SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2007 MarsdenLR 1155

AZAHAR MOHAMED H


MAHKAMAH TINGGI (JOHOR BAHRU)
Kali a/p Kuppusamy - Appellant
Versus
Tharmalingam a/l Maniam - Respondents

SAMAN PEMULA NO 24–1084 TAHUN 2005(4)
Decided On : 09/20/2007

Advocates:
Bharathi a/p Krishnan (Ramis & Associate) bagi pihak plaintif.
Pushpalatha Naidu (Zaman & Associates) bagi pihak defendan.

Azahar Mohamed H::

[1] Ini ialah permohonan plaintif, seorang ibu untuk jagaan anaknya yang pada masa berkenaan berumur empat tahun. Sekarang anak itu dijaga oleh defendan, bapanya. Butir-butir tentang perintah-perintah yang dipohon oleh plaintif di lampiran 2 adalah seperti yang berikut:

(1) Bahawa kesemua hak penjagaan dan pemeliharaan (Custody and

Guardianship) ke atas kanak-kanak bernama KEVIN KUMAR A/L

THARMALINGAM (Sijil Kelahiran No 010205-01-1573); diberikan dan

atau diletakkan kepada plaintif;

(2) Bahawa kanak-kanak tersebut dikembalikan kepada ibunya pada

tarikh perintah ini diberikan;

(3) Plaintif diberikan hak kastodi, pemeliharaan dan kawalan

kanak-kanak bernama KEVIN KUMAR A/L THARMALINGAM dengan akses

kepada defendan;

(4) Bahawa defendan, ejen dan atau orang suruhannya dilarang dan

ditegah dari memukul, mengugut, menganggu dan atau dengan apa-apa

cara lain menggunakan sebarang keganasan fizikal, mental dan

memaksa penerimaan kehadiranya keatas diri plaintif dan atau

kanak-kanak bemama KEVIN KUMAR A/L THARMALINGAM;

(5) Kos permohonan ini ditanggung oleh kedua-dua pihak;

(6) Lain-lain perintah dan/atau relif yang difikirkan wajar dan adil

oleh Mahkamah yang Mulia ini.

[*27]

[2] Sedikit latar belakang yang membawa kepada permohonan ini. Plaintif dan defendan adalah sepasang suami isteri yang mana perkahwinan mereka telah didaftarkan pada 9 Jun 1998. Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka telah dikumiakan seorang anak lelaki bernama Kevin Kumar a/l Tharmalingam (‘anak tersebut’) pada 6 Februari 2001. Menurut plaintif sejak dia berkahwin dengan suaminya dia tidak mendapat kebahagian.

[3] Plaintif menyatakan bahawa sejak anak tersebut dilahirkan, defendan mempunyai hubungan dengan perempuan lain serta sering tidak balik ke rumah dan mendakwa defendan selalu memukulnya. Menurut plaintif lagi pada 6 September 2003, defendan telah keluar dari rumah kediaman mereka dan meninggalkan beliau dan anak tersebut bersendirian. Menurut plaintif beliau dan anaknya terpaksa menghadapi kesusahan dan telah diarahkan keluar oleh tuan rumah dari rumah tersebut. Kemudiannya menurut plaintif beliau tinggal di sebuah rumah di Taman Pulai Indah, Johor Bahru bersama-sama dengan anak tersebut sehinggalah, menurut plaintif, defendan telah membawa anak tersebut ke suatu tempat tanpa pengetahuan plaintif.

[4] Defendan pula dalam afidavitnya menafikan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan perempuan lain. Defendan menyatakan bahawa berlakunya keretakan rumahtangga antara beliau dan plaintif adalah disebabkan oleh perangai plaintif sendiri yang suka bertengkar dan menpunyai perasaan curiga terhadapnya. Defendan juga menyatakan bahawa memang benar beliau kadang-kadang lambat pulang ke rumah kerana kerja dan kadang-kadang terpaksa berkerja ‘out-station’. Defendan juga menyatakan bahawa disebabkan perasaannya sering tertekan dengan tingkahlaku dan perangai plaintif itu beliau sering tinggal di rumah kakaknya di Taman Sri Skudai untuk menggelakkan pergaduhan dengan plaintif. Defendan juga menegaskan bahawa beliau tidak meninggalkan plaintif dan anak tersebut dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawap dan sentiasa memberi nafkah kerpada mereka. Defendan juga menyatakan bahawa plaintif sendiri yang suka berpindah rumah tanpa memberitahunya. Menurut defendan beliau telah mengambil anak tersebut dari jagaan plaintif supaya beliau sendiri menjaga anak tersebut bersama dengan ibunya demi kebaikan dan kepentingan serta kebajikan anak tersebut.

[5] Hakikatnya dalam kes ini, seperti yang sering terjadi dalam kes-kes yang seumpamanya, rumahtangga plaintif dan defendan sebagai suami isteri telah retak serta runtuh dan tidak ada persefahaman lagi dan memberi kesan yang amat menyedihkan keatas kepentingan dan kebajikan anak tersebut. Dalam kes-kes yang sebegini anak ya

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top