SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2008 MarsdenLR 4664

HAPIPAH MONEL

MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)

PARVATHI NAGORE - Appellant
Versus
PUBLIC BANK BERHAD - Respondents

AWARD NO: 255 TAHUN 2008 (KES NO: 19/4 - 1073/07)

Decided On : 02/15/2008

Advocates:
Bagi Pihak Syarikat - P Thavaselvi; T/n Zul Rafique & Partners

RUJUKAN:

INI ADALAH satu rujukan yang dibuat di bawah subseksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul daripada pembuangan kerja PUAN PARVATHI A/P NAGORE (selepas ini disebut sebagai 'Yang Menuntut') oleh PUBLIC BANK BERHAD (selepas ini disebut sebagai 'Syarikat') pada 3 Ogos 2005.

AWARD

RUJUKAN INI telah dipanggil untuk sebutan pada hari ini 15 Februari 2008. Yang Menuntut tidak hadir tetapi peguam yang mewakilinya iaitu Tetuan Prem & Chandra telah menulis surat bertarikh 11 Februari 2008 kepada Mahkamah (diterima oleh Mahkamah pada 11 Februari 2008) memberitahu bahawa anak guam mereka telah mengarahkan untuk menarik balik perkara ini daripada Mahkamah. Perusahaan dan untuk kes ini dibatalkan tanpa kebebasan untuk memfail semula. Surat daripada Yang Menuntut kepada peguamnya bertarikh 22 Januari 2008 yang mengarahkan peguamnya untuk menarik balik kes ini disertakan bersama surat ini.

Cik P. Thavaselvi dari Tetuan Zul Rafique & Partners peguam yang mewakili Syarikat hadir dan beliau juga menyebut bagi pihak peguam Yang Menuntut. Beliau juga memohon agar kes rujukan ini dibatalkan tanpa kebebasan untuk memfail semula.

Memandangkan hal keadaan sedemikian di mana Yang Menuntut sendiri telah mengarahkan untuk menggugurkan kes rujukan ini melalui surat daripada peguamnya, disertakan juga surat daripada Yang Menuntut sendiri yang menyatakan niatnya itu. Mahkamah berpendapat Yang Menuntut tidak lagi berminat untuk meneruskan rujukan ini.

DENGAN INI saya memerintahkan supaya rujukan ini dibatalkan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.

PREM & CHANDRA

Peguambela & Peguamcara - Advocates & Solicitors

No. 3 - 2A (2nd Floor) Jalan Bangsar Utama 3, 59000 Kuala Lumpur Tel: 03 - 2283 1828 Fax: 03 - 2283 1829

Email: pnclegal@streamyx.com [Office Hours: Mon - Fri: 8.30am - 5.30pm]

Premala Navaratnam Loo Kia Shong

Chandra Segaran Rqjandran

Rujukan Tuan : 19/4 - 1073/07

Rujukan Kami : LIND/NUBE (38) /331/0807

Tarikh : 11 Februari 2008

PENDAFTAR Melalui faks

MAHKAMAH PERUSAHAN 03 - 26914228 &

(KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA) SERAHAN TANGAN

JALAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN

50544 KUALA LUMPUR

Tuan,

NO. KES : 19/4 - 1073/07

PERTIKAIAN DI ANTARA : PUAN PARVATHI A/P NAGORE DAN

PUBLIC BANK BERHAD

Kami dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas di mana kami mewakili pihak Yang Menuntut.

Kami telah rnenerima arahan daripada anakguam kami untuk perkara ini ditarik balik daripada Mahkamah Perusahaan dan untuk kes ini dibatal tanpa liberty untuk memfail semula.

Sesalinan surat bertarikh 22 Januari 2008 daripada anakguam kami disertakan untuk rekod Mahkamah.

Oleh sedemikian pihak kami memohon kepada Mahkamah Yang Mulia ini untuk membatalkan kes ini dan melapangkan tairikh-tarikh bicara yang telah ditetapkan untuk kes ini pada 13th & 14th October 2008.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

PREM & CHANDRA

s.k Messrs Zul Rafique & Partners

Advocates & Solicitors By fax: 03 - 2034 1917 & Post

Suite 17.01,17th Floor Your Ref: JPS/TP/20705524

Menara PanGlobal Attn: Ms Thavaselvi

8, Lorong P.Ramlee

50250 KUALA LUMPUR

22 January 2008

Your ref: LIND/NUBE (38) /331/0807

Messrs Prem & Chandra

Advocates & Solicitors

No.3-2A (2nd Floor)

Jalan Bangsar Utama 3

59000 Kuala Lumpur

Dear Sirs,

Re: INDUSTRIAL COURT KUALA LUMPUR CASE NO: 19/4 - 1073 / 07

BETWEEN PUAN PARVATHI A/P NAGORE & PUBLIC BANK BERHAD

I refer to the above matter.

By this letter you are hereby instructed to withdraw the abovementioned case from the Industrial Court and for this matter to be struck off.

I do not wish to pursue this matter further in the Industrial Court.

Thank you.

Yours faithfully,

............................................

PARVATHI A/P NAGORE

c.c Gen Secretary, NUBE HQ

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top