dengan gaji RM1,700.00.
2. Pihak Menuntut telah disahkan dalam jawatan pada 19.08.1993.
3. Melalui surat bertarikh 27.02.1998, Pihak Menuntut telah ditawarkan jawatan baru tanpa sebarang perubahan dari segi syarat dan terma yang beliau nikmati di Nissei Sangyo (S) Pte Ltd.
4. Bermula daripada 1.4.1998, Pihak Menuntut telah dilantik sebagai Pentadbir di Syarikat.
5. Pada 08.02.2002, Pihak Menuntut telah diberikan surat tunjuk sebab untuk memberikan penjelasan bertulis mengenai sesuatu kejadian yang melibatkan pengiriman e-mail. Pihak Menuntut telah menjawab surat tunjuk sebab itu.
6. Pada 05.04.2002, satu siasatan dalaman dijalankan yang dihadiri oleh Pihak Menuntut.
7. Pada 04.06.2002, Pihak Menuntut telah dimaklumkan oleh Syarikat bahawa perkhidmatan beliau ditamatkan berkuatkuasa dari 05.06.2002.
Keterangan
8. Kes ini bermula dikesan melalui satu e-mail yang telah dikirimkan oleh seorang yang bernama Doris Ngan di alamat doris_ngan@nissei.com.sg bertarikh 1.4.2002 kepada Isamu Soma (muka surat 10, COB), iaitu COW1 E-mail tersebut adalah seperti berikut:-
"doris ngan
20021...4...0.01
update
Dear Len,
Thank you for the new year greetings, infact this year is quite a good year for me as my son just graduate & will admit to the famous university of Sydney & I am a proud single mother.
I work so hard to support this result with all the resources. I even go back to office during weekend to make use of all the facilities, I mean to the real fact, I have to save to support my son in all the way I can.
I am not young now, he is my only hope, I can't effort to see all the effort go down to the drain.
After the previous Japanese boss left, I have so much freedom to call him alternate day in Australia from office, I have to be sure to know everything during his critical situation to make sure that he make it. The previous time I spoke to you about my conflict with my female colleague. As you know, I am an expert in office politics, I am slowly getting the trust from the new admin manager, so that I can be the one incharge instead of her.
The previous manager wanted to train her, but to bad, her time is not right, now is my 'golden time', I am slowly going there; wish me good luck.
Wishing you all the best & a smooth year through.
Best regards,
DORIS NGAN
Administrator
Nissei Sangyo IPC (M) Sdn Bhd
Tel: 2026 7355, 2078 7394
Fax: 2034 2811"
9. COW1 dalam keterangan menyatakan bahawa beliau terkejut apabila menerima e-mail tersebut. Beliau menyatakan semasa pemeriksaan balas seperti berikut:-
"I was puzzled because the content of the email was very strange and shocking.
When 1st - received this e-mail. It mention the sender name Miss Doris. I thoughtthis e-mail was send by her.
However on the same day when Doris came for work she told me that this e-mailwas not send by her, that when I started doing my investigation."
10. Dalam ertikata lain, pandangan COW1 semasa menerima e-mail itu, Doris yang mengirimkannya. Namun begitu, fakta bahawa Pihak Menuntut yang mengirimkan e-mail itu tidak dipertikaikan kerana Pihak Menuntut sendiri di dalam keterangan mengakuinya.
Q: When you look at e-mail, who is from.
A: Doris Ngan.
Q: In actual fact, who send this e-mail.
A: It was send by me.
11. Apa yang penting di dalam keterangan Pihak Menuntut ialah mengapa e-mail dihantar kepada COW1 Disamping itu, adakah alasan tersebut adalah sesuatu yang munasabah.
12. Pihak Menuntut semasa menjelaskan sebab e-mail dihantar telah menyatakan:-
"Doris Ngan has constantly complained that she has e-mail problems. I'm tryingto solve her complai