SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2006 MarsdenLR 1538

MAHKAMAH RAYUAN, PUTRAJAYA

ABDUL KADIR SULAIMAN HMR , MOHD GHAZALI YUSOFF HMR , TENGKU BAHARUDIN SHAH HMR


TARMIZI YAACOB & SATU LAGI
versus
PP

RAYUAN JENAYAH NO: W-05-53-97 & W-05-54-97

Decided On : 08-18-06

Advocates:
Bagi pihak perayu pertama - Collin Sequerah (Amir Hamzah bersamanya); T/n Zain & Co
Bagi pihak perayu kedua - Gurbachan Singh; T/n Bachan & Kartar
Bagi pihak PP - Kamarulzaman Abdul Jalil TPR

PENGHAKIMAN

Tengku Baharudin Shah HMR:

[1] Perayu-perayu telah didapati bersalah dan disabitkan oleh Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, atas kesalahan bersama-sama melakukan perbuatan persediaan dengan niat bersama untuk mengedar dadah berbahaya di Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada 5 April 1996, jam lebih kurang 9.45 malam, suatu kesalahan di bawah s. 39B(1)(c) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) dibaca bersama s. 34 Kanun Keseksaan (KK). Hukuman mati mandatori telah dijatuhkan ke atas mereka mengikut peruntukan s. 39B(2) ADB. Mereka merayu ke mahkamah ini.

[2] Rayuan-rayuan mereka telah kami dengar. Hujah-hujah peguam-peguam mereka dan daripada pihak pendakwa telah diteliti dan dikaji dan semua keterangan dan kandungan rekod rayuan telah kami halusi sebelum kami dengan sebulat suara menolak rayuan mereka dan mengekalkan keputusan mahkamah perbicaraan itu. Berikut adalah alasan-alasan kami.

[3] Bagi maksud penghakiman ini perayu dalam Rayuan Jenayah Bil: W-05-53-97 yang merupakan tertuduh pertama dalam Perbicaraan Jenayah Bil. 45-10-96 di Mahkamah Tinggi akan dirujuk sebagai T1 sementara perayu dalam Rayuan Jenayah Bil: W-05-54-97 yang merupakan tertuduh kedua dalam kes yang sama akan dirujuk sebagai T2.

[4] Fakta kes menunjukkan penangkapan T1 dan T2 adalah hasil suatu operasi 'sting' yang dilaksanakan oleh pasukan polis daripada Unit Risikan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Diraja, Bukit Aman. Ketua Inspektor Amir Hamzah (SP10) yang bertindak sebagai pembeli dadah telah diperkenalkan oleh sumbernya bernama 'MUD' kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai 'AGAM' di sebuah restoran di Paya Jaras pada 4 April 1996. Setelah Mud disuruh beredar dan pergi dari situ, SP10 telah membuat tawaran kepada Agam untuk membeli dadah ganja sebanyak 10 kilo. Agam bersetuju untuk membekalkan dadah itu dengan harga RM1,600 sekilo. Agam memberitahu SP10 bahawa dadah itu disimpan di Kampung Baru dan hanya boleh diambil pada sebelah petang atau malam sedikit. Mereka terus berbual sehingga pukul 7 malam apabila Agam menyatakan kesediaannya untuk pergi.

[5] SP10 menaiki dan memandu keretanya jenis Mitsubishi GTO berwarna merah dengan Agam duduk di sebelahnya menunjukkan arah. Selepas setengah jam perjalanan SP10 telah diarah berhenti di tepi jalan Jalan Cendana, Kampung Baru di mana SP10 disuruh tunggu sementara Agam keluar daripada kereta dan pergi dengan alasan untuk mengesahkan barang itu ada. Dia datang balik ke kereta 15 - 20 minit kemudian dan memberitahu SP10 bahawa barang belum ada dan mereka balik semula ke Paya Jaras.

[6] Dalam perjalanan balik, Agam menawarkan untuk mendapatkan barang itu dibawa ke Paya Jaras dengan bayaran tambahan RM300. SP10 tidak bersetuju. SP10 dengan itu diminta datang ke tempat sama pada pukul 3.00 petang esoknya.

[7] Esoknya pada 5 April 1996 pukul 11.30 pagi SP10 telah berada bersama 10 orang anggota polis di Bilik Gerakan, Pasukan Bertindak Jenayah Narkotik, di Cheras di mana beliau memberi taklimat berkaitan dengan cadangan pembelian dadah ganja di Kampung Baru itu dan perancangan dibuat untuk memberkas pembekalnya.

[8] Pada sebelah petangnya, SP10 telah berjumpa Agam seperti dijanji dan pada pukul 3.30 petang telah pergi bersamanya ke Jalan Raja Alang, Kampung Baru dan berada di sana lebih kurang setengah jam. Sekali lagi SP10 gagal melihat barang yang dihajati. Agam diusir keluar daripada kereta SP10 dan diberikan nombor telefon bimbit dengan pesanan supaya menelefonnya kalau hendak berniaga dengannya tetapi dia mahu tengok barang dahulu. Agam berjanji akan menelefonnya malam itu. Di tahap itu SP10 beranggap yang dia hanya berurusan dengan Agam seorang.

[9] Pada malam itu, Agam telah menelefon SP10 sebanyak lima kali pada nombor yang diberikan tetapi SP10 hanya menjawab panggilan kelima. Agam memberitahu yang barang sudah ada dan minta SP10 pergi ke hadapan Kelinik YULI di Jalan Raja Alang, Kampung Baru. Pertemuan ditetapkan pada pukul 9 malam.

[10] Selepas taklimat akhir diadakan dengan anggotanya, SP10

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top