2008 MarsdenLR 1010
CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
BERLITZ (MALAYSIA) SDN BHD - Appellant
Versus
HAZLINDA HAMZAH - Respondents
AWARD NO: 1481 TAHUN 2008 (KES NO: 5/4-169/07)
Decided On : 08/21/2008
Bagi Pihak Menuntut - Atan Mustaffa Yusoff; T/n Ainul Azam & Co
Bagi Pihak Responden - Daphne Au; T/n Zaid Ibrahim & Co
Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 mengenai Pembuangan Kerja ke atas Puan Hazlinda binti Hamzah (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh Berlitz (Malaysia) Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 12 September 2005.
AWARD
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Puan Hazlinda binti Hamzah, Pihak Menuntut, pada 12 September 2005.
Kes ini yang telah separuh dibicara, dibangkitkan untuk sebutan pada 21 Ogos 2008 dengan kehadiran Encik Atan Mustaffa bin Yusoff dari Tetuan Ainul Azam & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Menuntut dan Cik Daphne Au dari Tetuan Zaid Ibrahim & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Encik Atan Mustaffa bin Yusoff memaklumkan Mahkamah bahawa kes ini telah diselesaikan di antara kedua-dua pihak dan arahannya ialah untuk menarik balik kes ini tanpa kebebasan untuk memohon semula. Cik Daphne Au seterusnya memohon agar kes ini dibatalkan tanpa kebenaran untuk memohon semula.
Memandangkan kes ini telah selesai dan ditarik balik, maka Mahkamah mengeluarkan Award membatalkan kes ini tanpa kebebasan untuk ia dipohon atau difailkan semula.