2008 MarsdenLR 2129
CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
GOH QUEE PENG DAN SEORANG PERAYU YANG LAIN - Appellant
Versus
THE PLAZA HOTEL KUALA LUMPUR - Respondents
AWARD NO: 879 TAHUN 2008 (KES NO: 5/4 - 2021/07)
Decided On : 05/21/2008
Bagi Pihak Menuntut Kedua - Stanley Thiagarajah; MTUC
Bagi Pihak Responden - Mohd Akhir Hj Hamzah; MEF
Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 mengenai pembuangan kerja Puan Lee Suit Leng (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut Kedua") oleh The Plaza Hotel Kuala Lumpur (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 15 September 2006.
AWARD
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Puan Lee Suit Leng, Pihak Menuntut Kedua, pada 15 September 2006.
Kes ini dibangkitkan untuk sebutan pada 21 Mei 2008 dengan kehadiran Encik Stanley Thiagarajah dari M.T.U.C. yang mewakili Pihak Menuntut Kedua dan Lt. Kol (B) Hj. Mohd Akhir bin Hj. Hamzah dari M.E.F., yang mewakili Pihak Responden. Lt. Kol (B) Mohd Akhir bin Hj. Hamzah memaklumkan Mahkamah bahawa Pihak Menuntut Kedua dan Pihak Responden telah mencapai penyelesaian damai di dalam kes ini dan memohon agar Award dikeluarkan menurut terma-terma persetujuan seperti berikut:
(1) Pihak Responden bersetuju membayar kepada Pihak Menuntut Kedua jumlah sebanyak RM5,358.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Tiga Ratus dan Lima Puluh Lapan sahaja) sebagai penyelesaian penuh dan muktamad terhadap segala tuntutan Pihak Menuntut Kedua di dalam kes ini;
(2) Bayaran jumlah penyelesaian tersebut hendaklah dibuat kepada M.T.U.C. sebagai wakil dalam rekod yang mewakili Pihak Menuntut Kedua pada atau sebelum 20 Jun 2008; dan
(3) Akibat penyelesaian ini, Pihak Menuntut Kedua bersetuju bahawa tidak ada apa jua tuntutan lanjut akan diadakan terhadap Pihak Responden darihal bekas pekerjaannya dengan Pihak Responden.
Encik Stanley Thiagarajah mengesahkan terma-terma penyelesaian tersebut.
Maka, Mahkamah dengan ini menurunkan Award menurut terma-terma penyelesaian tersebut seperti yang dipersetujui oleh Pihak Menuntut Kedua dan Pihak Responden.