SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2008 MarsdenLR 2628

CHEW SOO HO
MAHKHAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
WAN YOON WENG - Appellant
Versus
MALAYSIAN KENNEL ASSOCIATION - Respondents

AWARD NO: 786 TAHUN 2008 (KES NO: 5/4 - 1147/06)
Decided On : 05/06/2008

Advocates:
Peguam Pihak Menuntut - Royhaizam Basri; T/n Tan Kim Soon & Co
Bagi Pihak Menuntut - Wan Yoon Weng
Peguam Pihak Responden - David Peter; T/n Jerald Gomez & Association
Bagi Pihak Responden - CGA Fonseka (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Chan Weng Woh, (Immediate Past President)

Rujukan:

Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 mengenai pembuangan kerja Encik Wan Yoon Weng (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh Malaysian Kennel Association (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 10 Disember 2004.

AWARD

Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Wan Yoon Weng, Pihak Menuntut, pada 10 Disember 2004.

Kes ini dibangkitkan untuk sambungan perbicaraan pada 5 Mei 2008 dengan kehadiran Encik Royhaizam bin Basri dari Tetuan Tan Kim Soon, & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Menuntut dan Encik David Peter dari Tetuan Jerald Gomez & Association, peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Pihak Menuntut hadir. Datuk CGA Fonseka, Ketua Pegawai Eksekutif dan Encik Chan Weng Woh, 'Immediate Past President' turut hadir sebagai wakil-wakil Pihak Responden. Encik Royhaizam bin Basri memaklumkan Mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian damai di dalam kes ini dan memohon agar Award Persetujuan dikeluarkan menurut terma-terma persetujuan seperti berikut:

(1) Tanpa sebarang pengakuan liabiliti, Pihak Responden hendaklah membayar kepada Pihak Menuntut jumlah sebanyak RM35,840.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Lima Ribu dan Lapan Ratus Empat Puluh sahaja) sebagai penyelesaian penuh dan muktamad terhadap segala tuntutan Pihak Menuntut di dalam kes ini dalam tempoh 14 hari dari 5.5.2008 iaitu pada atau sebelum 19.5.2008; dan

(2) Akibat penyelesaian ini, Pihak Menuntut tidak akan ada apa jua tuntutan lanjut lagi terhadap Pihak Responden darihal bekas pekerjaannya dengan Pihak Responden.

Encik David Peter dan kedua-dua wakil Pihak Responden seperti nama yang tersebut di atas mengesahkan terma-terma penyelesaian tersebut. Pihak Menuntut juga mengesahkan terma-terma penyelesaian yang sama.

Maka, Mahkamah dengan ini menurunkan Award menurut terma-terma penyelesaian tersebut seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Dengan itu, tarikh sambungan perbicaraan pada 6 Mei 2008 adalah dilapangkan.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top