2008 MarsdenLR 123
CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
ABD RASHID HARON - Appellant
Versus
HORIZON BESPOKE EVENT SOLUTION SDN BHD - Respondents
AWARD NO: 757 TAHUN 2008 (KES NO: 5/4 - 1288/07)
Decided On : 04/29/2008
Pihak Menuntut - Tidak Hadir
Pihak Responden - Tidak Hadir
Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 mengenai Pembuangan Kerja ke atas Encik Abd Rashid bin Haron (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh Horizon Bespoke Event Solution Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 20 September 2006.
AWARD
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Abd Rashid bin Haron, Pihak Menuntut, pada 20 September 2006.
Kes ini dibangkitkan untuk sebutan kali ketujuh pada 25 April 2008. Kedua-dua pihak tidak hadir. Tiada alasan dikemukakan mengapa mereka tidak hadir. Pihak Menuntut sebenarnya tidak hadir Mahkamah sebanyak 5 kali dan Pihak Responden tidak pernah menghadiri sejak kes ini disebutkan pada kali pertama di Mahkamah. Pihak Menuntut juga tidak memfailkan Kenyataan Kes menurut arahan Mahkamah kepada beliau pada 29 Oktober 2007 dan 12 November 2007. Kes ini telah dirujukkan semula kepada Mahkamah pada 29 April 2008.
Setelah Mahkamah mengkaji kedudukan kes ini, adalah didapati bahawa Pihak Menuntut berkemungkinan besar tidak berminat untuk meneruskan kes ini. Maka Mahkamah dengan ini mengeluarkan Award membatalkan kes ini tetapi dengan kebebasan untuk ia dipohon dihidupkan semula dalam tempoh 3 bulan dari tarikh Award ini.