2009 MarsdenLR 4933
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
CHEW SOO HO
SITT TRAVEL SDN BHD
Versus
SHARKAWI ALLIMAT
AWARD NO: 384 TAHUN 2009 (KES NO: 5/1-515/08)
Decided on : 1 APRIL 2009
Peguamcara Pihak Pengadu - T/n Besar & Talip Tudin Advocates (tidak hadir)
Pihak Responden - tidak hadir
Pengaduan ini adalah difailkan oleh Encik Sharkawi bin Allimat, Pihak Pengadu, pada 14.7.2008 terhadap Sitt Travel Sdn. Bhd., Pihak Responden, menurut Seksyen 56 (1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 melalui Borang S kerana Pihak Responden tidak mematuhi Award No. 928 Tahun 2008 dalam Kes No. 8/4-430/2006 di antara pihak-pihak yang sama.
Kes ini telah dibangkitkan untuk sebutan pada 1.4.2009 setelah Mahkamah dimaklumkan oleh Tetuan Besar & Talip Tudin Advocates, peguamcara yang mewakili Pihak Pengadu, melalui suratnya bertarikh 19.3.2009 bahawa kes ini telah selesai secara damai di antara kedua-dua pihak serta memohon tarikh bicara pada 1.4.2009 dilapangkan. Melalui surat bertarikh 31.3.2009, Tetuan Besar & Talip Tudin Advocates memohon untuk menarik balik pengaduan kes ini.
Memandangkan Pengaduan kes ini telah selesai secara damai dan ditarik balik, maka Mahkamah dengan ini mengeluarkan Award membatalkan Pengaduan kes ini tanpa kebebasan untuk ia dipohon atau difailkan semula.