MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
TEO SAY ENG
GL CORPORATION SDN BHD
Versus
NIZATUL AFIDAH NIZAMUDIN
AWARD NO: 855 TAHUN 2009 (KES NO: MP.1: 22/4-113/09)
Decided on : 16 JULAI 2009
Kes ini telah disebut tiga kali di Mahkamah ini iaitu pada 5.5.2009, 15.6.2009 dan 15.7.2009.
2. Pada 5.5.2009 kes ini disebut pada kali pertama di Mahkamah ini. Yang Menuntut tidak hadir. Cik L.C. Tuen daripada Tetuan Jeff Leong, Poon & Wong mewakili Syarikat. Mahkamah telah menangguhkan kes ini ke 15.6.2009 untuk sebutan dan mengarahkan supaya Yang Menuntut dimaklumkan tarikh sebutan yang akan datang.
3. Pada 15.6.2009, kes ini telah disebut bagi kali kedua. Encik Ong Kar Voi daripada Tetuan Jeff Leong, Poon & Wong mewakili Syarikat. Yang Menuntut tidak hadir walaupun notis sebutan telah diserahkan melalui surat berdaftar A.R. di alamat baru yang dibekalkan oleh Yang Menuntut sendiri. Sebab ketiadakhadiran Yang Menuntut tidak diketahui. Mahkamah bersedia memberi peluang terakhir kepada Yang Menuntut dan menetapkan kes ini untuk sebutan semula pada 15.7.2009 jam 8.30 pagi dan mengarahkan Yang Menuntut hadir di Mahkamah pada tarikh sebutan dan masa yang ditetapkan. Sekiranya beliau gagal menghadiri sebutan kes ini pada tarikh dan masa yang ditetapkan, maka Mahkamah akan mendengar permohonan peguam pihak Syarikat untuk membatalkan tuntutan dan kes beliau.
4. Pada 15.7.2009 jam 9.20 pagi, kes ini telah disebut bagi kali yang ketiga. Encik Ong Kar Voi daripada Tetuan Jeff Leong, Poon & Wong mewakili Syarikat. Yang Menuntut tidak hadir walaupun telah dimaklumkan melalui surat berdaftar A.R. supaya hadir ke Mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan beliau juga dimaklumkan akibat kegagalan menghadiri Mahkamah pada tarikh dan masa tersebut.
5. Encik Ong Kar Voi yang mewakili Syarikat telah memohon supaya kes Yang Menuntut dibatalkan oleh kerana Mahkamah telah memberi peluang terakhir kepada Yang Menuntut untuk menghadiri Mahkamah hari ini.
6. Memandangkan Yang Menuntut tidak hadir ke Mahkamah walaupun telah dimaklumkan tentang tarikh sebutan hari ini, Mahkamah berpendapat bahawa ketidakhadiran Yang Menuntut ke Mahkamah menunjukkan beliau telah tidak berminat meneruskan kesnya. Oleh yang demikian, Mahkamah membatalkan kes ini dengan kebebasan untuk memfailkan semula dalam tempoh 3 bulan dari tarikh award ini.
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.