SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2002 MarsdenLR 2213

HIGH COURT (KUANTAN)

RAMLY BIN ALI, J


KAMARUL ARIFFIN BIN MOHD. KHAIDZIR
versus
MAJLIS AMANAH RAKYAT

KEBANKRAPAN NO. 29-293-2000

Decided On : 01-31-02

Advocates:
K. Gauri Tetuan Md. Tajuddin & Co. Bagi pihak Pemiutang Penghakiman.
R.Sarengapani Tetuan Vendargon & Partners Bagi pihak Penghutang Penghakiman.

ALASAN PENGHAKIMAN

Di dalam prosiding ini terdapat dua rayuan berasingan kepada Hakim Dalam Kamar (kand. 21 dan kand. 24) terhadap dua keputusan yang dibuat oleh Timbalan Pendaftar berkaitan dengan permohonan Penghutang Penghakiman di dalam kand. 6A dan kand.17.

Melalui kand.6A, Penghutang Penghakiman telah memohon satu perintah bahawa penyerahan Notis Kebankrapan bertarikh 19.4.2000 serta segala prosiding kebankrapan terhadapnya diketepikan; atau secara alternatif, segala prosiding kebankrapan terhadapnya digantungkan. Pada 3.7.2001, Timbalan Pendaftar telah menolak permohonan tersebut. Akibat daripada itu, Penghutang Penghakiman telah memfailkan notis rayuan (kand.21) kepada Hakim Dalam Kamar terhadap keputusan tersebut.

Melalui kand.17 pula, Penghutang Penghakiman telah memfailkan Notis Niat Untuk Membantah Petisyen Pemiutang. Pada 11.9.2001, Timbalan Pendaftar telah memerintahkan bahawa Notis Niat Untuk Membantah Petisyen Pemiutang tersebut dibenarkan dan Petisyen Pemiutang dibatalkan dengan kos.

Akibat daripada perintah tersebut, Pemiutang Penghakiman pula telah memfailkan rayuan (kand.24) kepada Hakim Dalam Kamar terhadap keputusan tersebut.

Pada 31.1.2002, setelah menimbangkan hujahan-hujahan kedua-dua pihak berkenaan, Mahkamah ini telah memutuskan seperti berikut:

(i) rayuan oleh Penghutang Penghakiman melalui kand.21 ditolak dengan kos; dan

(ii) rayuan oleh Pemiutang Penghakiman melalui kand.24 dibenarkan dengan kos.

Juga diperintahkan bahawa petisyen berkenaan dirujuk semula kepada Timbalan Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftar untuk perbicaraan lanjut untuk "adjudication order" dan "receiving order'.

Latarbelakang Kes.

Pemiutang Penghakiman telah memperolehi satu penghakiman ingkar terhadap Penghutang Penghakiman pada 29.9.1999 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pada 19.4.2000 Pemiutang Penghakiman telah memfailkan satu notis kebankrapan terhadap Penghutang Penghakiman di Mahkamah ini. Pada 21.6.2001, Notis Kebankrapan tersebut telah diserahkan kepada Penghutang Penghakiman secara peribadi (kediri) oleh Penyerah Saman Mahkamah. Berikutan dengan itu, pads 26.6.2000, Penghutang Penghakiman telah memfailkan satu permohonan untuk mengenepikan Notis Kebankrapan (kand.6A). Pada 21.7.2000 Penghutang Penghakiman telah memfailkan satu permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengenepikan penghakiman ingkar bertarikh 29.9.1999. Permohonan tersebut telah ditolak dengan kos oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Penghutang Penghakiman telah memfailkan rayuan terhadap permohonan tersebut kepada Hakim Dalam Kamar juga di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan akan didengar pada 9.4.2002. Pada 23.11.2000 Petisyen Permiutang telah difailkan. Pada 21.5.2001 Petisyen Pemiutang telah diserahkan kepada Penghutang Penghakiman. Pada 23.5.2001, Penghutang Penghakiman telah memfailkan pula Notis Untuk Membantah Petisyen Pemiutang (kand.17). Pada 3.7.2001 Timbalan Pendaftar telah menolak permohonan Penghutang Penghakiman (kand.6A) dengan kos. Pada 11.9.2001 Timbalan Pendaftar telah membenarkan Notis Niat Untuk Membantah Petisyen Pemiutang (kand.17) dan seterusnya membatalkan Petisyen Pemiutang dengan kos.

Untuk tujuan alasan penghakiman ini, saya akan menimbangkan kedua-dua rayuan tersebut (kand.21 dan kand.24) secara berasingan satu persatu.

Rayuan Pertama (Kand.21).

Rayuan di kand.21 telah difailkan oleh Penghutang Penghakiman terhadap keputusan Timbalan Pendaftar menolak dengan kos permohonan Penghutang Penghakiman di dalam kand.6A. Melalui kand.6A, Penghutang Penghakiman memohon satu perintah bahawa penyerahan Notis Kebankrapan bertarikh 19.4.2000 serta segala prosiding kebankrapan terhadapnya diketepikan; atau secara alternatif, bahawa segala prosiding kebankrapan terhadapnya digantungkan. Peguam Penghutang Penghakiman telah menimbulkan tiga isu di dalam hujahan rayuannya. Isu-isu tersebut adalah seperti berikut:

(i) samada penyerahan Notis Kebankrapan sempurna atau tidak kerana notis tersebut tidak mempunyai met

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top