2008 MarsdenLR 3849
CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
NG LAI PENG - Appellant
Versus
THE NEW STRAITS TIMES PRESS (MALAYSIA) BERHAD - Respondents
AWARD NO: 782 TAHUN 2008 (KES NO: 5/4 - 2806/06)
Decided On : 05/05/2008
Bagi Pihak Menuntut - Nurul Huda Yahya; T/n J Azmi & Associates
Bagi Pihak Responden - Teoh Zhuo Wei (Pelatih Dalam Kamar); T/n Zul Rafique & Partners
Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 mengenai Pembuangan Kerja ke atas Puan Ng Lai Peng (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 23 Julai 2003.
AWARD
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Puan Ng Lai Peng, Pihak Menuntut, pada 23 Julai 2003.
Kes ini dibangkitkan untuk sebutan lanjut pada 5 Mei 2008 selepas separuh perbicaraan dengan kehadiran Cik Nurul Huda bt Yahya dari Tetuan J. Azmi & Associates, peguamcara yang mewakili Pihak Menuntut dan Encik Teoh Zhuo Wei (Pelatih Dalam Kamar) dari Tetuan Zul Rafique & Partners, peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Cik Nurul Huda bt Yahya memaklumkan Mahkamah bahawa kes ini telah selesai dan oleh itu Pihak Menuntut hendak menarik balik kes ini terhadap Pihak Responden. Encik Teoh Zhuo Wei seterusnya memohon agar kes ini dibatalkan tanpa kebebasan untuk memohon semula.
Memandangkan kes ini telah diselesai dan ditarik balik oleh Pihak Menuntut, maka Mahkamah dengan ini mengeluarkan Award membatalkan kes ini tanpa kebebasan untuk ia dipohon atau difailkan semula.